Bab 21

2.2K 73 8
                                    

"arghhhh......cukup!!!!"

Semua manusia disitu tergamam dengan jeritan dari suara nyaring yang tidak pernah kedengaran sebelum ini.

Irene Ayana!

"Abang...cukuplah, kesian kak Rania"

Nabhan Harith mengalihkan perhatiannya pada Ayana yang sudah berjurai dengan air mata.

"Sa...sayang?" Tersedar dia dari kemarahan yang hampir membunuh siapa sahaja di sini.

Perlahan kaki mendekati Ayana yang sedang memejamkan mata sambil menangis ketakutan.

Tubuh kurus itu menggeletar hebat.

"Abang.....abang...." Tersedu wanita itu ingin melafazkan kata-kata.

"Sayang.....abang...." Belum sempat Nabhan Harith ingin menenangkan Ayana terlebih dahulu bertutur separa berbisik.

"Abang nak mama makin bencikan kita? Abang nak semua orang tak terima diri Aya yang hina ni? Abang nak semua orang pandang rendah pada Aya?"

"Aya, dengar ni!" Nabhan rasa bersalah.

"Aya cuma nak bahagia abang, Aya tak minta semua ni berlaku, Aya cuma nak tumpang sedikit sahaja rasa sayang dari abang dengan keluarga abang, sebab..... sebab Aya tak pernah dapat kasih sayang tu dari Aya kecil! Aya tak pandai! Aya bodoh! Maafkan Aya yang bebankan abang, maafkan Aya yang buat hubungan abang dengan keluarga abang renggang! Tapi, sekejap sahaja, sekejap sahaja bagi Aya tumpang kasih sayang ni! Aya janji sampai masa Aya pergi!"

"Aya....."

"Aya mohon...."

"Aya, dengar abang cakap ni! Abang minta maaf, abang salah! Abang terlalu beremosi, abang tak fikir sayang abang, abang minta maaf ye?"

"Minta maaf pada Kak Rania " perlahan tapi masih mampu didengar.

Nabhan memejamkan mata mencari kekuatan bersama maruah yang bakal dia calarkan untuk sebuah kata maaf.

"Baik, abang minta maaf... tapi sayang jangan menangis dah Okey?"

Perlahan Ayana mengangguk setuju.

Irene Ayana kembali tenang walaupun tersedu sedan.

Nafas ditarik perlahan menunggu suaranya menjatuhkan maruahnya.

"Rania....aku minta maaf!"

Hanya satu ayat yang dilafazkan tetapi mampu membuatkan Rania terkedu.

'dia minta maaf kerana Ayana?'

Terasa kecil dirinya apabila berhadapan dengan wanita tenang disebelah suaminya, kerana sayang lelaki itu sanggup calarkan maruahnya.

'begitu hebat kau Aya! Tapi, aku tak akan biarkan kau mendominasi seorang Nabhan Harith!'

Setelah mencari kekuatan, dia menunduk sambil mulutnya meminta tolong si abang.

"Along, tolong bawa Ayana balik apartment aku!"

"Kau?" Nazran seakan faham situasi adiknya.

"Aku tidur sini!" Lemah sahaja suara itu.

Sekali lagi Rania terpegun.

"Baiklah, kalau kau cakap macam tu!"

"Tapi pastikan hantar dia sampai depan pintu apartment aku! Selain dia sesiapa pun tak dibenarkan masuk ke dalam rumah tu!"

Amaran seakan menikam diri Puan Habsah tapi dia tetap tenang di posisinya.

"Huft, okey!"

Puan Habsah menarik nafas lega, akhirnya anak keduanya mengalah, walaupun ada secebis rasa kagum pada menantunya yang itu tetapi tetap sahaja rasa benci itu menguasai dirinya.

[C] | CAPTAIN'S : Bintang Syurga Where stories live. Discover now