Irene Ayana menunduk menekur tangannya sendiri, dua wajah wanita di hadapannya ini, membuatkan ketakutannya semakin meninggi di tambah wajah tegang suaminya, terus dia tidak jadi menyambung suapannya walaupun suaminya di sebelah meneruskan aktivitinya.
"Rania dah nak bersalin dah Han, tak rasa kesian ke dekat dia? Ke hulu ke hilir bawa perut, pergi klinik seorang diri, yang dia bawa anak Han juga...." Lembut suara itu bertuturan.
"Bukan anak Han!" Terkesima sekejap Rania Lavida bila lelaki ini tidak mengakui kandungannya.
"Han....kenapa cakap macam tu? Tak baik tau! Kesian budak ni nanti dia dengar papa dia tak akui dia sebagai anak" Puan Habsah cuba lagi.
"Baguslah kalau dia tahu!" Kasar sahaja, tiada lagi intonasi yang lembut seperti dahulu.
"Ya Allah......Han, mama tak sangka Han dah jauh berubah! Tak macam anak mama beberapa bulan lepas sebelum Han kahwin!"
"Anak mama berubah bukan sebab dia berkahwin! Tapi sebab sifat benci mama yang buatkan dia berubah! Sebab sikap pentingkan diri seorang mama, Nabhan Harith berubah!" Hilang terus selera makannya, sudu di letakkan lalu, dia mengeluarkan not berjumlah seratus ringgit lalu tangan Ayana yang masih kaku di bawah meja diraih.
Baru sahaja dia ingin bangun, tangisan Rania menghentikan tindakannya ditambah genggaman Ayana yang kuat membuatkan dia tidak jadi bangun.
"Apa kurang saya pada awak Han? Bertahun! Bertahun kita bercinta, bertahun kita semai benih cinta kita, dari dalam sehingga ke luar negara....." Teresak-esak wanita itu meluahkan rasa sesak di dada.
"Saya akui saya lemah! Saya kalah! Saya kalah pada ego saya untuk tangguhkan perkahwinan kita tapi tak akan tak ada peluang kedua untuk saya raih bahagia dengan awak? Atau pun dengan awak dan madu saya? Saya bersumpah saya dah menyesal Han....saya menyesal ikut semua rancangan jahat Hawatul! Saya hanya fikir dendam saya tanpa pedulikan perasaan awak, perasaan Ayana! Saya tahu saya salah! Han, Aya maafkan saya....." Wajah madunya di pandang sayu, betul-betul berkerut menunjukkan kekesalannya.
"Saya tahu susah untuk awak terima! Kenyataan bahawa ada lelaki lain dah rosakkan maruah isteri awak dan saya akui itu semua salah saya! Saya betul-betul tak sangka rancangan Hawatul tu boleh jadi sampai macam ni! Saya tak sangka kakak sendiri sanggup buat adik dia macam ni! Tolong jangan salahkan mama, sebab mama tak salah! Mama pun terhasut dengan semua kata manis kakak awak Ayana! Percayalah!" Beralih dia capai tangan Ayana yang sempat dia letak di atas meja kerana ingin ikut bangun dengan suaminya.
"Ayana, mama pukul awak sebab mama tertipu dengan semua ayat yang keluar dari mulut kakak awak! Kakak awak buruk kan awak! Kakak awak cakap awak anak penyondol! Anak haram! Dan yang paling mama marah bila kakak awak cakap, awak rampas kasih sayang ayah dia, dari kecil sampai besar ayah awak hanya pedulikan awak, tak pedulikan dia sebab tu mama geram! Mama tak sengaja! Semua sebab emosi marah awak sanggup buat kakak awak macam tu,..." Dari raut wajah Rania nampak kesungguhan dia ingin menyatakan kata maaf pada mereka berdua.
Nabhan Harith tahan nafas kemudian di buang dengan perlahan, setelah menganalisis riak wajah dan kesungguhan Rania, dia sedikit tercuit tetapi tak sepenuhnya.
"Lepas kami tahu minggu lepas yang kakak awak tipu kami, kami rasa bersalah sangat sampai saya dan mama tak sanggup nak bersemuka dengan awak untuk minta maaf, saya dan mama malu sangat....tapi sampai bila? Selagi saya tak jumpa awak dan minta maaf, selagi tu saya rasa tak sedap hati, sampai berat badan saya drop! Bayi saya kurang aktif, saya stress....." Menunduk dia hapuskan air matanya dengan tisu.
"Abaikan apa yang mama cakap, saya tak kisah kalau Han tak peduli dengan saya dan kandungan ni, yang penting saya dah minta maaf pada awak dan Han! Saya janji lepas ni saya tak ganggu awak lagi, saya cuma minta awak maafkan saya dan mama! Saya nak berdamai......" Renungan Rania hanya ditatap dengan wajah datar sedangkan Ayana dengan tatapan luluh.
YOU ARE READING
[C] | CAPTAIN'S : Bintang Syurga
Romance"cinta kita hingga ke Syurga" "terima kasih kerana jaga Ayana"- Irene Ayana "terima kasih kerana menghiasi hidup saya"- Nabhan Harith "Han! tolong i! anak ni perlu ada ayah!"- Rania Lavida "aku terima nikahnya Irene Ayana" "aku terima nikahnya Rania...