☠️ 1st Mine Series
❤️🔥 Tengku Amir Dillinger x Nur Asywaria Riena
Kisah seorang mafia yang terkenal di Kota London yang mewarisi kehebatan ayahanda nya. Amir yang kenali sebagai 'Shark' seorang pemuda yang sangat tegas dan kecam dalam melakukan s...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bunyi jam loceng kali ketiga tidak dihiraukan oleh Asy . Sekali lagi jam berbunyi mengejutkan nya dari alam mimpi . Alangkah terkejutnya dia apabila jam menandakan pukul 7 pagi dan dia telah lewat untuk ke sekolah . Aduh, malasnya nak bangun harini . Dia cepat-cepat mencapai kain tuala untuk mandi .
Dengan kantuk yang masih berbisa, Asy membuka pili air pancur untuk membersihkan diri dengan segera. Setelah selesai mandi , dia terus menunaikan solat subuh dan bersiap untuk terus ke sekolah .
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Asy berlari sekuat hati untuk sampai ke sekolah dengan cepat. Kerana sekolah hanya jarak 1 km dari rumahnya , dia sampai tepat pada waktu sebelum pagar tertutup . Asy terus melangkah laju untuk ke kelas .
Buk!
Asy terlanggar orang buat kali kedua . Kali ni lebih teruk kerana kedua-dua mereka tergolek di tengah taman sekolah . "Aduh!!" Asy menjerit kesakitan. Dahinya terhantuk dengan siku lelaki itu . Dasar siku tajam !
Asy dapat merasanya tubuh lelaki itu mengeras. Mungkin terkejut kerana Asy berada di atas badannya sekarang . Jantung Asy berdegup laju .
Dup! Dap! Dup! Dap!
Asy mengangkat kepalanya untuk melihat siapa gerangan lelaki yang ada pada dakapannya . Alangkah terkejutnya apabila dia melihat Amir senior yang dia dah langgar semalam dan harini dia terlanggar lagi . "Ya Allah lindungilah aku dari bala bencana ini." Asy terus berdoa meminta pertolongan dari Allah.
"Kau memang takreti bangun ke kalau dah jatuh ? Nak aku peluk kau sampai subuh esok ?" Amir sudah bersuara . Cepat-cepat Asy bangun dari dakapan itu . "Awak... saya minta maaf lagi sekali . Sorry sangat-sangat . Saya taknampak . Kalau saya nampak awak kat depan tu tadi confirm saya taklanggar awak." panjang lebar Asy memohon maaf .
"Kau tutup mulut kau tu sebelum aku yang tutupkan mulut kau dengan cara aku." ringkas Amir balas tapi cukup membuatkan Asy terdiam. Amir terus berlalu pergi meninggalkan Asy yang terkedu disitu.
Sebelum pergi, Amir berpaling kepala ke arah Asy yang masih membatu di situ . Dia kembali ke arah Asy dan dengan selamba dia menjentik dahi Asy supaya Asy sedar dari lamunannya . "Aduh!!awak buat apa ni? Sakit tau tak?" Asy menjerit kesakitan .
"Dah kau terpacak dekat sini dari tadi , nak suruh aku pimpin tangan kau masuk kelas?"soal Amir . "Ye lah nak masuk kelas lah ni." Asy terus lari menuju ke kelas . Amir tersenyum melihat perlakuan Asy .
Jarang ya lelaki yang berpewatakan tegas , muka yang bengis dan takpernah senyum langsung tapi bila dengan gadis seorang ni boleh buat dia tersenyum sendiri.
Kringggg!!!!!
Jam menunjukkan pukul 2 petang waktu habisnya sesi persekolahan . Asy terus pulang kerumah untuk membantu ibunya di warung mereka . Setelah sampai, dia melihat ibunya masih dirumah . "Ibu takmeniaga ke harini ?" soal Asy .
"Ibu taksihat la harini. Sakit kepala ibu ni datang balik dari pagi tadi ." ibu terus memicit kepalanya yang sakit . "Kenapa ibu takcakap dekat Asy pagi tadi ? Kalau Asy tahu ibu sakit , Asy takpergi ke sekolah . Boleh la Asy tolong ibu meniaga." Asy risau melihat keadaan ibunya yang selalu sakit kepala tu . Bila ajak ke hospital untuk pemeriksaan dia taknak .
Ayahnya pula seorang pengawal keselawatan di pasaraya besar di pekan tu . Masuk awal pagi lewat malam baru dapat balik . Keadaan rumah pon ayah taksempat fikir . Ibu takbagi kami adik beradik cakap tentang keadaan ibu sekarang kerana takut ayah risau tak boleh fokus buat kerja.
Ayah kena kerja keras disebabkan keempat-empat anaknya yang masih bersekolah. Asy anak sulung dari empat adik beradik . Kesemua adiknya lelaki pula masih kecil dan perlukan perhatian yang lebih . Tapi syukur mereka sejenis yang pandai berdikari .
Sayang2 author sekalian 🫶🏻 Maaf kalau author ada tertypo sikit, salah silap sepanjang author menulis ini . Harap korang semua dapat support author sampai ke penhujung cerita ni ya 👍