BAB 2

34 8 0
                                    



"Daddy." Jerit Lullia sambil tangan nya melambai lambai ke arah Dato'Harraz.

Dia hanya membalas dengan senyuman. Tenang rasanya melihat gadis itu bermain basikal yang di sewanya, jelas raut wajah gadis itu gembira.

Rambut ikal Lullia dilepaskan, beralun-alun ia terbang di tiup angin, sungguh cantik bagai puteri. Tidak lepas Lullia menjadi tatapan orang orang di taman itu namun langsung tidak hiraukan nya.

"Lullia sayang, jangan main jauh jauh ." Ujar Dato'Harraz sedikit kuat. Lullia hanya mengangguk paham.

"Ehem." Dato'Harraz tersentak lalu mengalih kan pandangan ke arah deheman lelaki yang berdiri di sebelah kerusi nya itu.

tersentak diri dibuatnya,Sudah lama kah lelaki itu berdiri di sebelah nya. Wajah lelaki itu kelihatan tenang tapi bengis ,cukup membuatkan jantung Dato'Harraz mengepam selaju yang mungkin.

"Ez .. Ezra." Gagap Dato'Harraz, entah mengapa seperti ada yang tersekat di tekak nya bila ingin menyebut nama lelaki tersebut. Lelaki itu duduk tanpa dipelawa, mata nya kini merenung wajah Dato'Harraz, terbit senyuman penuh sinis.

"Asal kau diam? Bisu?"

Dato'Harraz tidak membalas, pandangan kosong di alih dia ke bawah. Hati nya kini berasa remuk rasa sakit yang sungguh mendalam. Entah yakin atau tidak dia dengan rancangan bodohnya itu.

Ini kalau tersalah langkah bukan sahaja nyawa dia melayang, nyawa Lullia juga menjadi taruhan .Namun apa daya demi mencari kebenaran untuk arwah isteri tercinta dia sanggup.

"Kau terima ke taw..tawaran aku tu?" Soalan pertama terpancul keluar dari mulut Dato'Harraz sekian lama mereka dua mendiam kan diri. Dhani tersenyum miring.

"Harazz Harazz dasar orang tua bodoh. Kau buat lawak ke dengan aku atau kau tu dah hilang otak?." Sinis Dhani.

Dato'Harraz menelan air liur nya kesat.

"Tawaran jenis apa lah yang kau tawarkan kat aku tu, heh kau ingat aku ni apa ? aku ni pembunuh bersiri. P.E.M.B.U.N.U.H kau faham ke tak?!" Bentak Dhani tegas.

Bukan dia tak memberitahu perkhidmatan dia apa sebelum ini kepada orang tua itu namun sudah banyak kali dia memberi tahu dan menolak tawaran bodoh tersebut, tapi Dato'Harraz sahaja yang masih berdegil dan memaksa dirinya untuk menerima tawaran itu. Naik berang lah diri nya apa bila di desak.

"Ye aku tahu Ezra kau tu pembunuh tapi please tolong lah terima tawaran ni. Aku dah takde sesiapa untuk minta tolong Ezra." Ujar Dato'Harraz bersungguh.

"Hoi orang tua kau memang tak reti nak mengalah kan, kau ingat muka aku ni tempat mintak tolong orang dalam kesusahan ke Harraz?
aku betul betul tak boleh nak terima benda mengarut macam ni tau tak. Kalau kau rasa tiada siapa nak jaga anak kau yang terencat tu baik kau hantar je dia ke rumah anak yatim tak pun kau upah je aku untuk bunuh dia, easy."

Dato'Harraz menggenggam tangan nya sekuat hati, geram dengan apa yang di luahkan oleh Dhani itu tadi.

"Kau takkan paham Ezra, kau takde kat tempat aku jadi kau takkan paham."

Terjogket kening dhani ke atas." Dan kau juga tiada kat tempat aku Harraz. Jadi kita sama sama takkan paham." Dhani tergelak mengejek lelaki tua di hadapannya itu.

"Daddy." Belum sempat Dato' Harraz ingin membuka mulut, suara lembut Lullia memintas percakapan nya dengan Dhani. Serentak pandangan dua orang lelaki itu di alih ke arah Lullia.

THE DEVIL: DARK SHOOTER DEVIL Where stories live. Discover now