Bab 12

2.1K 56 1
                                    

Seorang wanita berjalan anggun masuk di perkarangan rumah Puan Habsah dan Encik Naziem, pelitup muka yang menghiasi wajah itu di buka.

"Assalamualaikum..." 

Jeda.

"Waalaikumussalam..." Setelah beberapa minit akhirnya ada sahutan dari dalam dan beberapa saat kemudian pintu utama itu terbuka.

Wajah Puan Habsah tersembul keluar.

"Rania!!" Panggil Puan Habsah gembira.

Tidak tergambar wajah ceria dari wajah wanita tua yang selama ini selalu cemberut kerana sikap anaknya.

"Mama" sahut Rania Lavida sedikit kekok.

"Mama rindu anak mama ni! Bila sampai?" Sambil membelek-belek gadis di hadapannya dia bertanya tanpa perasan perubahan wajah gadis itu.

"Ba...baru je ma...maaf ma Rania akhir-akhir ni sibuk sikit, sebab banyak pula kes yang nak kena handle" tutur Rania Lavida cuba merapatkan kembali hubungan yang dirasai sedikit janggal.

"Eh, tak apa....mama faham...dah jom masuk, ada banyak lagi kita nak sembang ni" Puan Habsah menarik perlahan tangan Rania Lavida memasuki rumahnya.

"Baik ma.." Rania Lavida tersenyum kelat.

Mereka berdua berhenti di sofa ruang tamu lalu duduk sambil tersenyum.

"Bik....buatkan air!" Jerit Puan Habsah pada pembantu rumahnya.

"Eh, ma tak yah lah susah-susah, Rania dah minum dah tadi"

"Eh, apa pula, kita nak sembang banyak ni, hahahha" seronok wanita tua itu.

Sedangkan Ayana di layan seperti seorang banduan.

Setelah pembantu rumah tadi datang membawa dulang air dan beberapa makanan ringan lain barulah Puan Habsah dan Rania mula membicarakan hal yang lebih serius.

"Rania....mama nak tanya kenapa kamu tak nak terima lamaran Han?"

Rania Lavida terdiam seketika, Puan Habsah menunggu jawapan yang akan meniti di bibir gadis itu.

"Rania minta maaf ma...masa tu Rania terbelah bagi nak terima atau tak sebab kami dua sama-sama sibuk ma..kalau Rania kahwin dengan dia masa tu, kami akan LDR dan masa untuk kami berdua pun akan terhad, Rania tahu Rania pentingkan diri tapi bila Rania dengar Han dah kahwin Rania terkejut ma....Rania rasa dunia Rania dah hancur....Rania tak sangka yang Han sanggup buat Rania macam ni.."

Air mata mula membanjiri wajah yang mengenakan solekan itu, entah drama atau adegan apa yang bakal di mainkan.

"Rania....mama minta maaf sangat sebab tak halang Han dari kahwin dengan perempuan tu, sayang jangan sedih, mama pun sebenarnya tak mampu nak halang keputusan yang Han buat...Han sekarang dah banyak ketepikan mama sebab bini dia..." Saling meluah tanpa sedar dosa mereka.

"Siapa bini dia mama? Kenapa sampai sanggup ketepikan mama? Hebat sangat ke bini dia dari Rania?"

Puan Habsah menarik nafas panjang, kepala digeleng perlahan.

"Langsung tak hebat macam kamu! Mungkin hanya kerana dia lebih cantik dari kamu, tapi tetap tak mampu nak tandingi kamu sebab kamu berpendidikan....."

"Malah, jika nak di bandingkan dengan kita, status dia jauh lebih murah dan rendah! Tak layak disamakan dengan kita" hina Puan Habsah tanpa peduli rasa manusianya.

"Maksud mama?"

"Perempuan tu tak belajar pun, jangan kata diploma, SPM pun tak ada!"

"Haaaa?"

[C] | CAPTAIN'S : Bintang Syurga Where stories live. Discover now