"bos kami dah jumpa rumah dia"
"Dia ada?"
"Ada bos! Tapi rumah tu nampak macam rumah mentua dia bos"
"Maksud kau? Dia tinggal dekat rumah mak mentua dia macam tu?"
"Ya bos"
"Then?"
"Kami dah direct bercakap dengan dia, dan kami pun dah beritahu apa yang bos suruh kami katakan!"
"Mak mentua dia dengar?"
"Rasanya tak, tapi sebelum kami balik mak mentua dia ada menyapa kami, tapi kami terus minta diri"
"Bagus! Kita dah tahu dia dekat mana! Sekarang cari mak dengan kakak dia! Diorang yang berhutang diorang pun kena tanggung juga!"
"Baik bos!"
Edrend kembali menyandarkan tubuh pada kerusi kebesarannya, wajah maskulin kacukan Inggeris itu merenung tajam siling berwarna putih itu.
"how can i reach you?" Keluhan paling berat di lepaskan.
"just a little more time!"
Di meja makan keluarga Nabhan Harith terlihat ada ketegangan sedikit.
"Han....ikutlah cakap Rania tu sekali je pun tak apa, dia nak duduk sebelah kamu tu!" Puan Habsah bersuara memujuk.
Nabhan Harith mengeraskan hati, malas melayan.
"Han??...."
"Duduk mana-mana pun sama sahaja kan? Dia je duduk depan Han, tak nampak ke batang hidung Han dekat sini?" Perli Nabhan.
"Bu...bukan macam tu Han....Rania nak lepaskan rindu sahaja dengan Han..." Tanpa malu mat...
"Ikut suka kau lah!"
Rania Lavida bangun lalu menuju tempat yang diduduki oleh Ayana.
"Tepi aku nak duduk sini!" Halau Rania, Nabhan Harith sudah menahan marah, tangan Ayana dicapai untuk menyuruhnya kembali duduk tapi, gelengan dari Ayana membuatkan dia mengalah.
Irene Ayana duduk dihadapan mereka berdua memandangkan Encik Naziem dan Nazran Hafeezi tiada di rumah ketika itu.
Nabhan tidak melepaskan pandangan matanya dari wajah Ayana.
"Jom, makan!" Pelawa Puan Habsah gembira.
"Sayang....ambilkan udang tu, abang nak..." Pinta Nabhan Harith pada Irene Ayana.
Ayana mencapai senduk untuk mengambil lauk itu.
Brak.
"Biar aku buat!" Rania Lavida merebut senduk kayu itu dari tangan Ayana.
Nabhan Harith memejamkan mata, mencari kesabaran.
Ayana kembali membetulkan duduknya, perlahan nasi dicedok ke dalam pinggannya sedangkan Nabhan semua dilakukan oleh Rania.
Melihat Ayana yang hanya memgambil beberapa menu dalam kuantiti yang sedikit, dia mencapai sayur kobis goreng lalu diletakkan dalam pinggan isterinya.
"Makan banyak sikit! Tadi pagi tak makan kan?"
Tangan masih lincah mengambil beberapa lagi jenis menu dan di letakkan di dalam pinggan itu.
"Makan ayam ni, bibik masak sedap, ni sotong kunyit Favourite sayang....."
Penuh.
"Han.... sudah! Ayana tak boleh makan pun banyak macam tu!" Potong Puan Habsah marah.
"Makan!"
YOU ARE READING
[C] | CAPTAIN'S : Bintang Syurga
Romansa"cinta kita hingga ke Syurga" "terima kasih kerana jaga Ayana"- Irene Ayana "terima kasih kerana menghiasi hidup saya"- Nabhan Harith "Han! tolong i! anak ni perlu ada ayah!"- Rania Lavida "aku terima nikahnya Irene Ayana" "aku terima nikahnya Rania...