MAFIA'S OBSESSION | BAB 7

1.4K 73 15
                                    

Street Cafe

Badan disandarkan pada kerusi sambil matanya tak lepas merenung lelaki di hadapannya itu membaca menu untuk dipesan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Badan disandarkan pada kerusi sambil matanya tak lepas merenung lelaki di hadapannya itu membaca menu untuk dipesan. Asy mengambil peluang itu dengan meniliknya puas-puas. Asy suka melihat mata Amir yang dapat membuat ramai wanita tertunduk. Pandangannya dapat membuat ramai wanita cair dan dalam masa yang sama takut. Ia lah Amir kan dulu lelaki yang paling digeruni di sekolah dan lelaki yang digilai ramai gadis. Bibir bawah digigit .

"Puas dah tengok?" dingin Amir bertanya.

Alamak, kantoi pula! Laju Asy memalingkan mukanya memandang ke arah tingkap cafe.

" Hah ma-mana ada saya tengok awak. Sa-saya taktengok apa-apa pun. Saya tengah tengok menu la. Taknampak?" Asy pura-pura taktahu sambil meneliti buku menu di hadapannya.

Amir menarik senyum senget melihat karenah Asy.

"Takpayah nak act innocent sangat la. Ingat aku taknampak ke?" usik Amir.

"Eh sorry sikit. Takhingin saya nak tengok awak. Ingat saya tak ada kerja ke?"

"Suka hati kau lah. Ni kau nak makan apa? Dari tadi terselak-selak buku menu tu kau ingat makanan boleh sampai depan muka kau?" Amir tersenyum melihat riak wajah muncung Asy.

"Saya tak tahu la nak makan apa cafe mewah macam ni. Selalunya saya makan dekat warung tepi jalan tu je." berkerut dahi Asy melihat buku menu yang terlalu banyak tulisan tanpa gambar makanan. Dia takbiasa makan di cafe mewah ni . Paling busuk pon dia pernah makan di cafe dalam universiti nya dahulu.

" Give me one rib eye steak , one tenderloin steak and 2 orange juices." Amir memesan makanan dengan minuman tanpa rundingan Asy.

Ya lah yang dia tahu makan nasi ayam, nasi lemak & teh o ais. Selain dari tu memang dia 'fail'.

"Kau ni takut dengan aku ke?" Amir memulakan kata-kata setelah hampir 10 minit juga mereka diamkan diri.

"Eh tak ada lah. Buat apa saya nak takut." Asy pantas menggelengkan kepalanya.

"Habis tu kenapa muka tu pucat lesi ja? Setiap kali kau langgar aku mesti kau yang pucat. Padahal aku tak buat apa pun dekat kau. Bukannya aku cium kau pun." usik Amir.

Merah muka Asy macam udang kena bakar mendengar kata-kata Asy.

"Atau.... Kau nak kena kiss dulu baru okay balik muka pucat kau tu?" Usik Amir lagi.

Amir kedepankan muka sambil memuncungkan bibirnya. Cuak Asy dengan tingkah laku Amir kalini. Tapi dalam masa yang sama dia suka melihat Amir begini, ehek!

"Ish awak ni main-main betul lah. Mana ada saya takut. Saya ni manusia yang paling berani tau." ujar Asy berani tapi sebenarnya kata-kata itu untuk hilangkan rasa debar didadanya.

"Hm ya la kau ni. Aku ada nak cakap sesuatu ni dekat kau. Ini arahan bukan pilihan." ujar Amir sedikit tegas.

Asy hanya mengangguk tanda setuju. Takut nanti dia bersuara ditengkingnya depan ramai orang . Malu dia.

"Aku nak kau habis study nanti masuk kerja dekat syarikat aku dan aku nak kau berhenti kerja kau yang sekarang ni." ujar Amir.

"Eh mana boleh macam tu. Saya nak cari duit lebih nak bayar duit tambang bas, nak bagi dekat family saya dekat kampung, duit barang dapur lagi. Saya ni dah la tak ada siapa-siapa dekat sini. Saya kena kerja lebih masa sikit sebab nak kan duit lebih." panjang lebar Asy membalas sambil memuncungkan bibirnya.

"Nanti aku bayarkan gaji kau 5 kali ganda kalau dekat dengan aku. Tak payah kau nak kerja lebih masa sangat. Ingat badan tu nak pakai lama."

"Astarfirullah kerja apa yang gaji banyak sangat tu? Ha? Saya tak nak buat kerja bukan-bukannya. Saya ni masih suci lagi tau. Jangan nak suruh saya buat kerja bukan-bukan. Nanti takmasuk syurga saya, saya heret awak sekali masuk neraka." balas Asy ketakutan.

"Apa yang kau merepek ni? Aku nak bagi kerja yang sesuai dengan apa yang kau study ni lah. Yang sampai ke situ yang fikir kenapa? Teringin sangat nak kerja situ?" lain dia nak Asy buat lain pula dia budak ni fikirkan.

Boleh darah tinggi juga kalau duduk dengan Asy ni lama-lama. Penat melayan kerenah dia yang kadang nampak bijak kadang nampak blur tahap takboleh buat main.

Pelayan menghantar makanan dan menghidang di hadapan mereka. Asy agak terkejut melihat makanan yang dipesan boleh Amir.

"Wahh... banyaknya lauk-lauk dia. Penuh pinggan ni. Saya dah la baru habis jogging awak order makanan banyak-banyak ni siapa nak habiskan?" dalam terujanya dia juga terfikir takut makanan di hadapan nya ini membazir.

"Kau makan dulu nanti tak habis aku habiskan lah. Itu pun susah ke?" balas Amir.

"Terima kasih awak bawakan saya makan."

Amir hanya membalas dengan senyuman.

Asy melihat makanan yang dimakan oleh Amir agak menggiurkan. Dia malu untuk memintanya tetapi dapat dilihat oleh Amir.

Amir menggangkat makanan ya dan menukarkan pinggannya dengan pinggan Asy.

"Eh... macam mana awak tau saya teringin steak awak tu? Kalau awak potongkan sikit pun saya okay la." merah muka Asy dengan perilaku Amir terhadapnya.

"Makan cepat nanti aku hantar kau balik." balas Amir.


*sorry ya kalau jalan cerita author ni bosan . reader2 kesayangan author boleh komen kalau takbest ataupun best sangat2 . author terima segala teguran tapi jangan la kecam teruk2 . love you reader kesayangan author*

Dillinger's Obsession | OGWhere stories live. Discover now