bidadari milik Arjuna:4

6 0 0
                                    

Dedaun pintu ditolak perlahan-lahan .Nafas panjang dikeluh sebelum pintu itu dibuka luas. Pemandangan sekeliling dipandang rindu

setelah 3 tahun dirinya pergi meninggalkan rumah ini akibat bertugas demi negara dan tanah Air

Alin hanya memandang sipi-sipi wajah pilu abangnya

tiba-tiba bahunya diusap lembut oleh Alin.Pandangannya dengan pantas teralih menghadap pintu bilik puan farah.

"Ibuda ada dekat dalam? " tanyanya lantas langkah dibuka menghampiri bilik itu

Alin hanya mengikuti abangnya dari belakang

tombol pintu dipulas .kepalanya dimasukan sedikit melihat ibudanya dari celah-celah pintu

ya..ibundanya sudah nyenyak terbuai mimpi. Mungkin kerana ibunya baru lepas pulang dari pemeriksaan kesihatannya pada setiap bulan di hospital

Mahu sahaja Arjuna menghampiri ibundanya , namun niat itu dipanglingkan , tidak mahu mengganggu sesi tidur puan Farah. Dedaun pintu itu ditarik semula

Alin mengangkat sebelah keningnya hairan

"biarlah lah..ibunda tengah rehat..dia penat " gumam Arjuna dengan tatapan kosongnya

"aku nak rehat dulu.." langkah dibuka menuju ke biliknya. pintu ditutup rapat sebelum badannya direbahkan ke atas katil yang empuk itu

lengannya diangkat menutup segenap matanya

Abah..

sekarang wajah abahnya sedang bermain-main difikirannya . kenapa dirinya seperti tidak dapat menerima kepergian ayahnya yang membuat ibundanya berubah seratus peratus

wira..

pahlawan..

kata-kata yang selalu diucapkan Arjuna ketika dirinya masih berumur 7 tahun dan ayahnya masih lagi berada di dunia ini walaupun sebulan selepas itu..

"grenade!!"

tubuh badannya langsung ditarik oleh Thariq meskipun seluruh badannya sudah mati rasa . seketika Arjuna merasakan dirinya sudah diambang kematian

"thariq..badan aku dah tak rasa apa-apa dah" darah terus mengalir dari perut Arjuna .

bumi bom dan tembakan senjata terus terdengar dan sepertinya mereka gagal dalam misi kali ini .

pipi Arjuna berkali-kali ditepuk untuk menyadarkannya . meskipun mereka sudah tiada harapan untuk menang tetapi mereka percaya Allah Swt akan memberikan mereka jalan penyelesaian.

"Arjuna ! ingat pesan Panglima ..berjuanglah sehingga titisan darah yang terakhir..selagi bernyawa!!"  Thariq mencuba untuk memberikan kata-kata semangat kepada Arjuna agar semangat juang mereka tetap tertanam dalam jiwa mereka

Thariq mengeluarkan GPS dari dalam poketnya lalu diserahkan ke tangan Arjuna

seketika Arjuna mengerutkan keningnya . tidak tahu apa maksud ini semua . melihat dari tatapan thariq sepertinya ada maksud dari itu semua

konco-konco pengganas mengatahui keberadaan mereka , dengan pantas mereka berlari menuju ke bebatuan tinggi yang terlindung lagi beberapa orang taring negara yang masih bertahan

"alpha 1 , alpha 2 bawak Arjuna balik kemarkas dengan selamat..tinggalkan aku dekat sini " ucap thariq

"apa kau cakap ni Riq?!! , kau gila ke ! " bantah Arjuna . dia tidak akan pernah meninggalkan sahabat terbaiknya diambang seperti ini .

𝐛𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐀𝐫𝐣𝐮𝐧𝐚Where stories live. Discover now