MAFIA'S OBSESSION | BAB 3

1K 53 0
                                    

Amir menghidupkan Ducati Panigale x4 miliknya untuk pulang ke rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Amir menghidupkan Ducati Panigale x4 miliknya untuk pulang ke rumah. Dia memecut laju agar segera sampai ke rumah kerana perutnya dari tadi sudah berkeroncong. Setelah sampai di rumah, Tengku Zahirah ada di depan pintu untuk menyambut kepulangan anak tunggalnya .

The Dillinger's Mansion

The Dillinger's Mansion

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum bonda." Amir mencium tangan bondanya. "Waalaikumussalam, dah masuk pergi mandi, solat, nanti turun bawah kita makan sama-sama." ujar bonda. Amir terus naik ke bilik untuk membersihkan diri.

Amir anak tunggal kepada Dato' Sri Tengku Syahid Dillinger & Datin Sri Tengku Siti Zahirah. Ayah Amir seorang ketua dari gang mafia terbesar di Kota London yang dinamakan 'Dillinger Gang' . Keluarga mereka sangat digeruni ramai orang . Setiap penjuru rumah l disediakan seorang 'sniper' untuk melindungi penghuni rumah dari musuh mereka.

Selesai sahaja mandi dan solat, Amir turun ke bawah untuk makan bersama bondanya. Sampainya di bawah dia melihat Tengku Anne Macwillsone, sepupunya yang macam ulat beluncas itu ada juga di meja makan. Amir memang kurang berkenan dengan sikap sepupunya itu. Bondanya pon sama tapi terpaksa melayankan juga karenah si Anne ni. Nanti takut pula bermasam muka dengan kakaknya.

"Hi Amir lamanya you dekat atas. I dengan bonda dah lama tunggu tau nak makan sama-sama." kemain menggeletis cara bercakap si Anne ni. "Apasal kau tunggu aku pula? Bukannya aku nak kena suapkan kau." ucapan Amir cukup membuatkan Anne terdiam sebentar.

Amir terus duduk di sebelah bondanya dan mula memasukkan semua jenis lauk yang ada di atas meja. Anne menghulurkan pinggan untuk meminta agar Amir dapat meletakkan ayam goreng yang ada di depannya. Tetapi tidak dihiraukan oleh Amir. "You.. I nak ayam tu lah. Kenapa tak ambilkan untuk i?" Anne dah mula menunjukkan sikap 'annoying' nya depan Amir.

"Kau dah tak ada tangan ke nak ambil sendiri?" ujar Amir malas melayan. Anne memuncungkan mulutnya tanda merajuk dengan perlakuan Amir terhadapnya. "Aunty tengok la Amir tu tak nak pon layan Anne ni." Anne mengadu kepada Tengku Zahirah. Tetapi Tengku Zahirah hanya tersenyum melihat karenah anak tunggalnya itu.

Tengku Zahirah sangat kenal dengan anaknya yang kurang suka dengan sikap manja Anne yang berlebihan itu.

Setelah selesai makan, Amir terus mengambil kunci ducatinya untuk ke markas ayahnya. Tetapi di halang oleh Anne. "You.. you nak pergi mana? I ada dekat rumah you , you nak keluar pula." Amir terus berlalu pergi kerana malas mahu layan si Anne yang mengada-gada itu.

Tengku Zahirah datang menyapa Anne dari belakang. Anne terus memuncungkan bibirnya kepada Tengku Zahirah. "Kamu ni jangan lah rapat sangat dengan Amir tu. Dia taksuka perempuan yang mengada-gada dan tergedik-gedik depan dia." ujar Tengku Zahirah terus terang.

Dia dah takdapat tahan dengan perangai manja yang berlebihan si Anne tu. Anne terkejut dengan kata-kata Tengku Zahirah terus dia berlari ke arah keretanya untuk pulang ke rumah.

Setelah dia sampai kerumahnya, dia berlari ke arah mummynya untuk mengadu kejadian di rumah Tengku Zahirah tadi. Tengku Siti Zinnirah adalah kakak dengan bonda Amir. Setelah dia mendengar perkara yang terjadi di rumah adiknya tadi, dia berada geram dengan sikap dua beranak itu.

"Kenapa dengan perangai aunty Zahirah tu? Manjakan sangat anak dia tu, sebab tu jadi macam tu." ujar Tengku Zinnirah . Geram dia mendengar perlakuan biadap adiknya dan Amir terhadap Anne itu.

Anne tersenyum jahat kerana berjaya menghasut mummynya untuk marah kepada Tengku Zahirah. Tengku Zinnirah ni memang seorang yang selalu percayakan anaknya walaupun kadang-kadang cerita yang disampaikan oleh anaknya itu kurang betul.

Sayang2 author sekali🫶🏻
Terima kasih sebab sudi baca karya pertama author yang takseberapa ni. Harap sayang2 semua suka & vote author ramai2 tau. Kalau sayang2 suka korang boleh komen banyak dekat bawah & korang boleh support author dekat tiktok juga @asyrieena 🤟

Dillinger's Obsession | OGWhere stories live. Discover now