bidadari milik Arjuna:3

6 0 0
                                    

  Baju-baju yang disusun tadi dimasukkan kedalam beg bagasi .Tidak lupa juga frame Gambar dirinya dan ahli kumpulannya sewaktu di kem.

Tatapannya tiada riak gembira atau teruja .Malahan ianya hanya tatapan kosong

Semua orang gembira jika mereka pulang kepangkuan keluarga mereka masing-masing ,namun tidak dengan dirinya

Beg bagasi itu ditolak keluar dari kem:

"Tuan saya balik dulu.." Fahrin menabik hormat diikuti dengan Arjuna sebelum bayangan Fahrin hilang dari pandangan

Sambil menunggu kedatangan adiknya .Arjuna melabuhkan punggung di kerusi kayu yang berada di sekitar pangkalan

Seketika tangannya menarik keluar rantai lehernya dari dalam poket yang betuliskan namanya *leftenan Arjuna Lutfi*

"Kau sendiri tahu kan ayah kau mati sebab dia masuk tentera , selepas ayah kau pergi tinggalkan aku ,kau pulak nak tinggalkan aku! " suara Puan farah dinaikkan . Badan Arjuna ditolak dengan perasaan tidak puas hati.

Arjuna hanya membeku . Tiada niat untuk melawan sekali pun

"apa yang kau suka sangat masuk tentera ni huh! sebab kau nak mati cepat!-"

"Ibunda! " Alin mencelah sebelum Puan farah menghabiskan ayat hinaannya terhadap TLDM yang belum tentu betul akan kebenarannya.

"Lut..nak join Askar sebab Lut nak hargai pengorbanan Ayah.." guman Arjuna dengan tatapannya yang masih kosong

Air mata Puan Farah tidak dapat dibendungkan lagi . Semakin deras air mata mata itu jatuh membasahi pipinya

beg bagasi yang dibawa Arjuna ditolak menghampiri pintu utama.Namun langkahnya terhenti setelah suara Puan Farah menerpa.

"satu langkah kau keluar dari pintu tu..aku tak akan anggap kau anak aku lagi! "

"Abang!"

wajahnya dinaikkan menghadap kearah figura adiknya yang sudah berada dihadapannya . lantas rantai itu dimasukkan semula kedalam poket seluarnya

" hehe , sorry adik datang lambat ..kereta adik rosak . Ni pun adik suruh Iman hantarkan adik.." jelas Alin sambil tersenyum seperti kerang busuk .

"jom gerak! " tangan Arjuna ditarik berjalan keluar dari pangkalan menuju kearah kereta bezza hitam yang sudah berada disitu .

Alin menapak masuk kedalam perut kereta diikuti dengan Adrian di seat bersebelahan dengan adiknya

"ibunda..ada dekat rumah? " tanya Arjuna sambil anak matanya menatap keluar tingkap

pandangan Alin seketika menghadap kearah abangnya

"ibunda pergi check up tadi pagi..mungkin sekejap lagi dia balik.." jelas Alin .

kereta yang dipandu alin bergerak meninggalkan kawasan pangkalan .


   Sambal sotong yang baru lepas odimasak diletak perlahan ke dalam mangkuk disertakan dengan mangkuk lain yang berisikan ikan bilis , kekacang , timun dan juga nasi lemak.

matanya seketika melilau memandang kearah luar rumah yang terdapat keretanya yang sudah terparking elok dihadapan rumahnya . Alin dah balik?

lantas apron yang dipakainya langsung ditarik keluar dan digantunkkan dibalik kerusi dimeja dapur .

"Assalamualaikum.."

wajahnya dinaikkan menghadap kearah Alin sahabatnya atau dikenali sebagai housematenya

" waalaikumussalam .. dah balik dah? "

Alin mengangguk sambil tersenyum .Lalu melabuhkan punggung bersebelahan dengan iman .

𝐛𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐀𝐫𝐣𝐮𝐧𝐚Where stories live. Discover now