08 || ARMADA NOAH

54 8 9
                                    

Noah termenung memandang laptopnya . Kata-kata Maliqie sedikit mengganggu fikirannya . Jadi Armada nya sudah single mingle . Maksudnya dia boleh masuk line la kan ? Tapi dia mana reti ..

Dia sememangnya tidak pandai bercinta dan tidak pernah bercinta . Lagipun Luth dan Darwia tidak pernah memaksanya untuk kahwin awal atau memaksanya kahwin dengan calon pilihan mereka . Apa ingat ni novel nak paksa anak kahwin dengan pilihan orang tuanya ? Lambat lagi .

Iphone 15 pro max miliknya digapai . Hadiah dari Angel dan Qalish sempena ulang tahunnya yang ke-28 . Kata mereka ' Noah ni lame la dok guna Iphone 11 lagi ' walhal dia tidak kisah pun .

Contact nama Angel dicari . Setelah jumpa ditekan punat telefon .

' But i see her ... '

' In the back of my mind ... '

' All the t—- '

" Assalamualaikum . Yes brother what do you want ? " suara Angel lembut menyapa gegendang telinga Noah .

Noah menggeleng . Tengah bahagia pun nak letak ringtone sedih ke ? Pelik la perempuan ni .

" Walaikumsalam . Kau dekat mana ? Rumah or apartment ? " tanya Noah . Memandangkan Angel masih belajar dan tempat dia belajar agak jauh dari rumah jadi Angel tinggal di apartment miliknya yang dibelikan oleh Noah . Tidak perlu ulang-alik . Angel hanya pulang ke rumah jika dia tiada class atau cuti .

" On the way nak go dinner dengan Iqie . Lepastu balik rumah mama . Iqie hantar sebab kereta Angel masuk bangkel . Ada masalah apa tah dengan enjin dia Iqie cakap tadi . Entah tak faham " jawab Angel sambil tertawa kecil melihat gelengan kecil dari tunangnya itu . Penat je Maliqie explain rupanya Angel tidak faham . Nasib la sayang haih .

" Okay hati-hati . Anything call me okay Angel ? "

" Baik . Noah pun sama . Jumpa dekat rumah . Bye i love youu "

" I love you more Angel Nur Safiya " jawab Noah lalu call itu dimatikan . Iphonenya itu diletakkan diatas meja . Okay mari sambung memikirkan macam mana nak mengorat Armadanya . Kalau suruh mama dan papa masuk meminang terus boleh tak ? Tak payah la mengorat . Bercinta lepas kahwin kan best and way more halal ??

Noah menarik senyum . Yes ! Cari mama nya dan suruh masuk meminang ! Kaki panjangnya terus melangkah keluar dari bilik tidurnya . Laptop yang hidup dan tertera kertas kerja nya yang masih kosong itu ditutup sahaja . Ah otak tak jalan . Tak boleh buat kerja .

" Okay tengku . Theme hari nikah dan sanding tengku nak concept yang simple sahaja kan ? Dan nak pakai satu sahaja baju untuk nikah dan satu untuk sanding ? " soal Cinta . Maklumat didalam Ipad nya dipandang untuk menyemak . Ingin memastikan kehendak pelangannya selaras dengan apa yang telah dia senaraikan .

" Ya . Nikah dan sanding itu hanya untuk keluarga . I will get married with someone i dont even love . Buat apa nak bazir duit buat besar-besaran? Buang duit aku je " bidas tengku Daniel . Gadis yang berada disebelahnya hanya diam mendengar kata yang cukup sinis dari tunangnya itu .

Cinta hanya diam mengangguk . Situasi ini sudah biasa dilihat . Dia memiliki butik yang menjual baju hasil rekaannya . Dia juga seorang wedding planner jadi perkara seperti ini biasa .

Apa sahaja yang tidak pernah dilihat ?

Ibu bapa tidak restu , sudah . Calon paksaan dari ibu bapa juga sudah . Tidak suka sama suka namun terpaksa kahwin juga sudah . Hasil tangkap basah namun tetap mahu buat majlis sanding sebab takut family malu juga sudah .

Semua jenis cinta yang terpapar dihadapannya sangat menakutkan .

