kereta honda civic milik Arjuna berhenti tepat dengan kem ketenteraan yang didiaminya . lengan baju disinsing sampai keparas siku sebelum topinya disarungkan ke kepalanya
walaupun badannya masih belum pulih dia tetap harus tetap melapor diri seperti biasa
"Tuan!" beberapa leftenan muda yang terserempak dengan Arjuna menabik tangan mereka .kejadian ini juga sangat langka bagi mereka kerana Arjuna sangat jarang sekali berada di kem jika sedang menjalankan misi
Arjuna menabik tangannya juga sebelum langkah terus berjalan memasuki pejabat .suasana seperti biasa riuh rendah . dia tidak minat dengan suasana sebegini
baik duduk di hutan . tenang sedikit jiwanya
" mejar Arjuna ..saya dah lama tak nampak awak "
badan Arjuna berpaling sebelum sosok figura Adnan berdiri berhadapan dengannya . Adnan menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan
Arjuna menerima jabatan Adnan sebelum bahunya ditepuk-tepuk
" bila kau ada dekat sini ? " tanya Arjuna sambil menyandarkan tubuh tegapnya dibalik dinding
Adnan hanya tersengih seperti kerang busuk . sebenarnya tujuannya kesini untuk berjumpa dengan panglima tetapi terjumpa pula dengan singa negara ini
"tak adalah .saje je " gumamnya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal
"aku dengar kau kena hantar dekat kem lahad datu sana untuk misi menyamar.."
sudah diagak berita seperti itu amat mudah tersebar tanpa diberi tahu . semua orang di kem ini mengalahkan wanita jika bercerita kalau boleh sampai ke gunung mount everest sana nak diceritakan
Adnan mengangguk kepalanya tanda mengiyakan
jam di pergelangan Arjuna dikerli , tidak mahu membuang masa lebih Arjuna kian berpamit dan meneruskan perjalanannya menuju ke pejabat untuk melaporkan diri
Tok..tok
Arjuna menapak masuk kedalam bilik mesyuarat dan sudah terlihat ahli kumpulannya dan kumpulan bravo di dalam bilik mesyuarat . dua tim yang diketuainya
Kerusi ditarik dan punggungnya dilabuhkan di kerusi yang tersedia .wajah ketatnya sentiasa ditayangkan
" ketua kita dah sampai " ucap Raykal lalu menepuk tangannya tanda ingin bersorak namun semua orang hanya menatapnya pelik.dan seperti orang jakun dah semua menatap kearahnya
raykal kembali diam dan fokus terhadap skrin yang terpapar ke dinding melalui LCD . kelihatan kawasan perairan yang selalu menjadi lokasi lanun membuat onar
"okay semua .. saya terima laporan ada beberapa nelayan diculik oleh lanun-lanun somalia " panglima fahim menunjukkan lokasi terakhir penculik somalia itu lalu beberapa gambar muncul
"posisi mereka berada ni 21:00•C ..mereka ada senjatan mereka sendiri yang dibeli dari pasar gelap "
Arjuna menatap dingin 2 orang lelaki yang tertera di skrin projector itu . memang puak puak lanun somalia ini tak habis habis membuat masalah di perairan malaysia
Haziq mengangkat tangannya sebelum panglima fahim berpaling menghadapnya
" apa misi kita? " tanya Haziq
"misi kita bawak balik tebusan dengan selamat dan bawak 2 orang yang dikehendaki pihak atasan ini .." 2 gambar lelaki itu disentuh . dalam semua kegiatan gelap lanun itu sudah pasti mereka yang memimpin
"untuk methods saya serahkan dekat mejar Arjuna" jelas panglima
Arjuna hanya mengangguk kepalanya sebelum dirinya berdiri dari duduknya lalu berjalan menuju ke hadapan untuk memberikan taklimat ringkas sebelum misi dijalankan
YOU ARE READING
𝐛𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐀𝐫𝐣𝐮𝐧𝐚
Romance*BIDADARI MILIK ARJUNA* Memiliki masa lalu yang berbeza namun masa lalu yang mereka ada bagaikan sebuah tanda tanya yang kedua bagi mereka Arjuna Lutfi atau dikenal sebagai Mejar Arjuna iaitu ketua pasukan unit khas tentera darat diraja Malaysia...