BAB 1

30 2 1
                                    

Suasana riuh yang luar biasa bagi pelajar yang telah tamat peperiksaan SPM, sesiapa yang pernah merasainya sahaja tahu bagaimana semua 'mix feelings' itu dan sekarang Julia Leanna sedang mengalaminya sambil dari luaran tenang berjalan keluar dari dewan peperiksaan menuju ke kelas yang menempatkan beg sekolahnya.

"Balik dengan siapa?" tegur Fayas.

Dengar macam nama lelaki kan tapi nama penuh kawan Julia itu ialah Fayas Aisyah.

"Balik dengan Pak Ahmad." Jelas Julia sambil membawa haluan keluar ke pintu pagar sekolah tidak lupa untuk melambaikan tangan kepada Fayas.

Semasa di dalam kereta Julia menangkap gambar bangunan sekolah dam memuat naik kedalam status Whatsapp dengan caption; done phase 1!

Selepas mempostingnya Julia meletakkan telefon ke dalam beg dan memandang keluar tingkap kereta. Hampir sahaja tiba di rumah Julia mendengar notifikasi telefon dan terus mencapai dari dalam beg.

Setelah membaca pesanan yang menyatakan 'Phase 2 is me and you' terus auto tercalit senyuman dari bibir Julia kerana mendapat pesanan dari teman lelakinya.

Senyuman itu mati apabila teringatkan yang Julia
sudah sampai dirumah. Masak la dia kalau mamanya tahu yang dia bercinta disekolah.

Julia masuk ke dalam rumah dan terus meluru ke dapur, arah dimana bau masakan yang harum itu datang. Pantas sahaja dia berdiri di sebelah Puan Lisa dan menyergah.

"Mama masak apa ni?!"

"Ju kalau tak buat mama rasa jantung nak tercabut sehari tak sah kan?" kata Puan Lisa sambil mengurut perlahan dadanya.

"sorry..." ikhlas Julia sambil tayang sengih.

"Mama masak nasi ayam" jawab Puan Lisa bagi pertanyaan Julia tadi sambil mangacau sup.

"Okay la ma, Ju nak mandi solat dulu kejap. Nanti Ju turun untuk makan."

=====================================

Malam itu Julia duduk di meja belajar di dalam bilik tidur untuk mengesahkan pemilihan university dan pada pilihan pertama Julia memilih course flying.

Kenapa?

Kerana itu adalah course yang telah dijanjikan bersama antara Julia dan teman lelakinya; Kamal.

Untuk pemilihan kedua dan seterusnya Julia memilih ikut minat nya. Disebabkan minatnya yang pelbagai, maka dia memilih course seperti, perubatan, undang-undang, pengurusan pejabat dan techno.

Tidurnya malam itu tidak berapa lena dan hanya termenung memandang siling kerana memikirkan 'apa jadi kalau tak dapat course sama?' akhirnya dia terlelap.

Julia menjalani hari seterusnya sebagai 'tanam anggur' seminggu kemudian dilanda kebosanan duduk dirumah dan membuat keputusan untuk mencari pekerjaan. Julia merayu pada Puan Lisa dan Encik Jaafar semasa minum petang di taman halaman.

"Boleh la mama papa Ju nak kerja... bosan la duduk rumah ni asyik buat benda sama je."

"Mama tak yakin kamu boleh bawa diri."

Larangan dari Puan Lisa sudah cukup untuk menghalang kebenaran dari Encik Jaafar. Julia faham itu walaupun Encik Jaafar mendiamkan diri. Tapi, nothing is possible kan?

Tiba-tiba sahaja Encik Jaafar membuka mulut.

"It's okay, papa percaya Julia boleh jaga diri sendiri but make sure you arrive at home punctually, promise?"

"Sure pa!"

Dengan yakin nya Julia membalas. Disebabkan Encik Jaafar sudah menggunakan kuasa veto maka tiada bantahan dari Puan Lisa.

Julia bekerja sebagai staf Watson kerana dia merasa mahu belajar tentang barangan penjagaan dan kecantikan. Permulaannya agak tegang kerana mahu menghafal segala jenis dan jenama setiap barangan sehingga Julia meletakkan gambar dan nota dalam telefonnya sebagai rujukan. Segala usaha yang dia lakukan selama hampir setengah tahun menyebabkan dia di puji oleh pelanggan dan staf lain. Julia sendiri rasa bangga kerana dapat menambah pengalaman dan ilmu sepanjang tempoh itu. Disebabkan keputusan pemilihan university hampir keluar, maka Julia membuat keputusan untuk berhenti kerja dan fokus pada persiapan universiti

====================================

Pagi hari keputusan universiti itu, Julia merasakan tidak sedap hati dan beristighfar supaya kekal tenang sehingga keputusan universiti itu dikeluarkan pada pukul 12 tengahari. Sewaktu icon semak ditekan Julia hanya redha dengan semua keputusan yang dia dapat.

Tetapi nasib tidak selalu nya berbau wangi kan? Julia mendapat program pengurusan pejabat salah satu course yang diminati. Yang dirisaukan oleh Julia adalah apakah reaksi Kamal apabila mendapat tahu dia tidak dapat course flying itu?

Malam itu, Julia menghantar pesanan pada Kamal, 'Dapat course flying tak?'

Bunyi notifikasi mengejutkan Julia yang hampir sahaja terlelap menunggu jawapan dari kamal.

KAMAL
Nope, I got course oil and gas... I'm sorry cause can't fulfilled the promise.

JULIA
It's okay, that's not your fault.

KAMAL
Oh please accept my apologies.

JULIA
Of course I maafkan you, sebab I pun tak dapat course tu.

Kamal
Now great ! sekurang-kurangnya I ada alasan untuk putuskan hubungan kita.

Julia
What?! PUTUS!?' but why?

apasal dia ni tiba-tiba je...

Kamal
Ye la dah sama sama tak dapat course tu so apa lagi yang boleh kita teruskan

Julia terus tergamam dan melihat profile kamal sudah tiada. Ehh jantan ni, tak kan la disebabkan reason yang kecil nak putus macam tu, sumpah tak boleh nak brain reason tu. Julia cuba untuk menghubungi Kamal tapi tak dapat dan masuk ke voicemail. Kamal pun dah block Julia apa lagi yang Julia boleh buat kan.
Setelah penat memikirkan apa kesalahan lain untuk menjadi asbab yang lebih kukuh Julia membuat keputusan untuk tidur kerana telah lewat malam. Biasa orang putus cinta menangis tetapi pada Julia seorang yang hati kental tidak mudah menangis pada benda yang tidak berbaloi dipertahankan.

TBC

'Don't waste your time in anger, regrets, worries, and grudges. LIFE IS TOO SHORT to be unhappy.'
- Roy T. Bennett

- feel free to vote and comment ⌨️
- have a nice day everyone ✨

Akzeptanz der Liebe: acceptance of love Where stories live. Discover now