" Baik tengku Daniel . Urm... untuk awak pulak , Aisyah kan ? " soal Cinta lembut . Melihat anggukan kecil dari Aisyah hanya disambut senyuman Cinta . Tahu gadis ini tidak selesa dengan kehadiran Tengku Daniel .

" Awak nak baju macam mana ? Can you share with me ? What kinda dress do you want ? " soal Cinta lagi . Gadis dihadapannya terdiam seketika . Cuba berfikir jawapan kepada soalan wedding planner yang cantik dihadapannya .

" Err saya tak kisah pun . Yang penting menutup aurat dan longgar "

Jawapan dari Aisyah itu ditype didalam notesnya . Jarang sungguh dapat pelanggan macam Aisyah . Selalunya soalannya akan dijawab dengan jawapan ,

' I want to show my back '

' I want my dress to have a slit at the infront '

' Make sure its full lace at the back and i want v-line neck style '

Ya . Semuanya seksa . Maklumlah uruskan anak orang kaya punya majlis . Tapi Cinta tidak menghakimi . Dia juga seorang yang daring dan sexy . Namun tidak kisah la sebab dia bukan muslim . Bukankah seorang muslim harus menutup aurat mereka dari tatapan umum ?

" Baik . Okay Aisyah , Untuk majlis awak berdua nanti saya dan kawan saya , Serrah akan siapkan awak ya . Makeup awak , saya yang akan handle . While ur tudung , Serrah yang akan handle . Are you okay with it ? "

" Oh and about your baju nikah dan sanding pula saya akan tunjuk designnya dua minggu dari sekarang . Jadi dua minggu dari sekarang awak kena datang butik saya balik . Boleh ? " sambung Cinta lagi . Aisyah mengangguk faham .

" Kalau just nak tunjuk design baju perempuan ni aku tak payah ikut la kan ? " soal Tengku Daniel malas . Wajah jelita Cinta ditatap . Cantik . Desis hatinya .

" If you think you will okay with my design without see it first . no need to come pun . Biar Aisyah datang seorang sahaja . Baju pengantin perempuan lagi penting "jawab Cinta tenang . Cuba bersikap professional . Dia sejujurnya tidak suka cara Tengku Daniel bercakap . Kasar .

" Ok " jawab Tengku Daniel malas . Terus sahaja lelaki itu bangun dan keluar dari ruangan pejabat Cinta .

Bussiness kad milik Cinta diambil didalam lacinya lalu diserahkan kepada Aisyah .

Aisyah memandang kad bertemakan black , gold and white itu . Cantik . Sesuai dengan Cinta yang sangat jelita orangnya .

" Nanti awak contact saya boleh ? Saya nak save number awak . Senang sikit kita berhubung " pinta Cinta lembut . " Baik boleh . Nanti saya contact awak ya . Terima kasih Cik Cinta saya balik dulu "

Pamitan dari Aisyah disambut anggukan dari Cinta . Dia hanya melihat kelibat Aisyah hilang dari pandangannya . Cinta hanya menggeleng . Kertas lakaran dimasukkan didalam fail nya . Ipad dan fail itu terus dimasukkan didalam beg laptopnya . Laptop nya juga sudah selamat berada didalam beg .

Tidak menunggu lama , beg tangannya yang berada di meja kecil belakangnya digapai . Cinta bangun ingin mengambil coatnya yang bergantung . Harini dia hanya memakai skirt hitam ketat paras lutut dan baju polo fit berwarna cream . Beg laptop digantung dibahu manakala beg tangannya dipegang . Begitu juga dengan coatnya . Kaki yang tersarung heels christian louboutin melangkah keluar dari pejabatnya .

Matanya disapa dengan edegen Tengku Daniel memarahi Aisyah . Lagi ..

" Lembap la kau ni ! Kau ingat aku driver kau ke nak tunggu lama lama ! Kalau bukan sebab mummy dah lama aku tinggal ke kau dekat sini . Bodoh ! " Aisyah hanya diam mendengar herdikan dari tunangnya . Sudah lali dengan layanan kasar lelaki itu .

Cinta mengeluh halus . Dia terus melangkah ke keretanya . Pening kepala melihat layanan kasar itu . Benci .

' May this kind of love will never find me '


# tbc
comment ur thoughts tau ! I wanna knoww hehe

Biydadary Noah Rizqish - ON GOING -Where stories live. Discover now