MAFIA'S OBSESSION | BAB 1

1.7K 74 6
                                    

Asy berjalan sambil mulutnya mengunyah gula-gula getah . Tangan kiri membawa buku latihan untuk diletakkan di meja Cikgu Arisa dan sebelah lagi sebok membuka jawapan pada buku latihan rakannya . Tidak mahu berlengah lagi , dia mempercepatkan langkah nya ke kantin untuk makan bersama rakan-rakannya .

Prang!

Asy memegang kakinya yang sakit , dia terlanggar sesuatu sehingga semua buku yang dibawanya tadi jatuh berselerak . Alangkah terkejutnya apabila dia mengangkat muka , dia terlanggar senior lelaki yang digeruni oleh semua pelajar mahupun guru di sekolah mereka .

Dup.
Dap.
Dup.
Dap.

Jantung Asy berdengup kencang. " Aduh macam ni ? Ma...macam mana aku boleh taknampak dia kat depan tu tadi ." bisik Asy didalam hati . Amir senior lelaki yang berwajah tampan & digeruni oleh semua orang di sekolah . Amir berdiri tegak sambil membuat muka bengis dan perkara itu membuatkan Asy bertambah takut untuk melihat wajah Amir . " Kau nak aku angkat kau ke kau nak tidur je kat lantai tu ?" Terkejut Asy apabila Amir mula bersuara kerana melihat Asy yang dah macam batu takbangun-bangun dari tadi .

Asy menggeleng kepala menandakan dia tidak mahu diangkat oleh Amir dan dia segera bangun dari tempat itu . Sengihan Asy memenuhi ruang mata lelaki itu .

" Saya minta maaf , saya nak cepat tadi sampai taknampak awak dekat depan ." Asy segera meminta maaf sambil tersengih sehingga menampakkan lesung pipitnya . Amir terpesona melihat kecantikkan Asy tapi dia langsung takmenunjuk wajah tertarik malah dia menunjuk wajah yang bengis .

" Aku sikit punya besar dekat sini pon kau taknampak ke? Ke kau ni rabun?" Amir sudah memulakan sesi perbalahan . Asy yang makin takut menunjukkan riak wajah yang normal sahaja walaupun sekarang ni lutut dia hampir tercabut .

" Saya rasa saya takrabun . Tapi awak ... saya betul-betul minta maaf . hmm okay apa kata kalau saya belanja awak makan kat kantin? Mungkin tu boleh buat awak maafkan saya ." pujuk Asy panjang lebar.

Malas mahu melayan karenah si Asy , Amir terus berlalu pergi . " Awak... saya minta maaflah ." jerit Asy . Amir dari jauh tersenyum sikit melihat karenah Asy . Dia nampak yang Asy takut dengannya tapi Asy tetap berwajah biasa dan membuatkan dia tertarik dengan sikap bersahaja Asy.

Asy terus berlari untuk menghantar buku latihan itu supaya dia cepat sampai ke kantin . Disebabkan dia terlanggar senior tadi tu , dia dah lewat untuk ke kantin . Jam menunjukkan pukul 10.15 dan habis rehat pukul 10.30 , lagi 15 minit saja untuk dia beli makanan dan makan .

Umi dan Ida melihat rakannya yang tercungap-cungap akibat berlari tadi berasa pelik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Umi dan Ida melihat rakannya yang tercungap-cungap akibat berlari tadi berasa pelik . "Kau dah kenapa Asy berlari macam kena kejar hantu ja ?" Sampainya Asy dekat mereka terus Ida mengajukan pertanyaan . "Hah kau, asal lambat ? Kantin dengan bilik guru dekat ja tau . Yang kau ambil masa 15 minit ni macam dah pergi pekan depan tu kenapa." Umi sambung lagi dengan pertanyaan dan bebelan dia .

"Sorry la aku lambat . Tadi aku terlanggar orang . Korang tunggu kejap aku nak pergi beli makanan." Terus Asy ke kaunter kantin untuk membeli makanan . Sampainya di meja mereka , Asy terus memulakan ceritanya dari keluar kelas sampailah dia ke kantin .

HAH !!!!

Tercenggang Umi dan Ida mendengar cerita Asy . "Berani kau langgar dia ? Kau bercakap dengan dia ? Siap nak belanja makan lagi ?" Umi terkejut dengan apa yang dikatakan Asy sebentar tadi . Asy perempuan pertama yang berani bersuara dengan Amir . "Aku taksengaja lah langgar dia , mana la aku nampak kan aku tengah tengok buku latihan korang tadi. Tup tup dia ada depan aku." habis la hidup Asy lepas ni .


Sayang2 author sekalian 🤟
Haa!! Macam mana sayang2 semua ? Best tak part 1 ni ? Kalau best korang komen la banyak dekat bawah. Korang jangan lupa vote author tau , tanpa korang author taksemangat nak buat . Kalau nak lagi best korang boleh kongsi kisah percintaan/first love korang dekat ruangan komen 🫶🏻

Dillinger's Obsession | OGWhere stories live. Discover now