Prolog

41 2 1
                                    

"𝐛𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐀𝐫𝐣𝐮𝐧𝐚🕊"

Dengan lafas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


setiap orang berjalan mengelilingi kaabah iaitu tempat dimana kiblat seluruh umat islam di dunia .suasan yang aman dan tenang menjadi tumpuan seluruh umat islam menunaikan haji

disebali niqab yang dikenakannya , bibirnya tidak berhenti membacakan doa sehinggakan tangannya menggigil hanya untuk memohon doa dari tuhan yang maha esa lagi penyayang .

dia ingin mengadukan semua kepada Allah SWT ..sakit dan derita yang dirasakannya selama ini

air mata tidak berhenti mengalir dari tubir matanya bersama dengan tangannya yang menadahkan tangan memohon restu dan keampunan . pipi iman yang ditutupi niqab basah dengan air mata tatkala dirinya berdoa di masjid al-haram

seketika bahunya diusap oleh seseorang , badannya dipusingkan dan terlihat sosok wanita arab yang berusia dalam lingkungan 50-an duduk bersebelahan dengannya sambil mengusap bahu iman

mungkin wanita ini melihat dirinya sedang menangis pada waktu tadi

hatinya berasa sedikit tenang tatkala merasakan usapan wanita itu .seperti naluri seorang ibu

"?لماذا تبكي (mengapa kamu menangis?)"
ucap wanita itu lalu tangannya dinaikkan untuk mengesat sisa air mata iman yang masih berada di tubir matanya

mujur dirinya memahami bahasa arab meskipun sedikit . namun mungkin ini semua dapat membantunya dalam berkomunikasi

" عمتي..هل أنا مقدر لي أن أكون مكروهًا حقًا؟
(makcik adakah saya ditakdirkan untuk dibenci ?)" esaknya dalam tangisan

lalu kepala iman dibaringkan diatas ribanya sambil tangannya mengusap kepala iman yanh ditutup oleh tudung yang labuh

" الله يختبر كل عبد من عباده
(allah menguji setiap hambanya)"

"كل ذلك ليجعلنا نتذكر الله دائمًا ونؤمن أن كل اختبار له حكمةوراءهl 
(itu semua membuat kita sentiasa mengingati allah swt dan percaya bahawa setiap ujian ada hikmah disebaliknya) "wanita itu tersenyum sebelum pipi iman yang ditutupi niqab diusap .seketika dirinya teringat akan sentuhan arwah ibundanya

setelah kembali tenang iman memutuskan untuk berjalan mengelilingi kaabah sebanyak lima kali sebelum badannya berdiri berhadapan dengan batu hajarul aswad

batu yang berbentuk bujur dengan keluasan diameter 30 sentimeter itu terletak di salah satu bucu kaabah

hajarul aswad dikatakan datang daripada syurga dan warna asalnya adalah putih tetapi bertukar menjadi hitam kerana ramai orang yang mengerjakan haji dengan membawa bersama dosa-dosa yang dilakukan

" bismillah.."

iman perlahan-lahan menyentuh batu hajarul aswad itu dan kian hatinya menjadi sebak .namun seketika terdapat satu tangan kekar ikut menyentuh batu hajarul aswad itu

iman tersentak lalu segera menarik tangannya sebelum ianya akan bersentuhan dengan tangan itu

badannya dipusingkan sebelum anak mata hitamnya bertemu dengan anak mata kelabu milik Arjuna

Arjuna hanya menatap lama wanita dihadapannya itu , meski wanita itu memakai niqab yang dikenakan olehnya . dirinya sudah terlebih tahu wanita inilah yang dicarinya selama ini

"iman.."

𝐛𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐀𝐫𝐣𝐮𝐧𝐚Where stories live. Discover now