Bab 7

25 3 6
                                    


Daun pintu  banglo nya itu di tolak lembut, berkelip-kelip mata Dato'Harraz seakan tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang.

Terkejutkah dia?

"Seminggu sekali kau datang pada ku membawa cinta yang suci ."

" amboi amboi ewah amboi amboi ewah"

" Seminggu sekali ku dimanja- manja dan si sanyang- sayangi."

"slebew!"

Dhani memusingkan 360 darjah pinggul.
Rasanya lepas ini dah boleh kot dia berhenti menjadi seorang pembunuh dan mulakan kerjaya baru sebagai penari dangdut.

Dhani bergelek sakan tak ubah seperti cacing yang sedang kepanasan. Dek kerana terlalu rancak dengan dunia sendiri mereka berdua langsung tidak menyedari akan kewujudan Dato' Harraz di situ.

"Slay ah awak wuuuuuu." Bersorak Lullia sambil terlompat- lompat di atas sofa.

" Tengok pinggang lah."

" Lagi awak gelek , gelek! "

Dhani mengangguk, di tangan nya setia menggengam botol kosong yang dijadikan mikrofon.

Dato' Harraz yang masih tercegat di pintu sudah menepuk dahi. Mata nya memerhati sekeliling ruang tamu yang sangat bersepah itu seperti baru terjadi gempa bumi.

Kusyen sofa sudah tak tersusun di tempat asal nya plastik makanan berterabur di lantai.

Tak percaya dirinya dengan apa yang sedang berlaku anak perempuan nya Lullia Melissa dan Dhani Ezra?

sekepala?!

Tak boleh dibiarkan, Makin dia berdiam dan tercegat di pintu semakin meraban dua ketul manusia itu.

" Lullia ,Dhani!"

Suara Dato'Harraz bergema segenap ruang tamu itu menghentikan kegiatan Lullia dan Dhani. Serentak mereka berdua menoleh ke arah Dato'Harraz.

Terkejut.

Suasan yang riuh rendah itu bertukar sepi. Hanya lagu di tv kedengaran, langkah di atur menghampiri mereka berdua yang sudah pun berdiri kaku .

"Da-ddy ,bila daddy sampai? Tak dengar bunyi kereta pun." Tanya Lullia

Dia melompat ke bawah berdiri sebelah Dhani. Kepala yang tidak gatal itu digaru. Masing - masing gelabah.

" Masa anak daddy tengah syok cucuk langit." perli Dato' Harraz.

Lullia diam.

" Erm awal Dato' balik , ada apa apa berlaku ke?" kali ini Dhani pula bersuara.

kekok!

"Eh tiada lah, sengaja saya balik awal. Malam ni saya ada dinner."

" Ouh, Dato' nak saya duduk sini sampai malam ?"

Dato' Harraz menggeleng.

" Tak perlu, saya nak bawa Lullia sekali."

Dhani hanya mengiyakan, mata nya turun merenung pada batang leher Dato'Harraz , Ada kesan merah
seperti sesuatu yang menjerut.

Dhani ingin bertanya kan hal itu, namun sekarang bukan lah masa yang sesuai.

" Lullia sayang, pergi lah naik bersiap malam ni ikut daddy pergi dinner okey."

Lullia sudah pun bersorak kecil, teruja . Sudah lama dia tidak menghadiri majlis makan malam bersama daddy nya.

" Daddy ,Dhani boleh ikut kita tak?" Lullia memandang Dato'Harraz dan Dhani bergilir.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 16, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

THE DEVIL: DARK SHOOTER DEVIL Where stories live. Discover now