BAB 3

36 7 10
                                    


Ducati supersport berwarna hitam milik Dhani berhenti di hadapan banglo milik Dato' Harraz , enjin motorsikal dimatikan dan helmet ditanggalkan nya.
Rambut yang serabai itu di tacapnya rapi, sinis pandangan nya memerhatikan sekeliling rumah tersebut.

"Not bad kaya juga orang tua ni." Puji Dhani sambil tersenyum lebar ,tiba tiba dia teringat akan perbualan dirinya dengan Dato'Harraz malam tadi.

"Tolong lah Ezra , aku memerlukan sangat perkhidmatan kau." Pujuk Dato'Harraz entah ke berapa kali.

"Aku cakap aku tak nak , aku tak nak lah bodoh. Kau ni tak paham bahasa ke ,karang aku cakap Jepun lagi sepatah haram kau takkan paham." Marah Dhani.

Geram dirinya dengan lelaki tua itu, tak pernah paham apa yang dicakapkan nya. Malah lebih memaksa sampai kan dia tak tenang untuk melakukan apa apa.

"Ezra, kau sahaja yang boleh aku harap kan. Aku janji kalau kau terima tawaran aku ni ,aku bayar kau 5 kali ganda dengan bayaran yang asal."

Tawar menawar mula dilakukan.

Berkerut dahi Dhani mendengar nya, terlalu banyak duit yang di tawarkan oleh Dato' Harraz kepadanya. Itu kalau diterima, memang lebih dari cukup digunakan dalam tempoh satu tahun.
Tapi masalahnya sekarang Dato' Harraz bukan mengupah dirinya untuk membunuh tetapi untuk menjadi pengawal peribadi anak  perempuan nya yang ada kemurungan itu.

"Ezra tak cukup lagi ke semua tu bagi kau?."

Dhani diam.

"Kalau kau masih rasa semua benda tu tak cukup, aku sanggup tunaikan apa apa sahaja yang kau mintak ,tak kisah lah mahal ke murah , mampu ke tak mampu aku sanggup janji kau terima tawaran aku ni Ezra." Dato' Harraz merayu.

Terusik sedikit hati nya dengan kata kata lelaki itu, entah bagaimana wajah cantik Lullia tiba- tiba terlintas di fikiran nya.  "Apa apa sahaja ye." Dhani tersenyum

" Ehem ,baiklah aku terima tawaran kau."

Nafas lega di hembuskan Dato'Harraz di dalam talian, berkali dia merayu kepada lelaki bernama Dhani itu. Akhirnya terbuka jua pintu hati Dhani Ezra untuk menjaga anaknya Lullia melissa.

"Aku tak sangka akhirnya pembunuh yang keras kepala macam kau  akan terima tawaran gila aku ni."

"Terima kasih banyak banyak Ezra, aku bersyukur yang kau terima tawaran ni terima kasih sekali lagi Ezra ." Ucap Dato'Harraz tak henti.

" Tapi dengan syarat." Suara Dhani Mendatar

" Apa syarat nya?"

" Jangan panggil aku Ezra."

Berkerut dahi Dato'Harraz, takkan jadi pengawal peribadi pun perlu menukar nama? seingat nya dia hanya menawarkan lelaki itu untuk menjadi pengawal peribadi Lullia sahaja bukan untuk jadi anak angkat atau anak kutip nya.
Kalau tak nak dipanggil Ezra ,takkan nak kena panggil Along Angah adik ucuk pulak.

" Habis nak panggil apa?"

"Dhani, sebab Ezra panggilan yang aku guna untuk kerja kotor yang aku buat sekarang, lagipun aku tak nak sesiapa pun tahu yang aku ni buat part time kerja sebagai pengawal peribadi Lullia lagi lagi musuh ketat aku dan aku tak nak anak kau berada dalam bahaya."

Dato'Harraz mengangguk

"Ok itu sahaja ke syarat kau?"

THE DEVIL: DARK SHOOTER DEVIL Where stories live. Discover now