03 || ARMADA NOAH

348 27 2
                                    

Noah dan Angel melangkah masuk kedalam rumah agam itu . Maliqie yang setia berada dibelakang juga melangkah masuk .

Angel tersengih melihat adik bongsu nya menjeling tajam kearah mereka . Adik kesayangan merangkap musuh ketat Angel Nur Safiya , Syed Qalish Muhammad Yuseof .

" Apa pandang-pandang ? Rindu Angel ya ? " kekek Angel perlahan .Wajah sebal Qalish dipandang . Kening diangkat berkali . Saja mahu menambah sakit hati si adik bongsu .

" Balik je cari gaduh . Dasar perempuan sewel " jawab Qalish . Kakaknya dijeling malas . Telephone ditangan dipandang kembali . Malas mahu melayan perangai gila kakaknya itu .

Angel tertawa . Noah hanya menggeleng . Asal berjumpa sahaja bergaduh . Tak faham dengan perangai adik adik nya .

" Where's mama and papa , Lish ? " soal Noah . Matanya meliar mencari kelibat kedua manusia kesayangannya .

" Papa keluar with daddy long , mama ada dekat dapur tingkat tiga dengan mummy long baking cake " jawab Qalish pendek .

Noah mengangguk kecil . Kaki melangkah kedapur . Mahu berjumpa dengan permaisuri hatinya itu . Seminggu tidak berjumpa rasa mahu putus nafasnya . Rinduu !

" Mummy long adaaa ? Yeayyyy " jerit Angel teruja . Kakinya laju berlari . Meninggalkan Noah , Maliqie dibelakang .

Setelah tiba didapur Angel terus memeluk Syirah erat .

" Mummy Longgggg rinduuuuu " rungut Angel manja . Kepala direhatkan dibahu kecil Syirah . Tangannya diselitkan di celah lengan Syirah yang lagi sibuk menggaul adunan kek mereka . Mahu disedekah kan di masjid malam ini .

Darwia hanya menggeleng melihat perangai manja satu-satunya anak perempuannya itu . Angel sememangnya rapat dengan kakak iparnya sejak kecil jadi tidak hairanlah mengapa Angel manja dengan Syirah .

Syirah hanya tergelak melihat perangai anak buahnya . " Ya mummy long pun rinduu dengan bidadari mummy long ni " jawab syirah . Hidung mancung Angel dicuit .

Angel hanya tergelak melihat respond mummy long nya .

Noah dan Maliqie yang baru tiba itu menggeleng . Manja sungguh !

Tubuh genit Darwia dipeluk Noah dari belakang memandangkan mama kesayangannya itu sedang mengbelakangnya . Noah merehatkan kepalanya diatas kepala Darwia . Tinggi mereka amat beza memudahkan tugas Noah memeluk Darwia dari belakang .

" I miss you mama " luah Noah perlahan . Dieratkan pelukan buat sang ibu .

Darwia tersenyum . " Mama miss you more Noah sayang " tangan Noah diusap penuh kasih . Aduh baru tidak berjumpa seminggu sudah begini , bayangkan jika tidak berjumpa langsung mahu pengsan agaknya ya .

Maliqie melangkah kearah Darwia . Tangan Darwia disalam penuh hormat . Sejak kematian ibu dan baba nya , Nur Suzy Liam dan Syed Mohd Hatta tiga tahun lalu Maliqie telah meninggalkan bumi Hong Kong dan menetap di KL bersama Noah di condo mereka . Namum hanya dia sahaja yang tidur di Condo itu memandangkan Noah masih tinggal bersama Tuan Darwia dan Syed Luth .

" Hai anak mama " kepala Maliqie diusap penuh kasih .

Maliqie tersengih . " Mama sihat ? " soal Maliqie ringkas . Kerusi di island kitchen itu menjadi tempat duduknya . Wajah lembut Darwia dipandang . Menunggu jawapan .

" Sihat alhamdulillah . Rindu dengan anak anak mama nie ha ! Lama betul dekat New York tu buat apa ? " soal Darwia dengan nada merajuk . Tangan disilang . Wajah Noah , Angel dan Maliqie dipandang satu persatu .

" Buat ker-- " belum sempat Maliqie hendak menjawab Angel memotong laju .

" Buat kerja kejap je mama , Noah terserempak dengan bidadari kat New York mama ! Lawa gila nak mamp-- "

" Angel language " potong Noah tegas . Tidak suka adik-adik nya bercakap tidak elok depan mama mereka .

" Oppsie , sorry Noah " Angel hanya tersengih . Tanjat gegirl

" Bidadari mana pulak nii Noah oii " soal Syirah teruja . Suka dengan topik yang dibuka Angel .

Noah anak sulung lelaki dan telah mencecah angka 28 ! Harta juga sudah tidak terkira , jadi anak buahnya yang segak ini sangat sesuai untuk berkahwin !

Darwia mengangguk mendengar soalan kakak iparnya . Tertarik untuk mendengar jawapan anak sulung nya . Mereka duduk di island kitchen itu .

Maliqie sudah menggeleng . Habis lah Angel .

" She's no one mama and mummy long . I just help her because she was drunk and fall asleep infront of me in the middle of the road . Takkan nak biar sahaja " jawapan selamat Noah beri . Bukan masa sekarang untuk dia bercerita tentang mata cantik itu . Buat masa sekarang biarlah dia dan Maliqie sahaja tahu tentang Cinta .

Syirah mengangguk faham . " ala bosannya " kata Syirah malas . Adunan keknya kembali diadun . Baik dia siapkan adunannya sebelum suami terchenta balik . Mahu kena bebel dengan Mikael sebab kerja tidak siap .

Darwia hanya memandang Noah dan Maliqie bersilih ganti . Tahu bukan itu jawapan yang dia mahukan . Melihat mata Noah gentar semasa menerangkan itu sahaja tadi sudah dia ketahui Noah sedang sembunyikan sesuatu .

Kaki Cinta melangkah masuk kedalam milik condonya . Berjam-jam dalam airplane akhirnya dia telah tiba di Malaysia .

Butik miliknya sedang menghadapi masalah jadi terpaksa la dia turun padang menguruskan segalanya . Dia tidak kesah jika butiknya itu jatuh bankrup kerana hartanya masih banyak malah tidak akan habis . Namun itu butik kesayangannya . Hasil titik peluhnya . Sudah tuntu dia tidak akan membiarkan sahaja butik itu mati .

Setelah selesai membersihkan diri , laju Cinta berjalan kedapur . Perutnya lapar .

Peti ais besar itu dibuka . Penuh dengan bahan masakan yang telah diisi oleh PA nya .

Bahan masakan diambil . Sandwich tuna mahu dimasak untuk mengalas perutnya . Memandangkan Cinta mempunyai gastrik yang teruk , dia harus menjadi makan .

Laju tangan genit itu memasak . Dia harus tidur awal memandangkan esok dia harus pergi ke butik .

' Long day is about to start Armada ! '

#tbc
- see ya next chapter folks !

Biydadary Noah Rizqish - ON GOING -Where stories live. Discover now