Qayyim's : 26

3.2K 148 7
                                    

QAYYIM memandang ke dalam anak mata Melissa dan wanita itu turut membalas pandangan.

Do you know what's more beautiful than love at first sight?” soal Qayyim dan Melissa hanya membalas dengan gelengan. Apa dia? Selalunya cinta pandang pertama itulah yang orang kata sweet.

Qayyim senyum tipis. Tangannya naik menyentuh wajah mulus Melissa. Kini dia sudah berada di sebelah wanita itu.

It is when, one day, you look at someone and see them in a different light. You realized that your heart beat faster when you were with them in that moment. You found that they're so attractive even though you've seen them almost every day. Even when they're nagging and blabbering, you still see them as breathtaking. Their laugh and smile will make your day. Also, you will feel that if you lose them in that moment, you will regret it for your whole life.

Qayyim memandang anak mata isterinya yang nampak agak berair. Dia tersenyum.

Remember when you wore that blue abaya? During our dinner with Dania and Uwais.” Melissa mengangguk dengan cebikan, cuba menahan rasa.

That's when I felt that feeling towards you. You're so lovely. When you walk down the stairs, my heart beats faster and more uncontrollably. My thoughts became blank, and I didn't know how to react. I feel enchanted.” Qayyim ketawa kecil apabila Melissa yang mula memeluknya. Tepi kepala wanita itu dikucup sekilas.

“Tak acilah kalau cakap macam ini,” rungut Melissa. Masih lagi terkejut dengan luahan lelaki itu.

“Kenapa pula? Tadi bukan main minta orang bagitahu sampai ugut nak merajuk apa semua,” balas Qayyim dengan ketawa mengejek. Badan kecil Melissa itu ditarik keatas pahanya.

Tangannya memeluk pinggang ramping isterinya itu manakala Melissa masih lagi dalam keadaan memeluk badan tegapnya. Wajah wanita itu disembamkan pada dadanya.

Melissa memalingkan wajahnya, memandang Qayyim dari sisi.

That's too much. My heart can't handle it. Macam mana kalau Mel tiba-tiba pengsan sebab terkejut dengan confession abang? Ha, abang nak buat apa? Nantikan tak pasal-pasal jadi duda.” Qayyim ketawa lagi. Dah mula dah bebelan dia. Ada-ada saja Melissa ni.

“Kalau Mel kena concussion pun tak ada masalah. Abang kan doktor, apa yang susahnya? Setakat pengsan sebab kena confess tu apalah sangat.” galak Qayyim menyakat Melissa.

Pelukannya pada Melissa diperkemaskan lagi. Dia merehatkan kepalanya pada bahu wanita itu. Haruman rambut Melissa memenuhi deria baunya.

Kalaulah dia buat semua ini lebih awal lagi, mesti dia adalah manusia yang paling bahagia dekat dunia ni.

I love you,” luah Melissa sangat perlahan namun masih lagi dapat didengari oleh Qayyim. Lelaki itu melepaskan pelukan pada pinggang Melissa.

Wajah isterinya yang berehat didadanya itu disentuh dan dipandangnya.

CUP

Satu kucupan pada dahi wanita itu dia labuhkan.

I yearn for you.

CUP

Pipi kiri dan kanan Melissa pula menjadi tempat bibirnya berlabuh.

And you complete me.

CUP

Dan kucupan terakhir itu singgah pada bibir Melissa.

Hence, my love is only for you.




LUTHFI memandang sahabatnya yang tidak berhenti tersenyum dari tadi lagi dengan riak kosong. Tahulah dah bahagia sekarang tapi tolonglah hormat dekat dia yang tersakiti ini.

“Kau kalau datang kerja asyik nak tersengih macam ni, baik tak payah datang terus,” rungutan Luthfi itu dibalas dengan gelakan oleh Qayyim.

Wajah Luthfi direnung. Walaupun lelaki itu nampak tenang namun disebalik itu, penuh dengan kekusutan. Dia nak tolong pun tak mampu.

