Bab 40

1.8K 72 7
                                    

Nabhan Harith berlari masuk ke dalam rumah dengan kecepatan yang sangat tinggi, tak hiraukan langsung apa yang dia langgar, sosok bibik yang berdiri di depan pintu bilik tetamu tempat Ayana tidur tadi menambahkan debaran di dada.

"Han....." Bibik seru namanya sebelum berundur menjauhi dedaun pintu memberi ruang padanya.

Nabhan Harith terus meluru masuk lantas tubuhnya membeku, menggigil tubuhnya melihat abang sulungnya sedang duduk di bawah sisi katil sambil meramas rambutnya, kelihatan wajah itu kusut dan bersalah.

Mata beralih pada tubuh meringkuk, Ayana yang diselimuti cadar tebal paras dada, wajah wanita itu kosong dan sendu, rasa marah terus menguasai diri, berlari dia dapatkan Nazran.

Buk!

Buk!

Buk!

"Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa Along!!!!!" Jeritan menggerunkan itu membuatkan bibik mula panik, selangkah demi selangkah dia masuk, di tatap Nabhan yang sedang mencengkam kolar baju abangnya.

"Maafkan Along, Han! Along tahu Along salah! Tapi Ayana perlu diselamatkan! Along minta maaf!" Nazran nampak frustasi dengan apa yang berlaku.

"Arghhhhhh!!!!" Raungan sayu Nabhan menyiat hatinya.

Tak sangka adik iparnya diberikan ubat perangsang yang mematikan sehingga air sejuk tak mampu menurunkan kepanasan yang dialami.

"Kenapa buat bini aku macam ni!! Kenapa? Bini aku tak salah Along!! Ayana!!!!" Semakin kuat dia meraung bila teringat semua pergelutan mereka berdua.

"Along minta maaf Han! Along call kau berkali-kali tapi semua tak berjawab! Kalau Along tak bertindak Ayana boleh mati!" Nabhan kalih pandangan pada Nazran yang bersungguh-sungguh menyakinkan dia.

"Apa maksud Along?" Dia menapak ke arah Nazran dengan tatapan mematikan.

"Ayana diberi ubat perangsang!" Terhenti langkahnya, automatik kepala terpusing ke arah Ayana yang hanya diam bersama renungan kosong menatap lurus ke depan. Ada air mata yang mengalir di hujung mata.

"U....ubat perangsang?" Tak percaya dia, isterinya yang lemah dan tidak secergas orang lain itu akan ambil ubat terlarang jenis itu.

"Ya! Lepas Han hantar mesej dekat Along, Along terus minta izin balik awal, sempat Along singgah beli Panadol, tapi bila Along balik, Along nampak Rania dengan mama dah siap-siap nak keluar jadi, Along rasa lega sebab mama tak ada, Ayana akan baik-baik sahaja tapi bila Along masuk, bibik beritahu Ayana dah macam orang kena sihir! Menggelupur kepanasan! Tapi bila Along tengok rupanya dia kena ubat perangsang!" Nazran berhenti sejenak.

"Dan, Along cuba hubungi kau, tapi tak angkat, dah lebih sejam Along tunggu, Ayana makin lemah Han! Nampak dia dah tak mampu nak tahan kepanasan tu, Along minta bibik jerlum badan dia dengan ais tapi tetap sama! Makin lama, Along tak tahan, Along hubungi kawan Along, Khadir! Dia doktor, Along tanya dia macam mana lagi nak tolong Ayana redakan kepanasan itu dan Along tahu yang Han tahu apa jawapan dia....." Sayu sahaja abang sulungnya bercerita.

"Ayana dah macam adik Along, tak mungkin Along nak rosakkan dia, Along sayang dia! Kisah dia sama dengan kak Sofee.... Tak di sayangi mentua.....Along tak nak apa yang pernah Along rasa dulu, kau pula rasa! Sebab tu Along kena tolong kau! Tapi Along akui cara Along salah!" Mengeluh kasar lelaki itu, dia kembali duduk di birai katil kerana rasa bersalah yang sangat.

"Along tak tahu apa lagi alasan mama untuk kau dengan Ayana berpisah!"

Deg!

Tersentak Nabhan bila ingatannya kembali ke kejadian di mana Ayana merasa pening. Puan Habsah memberikan dia Panadol, terus mata naik mencari wajah bibik yang asyik melihat ke arah Ayana yang mula menutup kan mata kerana terlelap.

[C] | CAPTAIN'S : Bintang Syurga Where stories live. Discover now