BAB 30

313 9 0
                                    

HAYKARL Asyriq telah mendapat tahu ,salah satu syarikat telah cuba sabotaj RAZ dengan mengambil idea Drawing Plan  daripada Architect RAZ . Lantas dia memberitahu Firash Ayden yang ketika itu sedang outstation .

Namun , Firash Ayden hanya meminta Haykarl untuk menyelesaikannya kerana dia tidak dapat balik ke KL sebelum masa meeting itu nanti dijalankan. Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan Rash akan berhadapan dengan bayaran penalti .
Karl masuk ke Office . Dia ingin berjumpa dengan Airin Mellysya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Tuk tuk!!

''Yes come in "

''Lysya , kau kena tolong aku. Ni masalah hidup dan mati syarikat "

''Eh kenapa ni Karl ? Masalah apa ni..cuba jelaskan betul-betul."

''Ada Architect syarikat lain drawing plan dia sama dengan kita. Kau ada beritahu sesiapa kat office ni ke yang kita tengah handle projek dekat Bangi tu ?"

''Mana ada Karl. Kita je yang tahu. Lagipun aku tahu perkara tu confidential. "

''Okay maksudnya sekarang , ada orang yang kerja dekat RAZ Holdings dah sabotaj kita. "

''Habistu macam mana ni Karl. Ya Allah. Rash dah tahu ke perkara ni? "

''Dia dah tahu , tapi memang dia tak dapat nak balik , tak sempat meeting tu lusa lysya.  "

''Kita tak boleh minta tangguh ke Karl"

''Kalau boleh tangguh senang Lysya. Masalahnya kita dah sign . Kalau kita tak ikut janji kita , Rash kena bayar penalti Lysya. Dia boleh tekan kita berapa jumlah penalti yang dia nak. So , kau kena tolong aku. "

''Okay Karl. Cakap je apapun I tolong you settle kan masalah ni"

''Hari ni kita akan buat balik drawing plan kita ni A-Z, kita kena stayback dan aku pun tak tahu sampai pukul berapa dan mungkin kita akan tidur kat office ni . Kau jangan risau aku akan tolong kau . Kita akan buat plan drawing ni sama -sama okay.. "

Syafiq sudah terdengar perbualan diantara mereka. Dia sudah tersenyum , kerana inilah masanya untuk dia membantu Nadia Bella untuk menjatuhkan reputasi  Rash . Namun dia percepat langkahnya risau staff lain perasan dengan tingkahnya.

''T-tapi Karl..macam mana Karl ? Tak kan kita nak stay berdua dekat dalam office ni karl ? Dengan Elya kena balik kampung mak dia masuk hospital. Nak buat macam mana Karl. Kan cuma staff RAZ je yang boleh masuk sini . Itupun kalau tengah malam mana boleh diorang datang sini. Aduh Kau biar betul ni Karl."

''Arghhh !! Fikir karl fikir cepat ! Asal jem ni. "

''Selain Rash , siapa lagi yang boleh masuk sini bila-bila masa ??"

''Haha . Aku tahu siapa.. okay nevermind ,let me settle this. Kau draw dulu  plan tu , aku nak oncall kejap . "

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang . Semua staff RAZ sudah pulang . Hanya tinggal mereka berdua. Lysya sudah tidak senang duduk . Mana taknya mereka hanya berdua saja walaupun Rash sudah tahu hal tersebut tetap dia rasa tidak selesa. 20 minit kemudian terdengar bunyi access Card. Engku Mazlina telah hadir bersama Adyna Sofea. Airin Mellysya terus memeluk Engku Mazlina dan mengucapkan terima kasih kerana sudi membantu.

''Bonda , terima kasih banyak bonda tolong Airin . Airin betul-betul dah buntu..nak kerja pun jadi tak fokus. "

Mestilah...Bonda akan jaga Airin..sekarang buat kerja ya..bonda dan Fea ada . Sofea hanya tersenyum sambil makan malam .dia  menonton cerita korea. Kira -kira pukul 11 malam , terdapat 1 panggilan dari security guard.

POSSESSIVE MR.CEO (COMPLETED)Where stories live. Discover now