“Tak ada berita lagi ke pasal Hannah?” soalan Qayyim itu hanya dibalas dengan gelengan lemah. Qayyim hela nafas perlahan.

“Kau tak penat ke tunggu dia? Bukan sekejap dia tinggal kau, dah dua tahun Luthfi. Satu berita pun kau tak dapat pasal dia,” ujar Qayyim datar. Luthfi tersenyum lemah.

Penat menunggu? Tak, dia tidak akan pernah penat menunggu orang itu. Biarlah berpuluh tahun sekali pun, dia tidak akan penat menunggu sebab dia yakin yang satu hari nanti, Hannah akan pulang ke pangkuannya kembali.

“Bila kau dah cinta mati dekat seseorang, beratus tahun pun kau boleh tunggu, Yim. Lagipun sebelum dia pergi, dia minta izin dengan aku untuk pulihkan diri dia. Dia pun minta aku tunggu dia. Dia pergi sebab nak lawan sakit dia, aku tak boleh halang. Sakit dia, sakit aku juga.” balasan daripada Luthfi itu tidak dapat Qayyim balas.

Apa yang Luthfi katakan semuanya betul. Hannah sudah lama berperang, jadi sudah tiba masanya untuk wanita itu merawat dirinya sendiri.

Kerana rasa tidak selesa dengan suasana itu, Luthfi cuba menukar topik perbualan mereka. Alang-alang habiskan masa rehat mereka.

“Kau dengan Melissa macam mana? Makin bahagia nampak,” perlian Luthfi itu dibalas dengan tawa. Qayyim menyandarkan badannya pada sofa yang tersedia di dalam bilik Luthfi.

“Nampak sangat ke?” soalan dibalas dengan soalan. Luthfi mendengus malas. Kalau tak obvious tak adanya dia nak tanya.

Pak guard yang jaga parking pun boleh perasan yang Qayyim tu tiba-tiba berubah, inikan pula dia yang hampir setiap hari berjumpa.

“Orang buta saja tak nampak yang kau dah berubah. Dulu datang hospital muka macam tertelan bapak singa. Sekarang macam telan anak kucing.”

Macam manalah orang di unit Qayyim tu boleh tahan dengan perangai lelaki itu? Tak rasa nak tegur ke lepastu tanya, doktor ni okay tak?

Pagi petang siang malam tengok phone lepastu sengih seorang diri. Dia yang tengok ni pun naik meremang bulu roma.

“Alah, bagi la chance aku nak happy-happy dengan Melissa. Tiga bulan aku sia-siakan dia.” Luthfi hanya menjeling malas. Nasib baik dah sedar. Kalau tak, rasanya tak habis-habis lagi masih salahkan Melissa tentang perkahwinan mereka itu.

“Iyalah. Aku pun turut berbahagia untuk kau.”

Fail pesakitnya dibuka. Sambil berborak apa salahnya kalau dia revise balik tentang condition pesakit dia.

Baru sahaja Luthfi ingin mula, Qayyim tiba-tiba ketawa. Tak, nak ketawa tu tak salah tapi dia tahu ketawa tu kearah mana. Orang tengah bahagia sebab partner dia buat lawak bodoh.

“Eii, comel lah Mel ni...” mendengar ayat yang keluar dari mulut Qayyim tu Luthfi rasa nak menjerit.

“Eh kau ni, kalau nak bersweet-sweet dengan bini tu janganlah buat dalam bilik aku! Hormat sikit aku yang nampak single tapi sebenarnya tak ni!” turun naik dada Luthfi menahan rasa cemburunya dengan Qayyim.

Ini tak adil! Dia pun nak macam tu juga! Hannah pun satu hal, nak pergi tu jangan lah tiba-tiba lost contact dengan dia macam ini.

Terseksa jiwa raga tau!

Tidak pun sekurang-kurangnya bagitahu pergi mana. Ini tidak, senyap sunyi saja. Sudahlah bawa lari anak dia sekali.

Baliklah Nik Nur Hannah Yasmeen!

—TBC—

Published on : 9/9/2023

Thanks for reading! Jangan lupa vote dan komen. Bye!

𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞 Where stories live. Discover now