BAB 4

46 6 6
                                    



Usai bersiap, Lullia yang mengenakan T-shirt putih dan seluar hitam palazo itu melangkah turun ke tingkat bawah dimana Dhani sudah pun menunggu dirinya di ruang tamu tersebut.
Senyuman kekok jelas terpancar pada bibir Lullia , sofa berhadapan lelaki itu di duduki nya.

" Erm hi." Ucap Lullia segan.

Dhani yang duduk di hadapan itu hanya memeluk tubuh merenung tubuh Lullia dengan rasa tidak puas hati.

"Dah buat salah masih nak hi hi?" Mendatar suara Dhani.

"Sorry, tadi saya keringkan rambut itu yang ambil masa lebih sikit."

Dhani langsung tidak membalas apa-apa malah dirinya lebih suka melihat wajah takut Lullia itu,
di dalam fikiran nya terdapat banyak  idea untuk mengusik gadis tersebut.

"Awak saya nak tanya satu soalan boleh?" Pinta Lullia setelah beberapa minit mereka mendiamkan diri.

" Apa?" Acuh tak acuh sahaja Dhani menjawab.

" Awak lelaki yang semalam tu kan, yang kita jumpa kat taman?."

Dhani hanya mengganguk.

" Erm nama awak apa ek? saya lupa lah." Tanya Lullia sekadar menghilangkan rasa kekok.

" Dhani." Ucap Dhani sepatah

Lullia sudahpun menggaru kepala yang tidak gatal itu, bingung dirinya mencari idea untuk berbual dengan lelaki tersebut namun Dhani sering sahaja mematikan setiap perbualan yang baru ingin dimulai nya. Dasar mamat kerek.

Terseksa jiwa Lullia duduk bersama lelaki bernama Dhani itu , walaupun baru beberapa jam cukup mendera jiwa dan raga gadis itu. Tambah pula dengan tatapan seperti seorang pembunuh oleh Dhani pada dirinya.

" Lullia Melissa!"

Tersentak dirinya apabila mendengar nama penuhnya di seru kuat oleh Dhani dengan suara yang tinggi.

" Ha apa?"

Terpingga-pingga Lullia.

"Kau ni, tak habis-habis berangan, buat penat je aku cerita plan yang aku nak buat hari ni." Ujar Dhani.

" Plan? plan apa? kita ada nak keluar kemana mana ke?" Soal Lullia ingin tahu. Dhani sudah pun menepuk dahi.

Rasa menyesal mula menyerbui dirinya.

" Haih, itulah lain kali jangan suka sangat berangan , kan dah tak dengar apa aku cakap.
Untuk pengetahuan kau Cik Lullia Melissa, aku tak suka cakap berulang kali, so pandai pandai kaulah ikut aku."

Dhani bangun dan terus melangkah ke arah pintu utama. Lullia yang masih lagi bingung, terkulat- kulat dirinya bangun dari sofa  dan berjalan mengikuti Dhani. Kemana pula lah lelaki itu mahu pergi.

"Awak jap,tunggu saya."  Jerit Lullia

Selipar pink milik nya itu disarung pada kaki dengan kalut dia berlari anak ke arah Dhani.

"Nah." Ucap Dhani tangan nya menghulurkan halmet berwarna pink kepada Lullia yang sempat dibeli nya semalam.

" Nak pergi mana?" Soal dia pelik.

Mana pula lah Dhani ingin membawa dirinya itu, dah lah pakai begini,
kalau nak keluar kenapa  tidak beri tahu awal -awal tadi. Jika tidak bolehlah juga dia bersiap secantik yang mungkin. Sekarang dia hanya mengenakan baju biasa, dengan rambut tak sempat di sikat kemas namun masih kelihatan baik.

Helmet yang sudah bertukar tangan itu di sarung kan pada kepalanya namun tali pada helmet itu masih belum dikancing. Dhani yang perasan kebingungan gadis itu terus menarik dagu Lullia dengan lembut untuk memandang wajah nya.

THE DEVIL: DARK SHOOTER DEVIL Where stories live. Discover now