Encik Naziem memandang wajah isterinya yang sedang menatapnya serius, laptop di hadapannya di tutup perlahan, cermin matanya di buka dan diusap wajah tuanya lembut.
"Awak, jangan jadi penghalang rumah tangga orang lain boleh? Tolong tanam dalam hati tu menerima sesiapa sahaja yang hadir dalam keluarga kita, tak kisah lah kita kenal dia ke tak, yang penting anak kita bahagia dengan orang yang dia sayang, itu dah cukup"
"Tapi saya tetap tak nak!"
"Awak seorang ibu, awak tahu apa yang terbaik untuk anak awak kan?"
"Saya tahu!"
"Apa? Apa yang awak tahu?" Sinis Encik Naziem bertanya.
"Hormat saya!"
"Nope! That's happiness! Kebahagiaan!"
"Tapi abang tengok tak perempuan tu dah hasut dia, sampai dah tak nak duduk sini! Sampai kan call saya semua dia tak jawab!"
"Abang tak nampak apa yang salah dengan menantu kita, yang abang nampak awak tu yang tak boleh terima orang lain selain Rania kan?"
"Saya..."
"Cukup-cukuplah tu, biarkan anak awak bahagia, Rania tu belum tentu elok untuk anak awak!"
"Abang.."
"I said enough! That's mean enough! Okey?" Walaupun perlahan tapi tetap tegas.
Puan Habsah terus bangun dan berlalu meninggalkan suaminya, dia tetap tidak terima, sudah terbayang keluarga bahagia yang dia idamkan, anaknya berkahwin dengan menantu pilihan yang dia sendiri carikan.
"Aku tak akan biarkan walaupun kebahagian anak aku tergadai....aku dan menantu aku kena setaraf! Aku tak akan terima mana-mana perempuan pun sebagai menantu aku selain Rania dengan Rasyiqa"
"Aku akan paksa Han kahwin dengan Rania....."
Hati kalau dah gelap sampai mati pun dia tak akan terima keburukan dari orang yang dianggap saingan itu.
Sedangkan Hawatul Izzati mundar-mandir di ruang tamu usang itu memikirkan kebahagian adik tirinya yang sudah pun berkahwin tanpa pengetahuannya.
"Tak sangka dia dah kahwin dulu...kalau aku tahu baik aku pergi kerja dekat sana.... erghhhh...sekarang ni dia dah bahagia dulu "
Hawatul Izzati menatap pintu bilik yang di diami oleh adik tirinya, ada rasa geram ingin menyerbu masuk bilik itu.
"Dah la laki dia hensem!! Tak pe....aku memang tak lawa macam kau...tapi aku ada badan yang boleh goda dia...aku akan buat dia tergoda dengan aku...tak apa tunggu je...tak dapat dia pun tak apa janji aku pun boleh duduk dalam pelukan dia...huhh"
Dia bangun dan berjalan masuk ke dalam biliknya yang berada bersebelahan dengan bilik tadi.
Bang!
Keesokannya, Nabhan Harith menggeliat kecil setelah telinganya menangkap bunyi kokokan ayam, tangan meraba ruang di sebelahnya.
Kosong!
Pap!
Terus terbangun tubuh itu setelah mendapati si isterinya tiada di sisinya, dengan wajah bangun tidur dia mencapai baju t-shirtnya lalu di pakai sambil tangan menarik pintu bilik.
Krak!
Terpampang wajah kakak iparnya yang tersenyum ramah padanya.
"Abang...marilah makan" jemputan yang semanis gula.
Tidak peduli.
Mata melilau mencari kelibat isterinya, dia tidak mengendahkan jemputan itu, hatinya gelisah tiada kelibat isterinya.
YOU ARE READING
[C] | CAPTAIN'S : Bintang Syurga
Romance"cinta kita hingga ke Syurga" "terima kasih kerana jaga Ayana"- Irene Ayana "terima kasih kerana menghiasi hidup saya"- Nabhan Harith "Han! tolong i! anak ni perlu ada ayah!"- Rania Lavida "aku terima nikahnya Irene Ayana" "aku terima nikahnya Rania...