07 || ARMADA NOAH

65 9 7
                                    

Cinta termenung lagi . Jam sudah menunjukan pukul tiga pagi namun matanya tidak boleh tutup ! Keadaan diluar yang sebentar tadi hening kini menjadi riuh dek bunyi hujan dan petir yang tidak habis bersahutan .

Hud hoodienya ditarik menutup kepala . Sejuk ! Stokin juga dipasang lalu comforter ditarik menutupi badannya yang kecil itu . Cuba melelapkan mata buat kesekian kalinya .

Ya tuhan nak tidur . Letih sangat , dah la esok kena jumpa client nak present fasal theme nikah dan sanding . Kenapa kena hujan sekarang ...

Cinta cuba menutup mata namun memory nya beberapa tahun lepas menjengah kepalanya lagi .

' Papa , jangan pukul Cinta ! Sakit ! '

' Eh aku benci la dengar kau nangis . Diam syaitan aku benci kau . Jangan menangis aku benci! '

' Papa cinta minta maaf . Jangan pukul Cinta . Ampun papa Cinta minta maaf ! '

' Eh kau dengan mak kau betina siap tu boleh pergi mampus ! Sumpah aku benci tengok muka kau ! You resemble her so much . Kau kena mati aku benci kau ! '

Cinta terbangun . Nafas yang tercungap-cungap itu cuba distabilkan . Tangan yang berpeluh itu diusap antara satu sama lain . Wajahnya yang basah dengan air mata dibiar sahaja .

Tangannya yang bergetar kuat itu dipandang . Nafas yang cuba distabilkan sejak tadi jugak tidak berjaya dilakukan . Anxiety attack lagi ? Haih

Cinta cuba bangun . Ingin mengambil ubat dan air diatas meja nya . Ya dia sudah biasa kena anxiety attack sewaktu hujan tiba . Jadi air dan ubat memang sudah disediakan diatas meja oleh PA nya .

Walau kaki nya tidak kuat ingin menampung badan yang sungguh lemah dan letih itu , dia cuba juga menggapai ubat dan air nya . Dia sudah mulai hidup berdikari sejak umurnya 13 tahun lagi . Jadi dia sudah biasa melakukan semuanya sendiri .

Ubat dan air dipegang . Kerusi yang berada di meja itu tidak ditarik . Cinta jatuh terduduk diatas lantai . Dengan tangan yang sedang bergetar hebat , penutup ubat itu cuba dibuka . Akibat getaran yang terhasil dari tangannya habis separuh dari ubatnya jatuh di atas lantai . Air yang sudah dibuka juga tertumpah diatas lantai .

Setelah berjaya memegang dua biji pil , ubat itu terus disumbat didalam mulutnya . ditelan tanpa air . Sungguh dia letih dengan kehidupannya . Cinta terbaring lemah diatas lantai . Kaki jinjang yang dibaluti seluar pendek itu ditarik kedada .

Menangis .

Menangis lagi kerana hidupnya sungguh perit . Dia keseorangan . Dia tiada sesiapa . Tuhan tidak adil terhadapnya . Dia tidak dapat merasa apa itu rasa dilindungi seorang ayah dan apa itu kasih sayang seorang ibu .

Menangis meratapi nasib hidupnya yang malang . Dan esoknya sudah tentu Cinta beranggapan seperti hal seperti ini tidak pernah terjadi .

Ya dia seorang gadis yang sangat lemah pada waktu malam . Menangis , meratapi dan menyoalkan segala takdir .

Namun pada waktu siang ? Dia adalah seorang gadis cantik jelita yang gembira . Everyone's happy pills .

Tapi siapa yang akan menjadi happy pills buat dirinya yang hancur itu ? Siapa ?

Maliqie hanya memandang pintu bilik pejabat noah . Sudah hari isnin ini bermaksud dia harus melengkapkan tugasan yang telah diberi Noah .

Tugasan apa ? Sudah tentu mengorek maklumat tentang cinta hati lelaki kutub ais itu . Cinta Armada Tristen .

Pintu pejabat itu diketuk halus . Cukup untuk memastikan Noah perasan dengan kehadirannya . Apa ingat dia tidak matang macam Angel dan Qalish ? Heh

" Masuk " Noah menjawab dari dalam .

Tubuh tinggi lampai Maliqie menyapa pandangan Noah . Lelaki bersuit hitam itu mengambil tempat dihadapannya . Tab yang berada ditangan juga diletakkan diatas meja . Apa ingat nama dia old school dia tak reti guna gadjet canggih ke ? Lagipun dia tidak rajin menulis maklumat didalam buku nota . Hanya surat cinta buat Angelnya sahaja dia rajin tulis . Eh ? Haha

" So apa yang kau dapat ? Kenapa Armada balik Malaysia ? Berapa lama dia dekat sini ? " soal Noah sebaik sahaja Maliqie mengambil tempat dihadapannya .

Kening Maliqie ternaik . Aik suka sangat dengan Cinta ke apa si kutub ais ni . " Gelojohnya kau .. Sabar boleh ? " soalan tanpa tapisan itu disambung muka menyampah Noah . Dah orang tanya jawab sahaja la !

" Dia balik malaysia sebab butik dia . Dia nak uruskan sendiri . Lagipun ada tempahan dari client vvip yang inginkan hasil sentuhan Cinta sendiri . Berapa lama tu aku tak sure . Kau ingat aku ni apa ? Suami dia ke ? " jawab Maliqie malas . Noah ni pun satu . Ingat dia ahli nujum ke ? Dok tanya sampai bila Cinta ada dekat sini ? Tak ke soalan bodoh tu namanya . Aduhai ..

Noah mengangguk . Namun ayat akhir jejaka dihadapannya ini sedikit membakar jiwanya . Bakal suami ? Mahu mati ke apa si Iqie ni ?

" Bakal suami kepala hotak kau . Do you want me to kill you with my own hands ? " tepis Noah . Nadanya sungguh menunjukkan dia tidak main main . Tangan disilangkan didada . Matanya tajam memandang Maliqie .

Maliqie hanya menggeleng malas . Sudah tentu si kutub ais ini sudah jatuh hati .

" Angel aku lagi cantik dari Armada kau tu . Imma men with my words . How i promise to Angel i will take care and love her for the rest of my life , i will do that . Takda masa aku nak curang bagai . Engko ingat aku ni macam jantan jantan malaysia yang tengah bersepakat nak curang ke ? Takde maknanya . " bidas Maliqie malas .

Noah mengangguk . Tahu Maliqie memang cinta mati sama adik kembarnya itu . Lagipun dia tahu Maliqie bukan seperti jantan jantan malaysia tak reti setia . Maliqie kan bukan malaysian .. Hehe

" Oh by the way maklumat tambahan untuk kau , Cinta dan kekasih hati tak berapa nak kasih tu dah breakup . You can go and tackle her now if you want to . Now or never ya Syed Noah Muhammad Rizqish . Nanti melepas jangan nangis dekat bucu katil "

Maklumat tambahan yang diberikan Maliqie itu berjaya menarik senyuman sinis seorang Noah Muhammad Rizqish .

# tbc
hey semua ! Im backk ! Rindu Noah tak shemuaa ??

Biydadary Noah Rizqish - ON GOING -Where stories live. Discover now