Bab 6

21 3 5
                                    



Sudu kecil yang terletak di sebelah piring itu diambil. Dibelek-belek kek coklat yang sudah pun terhidang oleh Dhani di atas piring nya.

Lullia sudah kecur , banyak kali juga dia menelan air liur gara gara bau kek coklat tersebut sedap!

"Nak tunggu aku suap pakai kaki baru kau nak makan?." perli Dhani

piring di hadapan Lullia ditolak rapat. Anak mata gadis itu hanya menjeling Dhani. Malas nak layan.

" Awak punya kek mana, tak nak makan sekali?"

" Aku nak tengok reaksi kau dulu sedap ke tak, nanti aku makan."

Lullia mengangguk

Sudu itu di suap nya laju masuk ke dalam mulut, di kunyah perlahan sehingga raut wajah nya yang ceria tadi serta merta berubah menjadi kelat.

Terus Lullia meludahkan balik kek coklat dari  dalam mulut itu keluar.

" awa- uhuk!! Uhuk!!"

Tubuh Dhani terus menegak, senyuman dia juga mati terkejut dirinya melihat perubahan gadis itu.

" Kenapa kenapa?"

Cemas Dhani

"A-ai r aa-ir"

"Eh sekejap."

Laju tangan Dhani menuang air ke dalam gelas dan dihulur nya kepada Lullia.

" Nah minum."

Lullia terus merampas dan minum dengan rakus .Dhani menghampiri tubuh gadis itu dan mengusap belakang nya, Serba salah Dhani.

Rasanya resepi yang dia ikut itu tidak ada salah, tapi apa yang tidak kena.

" Ka- kau okey?"

Terpejam mata Lullia menahan perit di tekak malan sisa rasa itu masih melekat pada lidah dan anak tekak nya.

" Awak letak apa dalam kek ni? Masin betul."

Tak cukup dengan air tisu pula di ambil Lullia buat lap lidah.

" Mana ada aku letak apa apa, aku ikut resepi lah tadi."

" Resepi siapa yang awak ikut tu?"

"Dalam google, ramai orang cakap menjadi so aku ambil lah."

Tajam mata Lullia merenung tubuh lelaki itu, percaya tak percaya sahaja dirinya. Tadi bukan main gebang kata juara memasak lah, dapat tawaran masterchef lah itu lah ini lah dusta!

" Jangan jangan awak ada salah masuk bahan tak?" Tuduh Lullia .

Dhani terdiam, otak cuba mengingat kembali apa yang dia masukkan.

" Wait!"

Dhani berlari ke kabinet dapur, bekas berwarna pink itu di ambil nya dan bawa kepada Lullia.

" Salt tu gula kan?"

Perkataan pada bekas itu dibaca dan di tunjuk kepada Lullia.
Bulat mata gadis itu tergamam.

"Sugar garam kan?" Soal Dhani lagi

Semakin bingung Lullia dibuat nya.

" Ya Allah Dhani, saya rasa awak kena masuk tadika balik lah. "

"Ish kau dah kenapa betul lah salt tu gula, kau jangan nak mengula gula kan aku pulak."

Dhani tak dapat terima teguran gadis itu . Lullia sudah pun menepuk dahi dengan kebodohan Dhani yang agak di luar keawarasan.

" Awak salt tu garam . G A RA M ! Sugar tu baru lah gula! G U L A!"

Tegas nada suara Lullia geram.

THE DEVIL: DARK SHOOTER DEVIL Where stories live. Discover now