Beg tangan dicapai sebelum tubuh badannya dikeluarkan dari dalam kereta . baru sahaja dirnya kempunan hendak memasak ikan 3 rasa tetapi beberapa barang sudahpun habis . nak taknak dia haruslah pergi berbelanja hari ini
abaya yang iman kenakan dilibas perlahan untuk menghilangkan debu yang mungkin ada melekat di abayanya
Iman menatap sekeliling ,banyak juga orang yang datang ke pasar raya ini . ada event ke? .tanpa berlengah-lengah lagi Iman berjalan masuk kedalam pasar raya yang ingin ditujunya
hal pertama yang dirinya cari sudah tentu troli membeli belah . banyak juga barang yang akan dibelinya tambah-tambah lagi abangnya Adrian ada transfer duit sebanyak rm5000 kepadanya sebagai duit poket
Iman mencapai beberapa kotak susu kotak segar yang tersusun rapi di raknya dan juga 3 paket cream cheese . abangnya juga lusa akan pulanh kesini . sudah tentu dirinya akan membuat dessert istimewa untuk abang kesayangannya itu
troli membeli belah itu ditolak semula sambil anak mata iman meninjau kearah setiap rak barang takut-takut ada promotion .nanti jika terlepas menyesal pula
seketika anak mata iman berbinar setelah melihat sebuah buku catatan harian yang agak comel baginya . di tepi buku itu sudah ada sebuah anak patung kecil yang memakai hijab bersama dengan kucing di pelukannya .
jari-jari runcing Iman menyentuh kulit buku catatan itu , sepertinya buku ini sangat iksklusif kerana tekstur buku itu juga agak lembut
baru sahaja ingin mengambil buku yang hanya tinggal senaskah sahaja secara tiba-tiba ada tangan kekar yang dengan tenangnya mengambil buku itu tanpa meminta izinnya terlebih dahulu
"eh?!" anak matanya seketika mencerlung tajam kearah jejaka itu . walaupun wajah lelaki itu membelakanginya kerana dia sedang menilik buku yang baru sahaja diambil tadi
Iman mendegus geram , tangannya mencapai seikat daun saderi yang diambilnya tadi lalu hujung dahan sederi itu menyentuh perlahan bahu jejaka itu . dia tidak mahu tangannya disentuh lelaki yang bukan mahramnya
"maaf encik , buku tu saya punya jadi saya yang berhak dapat buku tu " baru sahaja dirinya ingi berteler lebih badan jejaka itu dipalingkan kearahnya
anak matanya melebar setelah melihat jejaka yang baru sahaja ditemuinya beberapa hari lepas . kenapa dia harus berjumpa dengan lelaki ini lagi ? . langkahnya diundur sedikit untuk menjaga jarak
" kalau kau punya kenapa kau tak ambik buku tu?"
buku diary di tangan Arjuna diangkat dan diarahkan dihadapan wajah Iman . bibirnya mengukir senyuman mengusik . jarang sekali dia rasa seronok ingin mengacau wanita sedangkan dirinya paling malas ingin mengambil tahu pasal perempuan
" buku ni dah jatuh ke tangan aku..jadi buku ni aku punya.." dengan tenang buku itu dimasukkan kedalam bakul barangan di tangan kirinya
iman mengigit bibirnya kesal . dia harus sabar . mungkin ini semua ujian baginya kerana tidak cepat membuat kerja!
"tapi saya-"
"this mine.." nadanya ditinggikan sedikit . sungguh dia paling malas ingin melayan kerenah perempuan .
langkahnya dibuka sebelum figuranya langsung berjalan meninggalkan rak section buku
tubuh iman hanya terkaku . bibir iman memonyok dan troli itu ditolak kembali . harap-harap lah dirinya tidak berjumpa dengan mamat poyo tu
YOU ARE READING
𝐛𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐀𝐫𝐣𝐮𝐧𝐚
Romance*BIDADARI MILIK ARJUNA* Memiliki masa lalu yang berbeza namun masa lalu yang mereka ada bagaikan sebuah tanda tanya yang kedua bagi mereka Arjuna Lutfi atau dikenal sebagai Mejar Arjuna iaitu ketua pasukan unit khas tentera darat diraja Malaysia...