MAFIA'S OBSESSION | Bab 5

1.1K 79 10
                                    

Hari berganti  hari , Amir telah tamat sesi persekolahannya . Selang beberapa hari, Tengku Syahid menghantar Amir untuk sambung belajar di London. Di sana juga dia akan di ajar banyak perkara dalam bidang perniagaan dan dalam segi pertahan diri dalam menentang musuh.

10 Tahun Kemudian

Setelah habis belajar, dia membantu ayahandanya menguruskan syarikat mereka di Kota London. Amir juga telah mengambil alih kumpulan mafia ayahandanya. Amir yang digelarkan sebagai 'Shark'  dan mempunyai sekelompok geng  yang dikenali sebagai 'Dillinger Shark Gang'.

The Dillinger's Meeting Room

"Esok aku akan balik Malaysia dan aku nak kau setelkan hal dekat sini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Esok aku akan balik Malaysia dan aku nak kau setelkan hal dekat sini. Apa-apa kau boleh update aku." ujar Amir kepada Tengku Adam, sepupunya dan menjadi orang kuatnya di Kota London.

"Boleh tak ada hal la bro. Kau pon dah lama takbalik sana. Ada benda ke kau nak setelkan?" tanya Adam pelik. Amir pernah berborak dengan dia dahulu, kalau dia balik Malaysia dia nak ambil balik benda yang dah lama dia tinggal.

"Nanti aku akan bawa jumpa kau." ujar Amir ringkas.

Dia dah lama menantikan saat ini. 10 tahun dia menetap di Kota London dan hanya berbekalkan semua gambar aktiviti yang dilakukan oleh Asy semanjang hari. Di Malaysia, dia telah menyupah seorang 'personal spy' merangkap 'bodyguard' kepada Asy untuk menjaga keselamatan Asy dari jarak jauh.

'Flashback'
Sepanjang 10 tahun juga, Asy tidak mengetahui akan kehadiran lelaki itu. Asy juga sekarang masih seorang pelajar di UITM SERI ISKANDAR. Dia akan pulang ke rumah setiap sebulan sekali untuk melihat keadaan ibu dan ayahnya.

Lagi setahun Asy akan habis belajar untuk sarjana muda bidang perakuanan. Asy juga banyak mengambil kerja 'partime' untuk mengurangkan beban ibubapanya.

Gaji yang Asy buat 'partime' di sebuah restoran juga sangat banyak dan dapat memberi sedikit kepada ibubapanya di kampung.

Amir yang membayar semua kos belajar dan membayar gaji kepada Asy. Tetapi semua perkara itu tidak diketahui oleh Asy. Asy menyangka bahawa dia mendapat biasiswa dari pihak universiti dan gaji di tempat kerjanya itu adalah perkara biasa.

"Aku nak kau jagakan dia untuk aku. Aku tak nak mana-mana lelaki pon rapat dengan dia. Kau tahu kan apa yang kau patut buat kalau ada orang dekat dengan dia?" ujar Amir melalui phone kepada lelaki itu.

"Baik Tengku. Saya akan jaga dia betul-betul macam Tengku suruh." balas lelaki itu ringkas.

'End Flashback'

"Esok kau nak aku hantarkan kau ke airport tak?" Adam bertanya.

"Takpa nanti aku suruh 'bodyguard' aku hantarkan." ujar Amir.

Semenjak Amir berada di Kota London dia banyak menghabiskan masanya di syarikat dan markas. Amir hanya akan pulang ke penthouse milik keluarganya itu seminggu sekali sahaja selebihnya dia akan menetap di markas. Di markas mereka terdapat bilik bawah tanah yang dikhaskan olehnya untuk berehat.

Tetapi di markas juga sekarang sudah dijadikan rumah tetapnya. Kalau diikutkan, Amir memang ingin pulang ke Malaysia lepas habis belajar tetapi di halang oleh ayahandanya. Tengku Syahid ingin Amir belajar lebih banyak lagi mengenai syarikat di sana.

"Sorry reader-reader semua 🙏 author lambat published new chapter ni disebabkan terlampau busy & author merajuk dengan korang semua sebab ramai tak komen bagi feedback kat author 🥺"

"Nanti kalau korang takkomen banyak2 author nak merajuk lama lagi"

*sorry chapter kalini pendek sikit nanti chapter ke-10 author bagi panjang2 okay sayang2 semua

Dillinger's Obsession | OGWhere stories live. Discover now