BAB 9

7 0 0
                                    

Hayden membawa Julia berdiri di suatu jambatan antara dua bangunan, sepertinya dua bangunan tersebut ialah bangunan mall dan bangunan hotel.

Jambatan tersebut diperbuat daripada 100% cermin transparent yang membolehkan sesiapa yang berada di jambatan tersebut boleh melihat ke bawah dan ke atas secara terus. Pada bahagian bawah jamabatan itu terdapat kolam renang kepunyaan hotel.

"Kenapa awak bawa saya dekat sini." Keliru Julia.

"Saya nak cerita pasal saya." Hayden rasa ini lah masa yang sesuai untuk dia cerita pasal pekerjaannya pada Julia.

"Awak tahu saya boss mall tu kan?" Angguk Julia.

"Hotel belakang ini juga, saya punya dan ada rumah saya dekat tingkat atas hotel tu." Sambung Hayden kembali.

Seriously Hayden?

You have all of it at 3decad?

Julia rasa bangga dengan Hayden kerana mampu mencapai tahap yang tinggi untuk umurnya. Tak pelik jika Hayden dapat berjumpa dengan pengasas AA airlines.

"So, rumah awak dekat sini awak guna bila je?" Tanya Julia kerana sepanjang mereka berkahwin tiada pun Hayden tidak tidur di rumah mereka.

"Oh, sebelum kahwin saya selalu la guna kalau dah lewat malam malas nak balik rumah umi, saya tidur sini" jelas Hayden.

Duit banyak banyak tak kan satu kereta je kan, baik Julia tanya boleh minta pinjam dari tumpang Hayden je pergi kerja.

"Awak ada kereta lain selain sekarang?"

"Hurm ada. Dekat rumah lain." Dengan selamba dia berkata.

"Kepala otak" perkataan itu yang keluar dari mulut Julia, cepat cepat Julia menekup mulut sendiri. Rasa menyesal kerana terlepas padahal dalam hati sendiri hanya 'WHAT!'

Hayden tersenyum melihat kecomelan isteri sendiri, comel ke macam tu?

"Tumpahkan la tea lagi." Pinta Julia sambil menggoyangkan lengan Hayden.

"Nanti la sambung untuk hari lain, jom kita dating." Balas Hayden sambil memegang tangan Julia untuk berjalan.

Hayden bawa Julia masuk ke dalam kereta dan bergerak keluar dari bangunan mall dan memandu menuju ke destinasi dating mereka.

Mereka seperti menghala ke kawasan pedalaman, setelah sampai Julia masih terpinga-pinga ke mana sebenarnya Hayden bawa dia ni. Kemudian setelah Julia turun kereta, Julia melihat ada taman bunga yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga.

"Kenapa dengan taman bunga ni?" pelik kan soalan Julia. Hayden hanya diam dan mengajaknya mengikut masuk ke dalam taman bunga tersebut.

Julia dan Hayden berjalan melalui lorong yang kiri dan kanan dipenuhi bunga-bunga mekar sehingga bahagian tengah taman bunga. Julia perasan disitu ada air terjun kecil yang dibina dan sebuah meja yang telah di'set up' dengan makanan.

Hayden menarik kerusi untuk Julia duduk dan terus pergi duduk di tempatnya.

"Kita makan dulu pastu nanti saya bawa awak jalan jalan tengok bunga." Julia hanya mengangguk ceria dan menadah tangan untuk Hayden bacakan doa makan.

Mereka hanya fokus dengan makanan tanpa ada kata kata antara mereka. Masing masing merasa bahagia dapat meluangkan masa bersama itu pun sudah cukup.

Setelah mereka pulang ke rumah dan siap membersihkan diri, sewaktu hendak tidur Julia mengucapkan terima kasih.

"Terima kasih Hayden sebab layan saya dengan saya baik walaupun saya lambat untuk menerima cinta awak."

"Bagi saya... saya percaya dengan kata kata 'slowly but surely' yang penting saya tak putus asa untuk hidup bahagia bersama." Romantik sungguh ayat yang lontarkan Hayden kepada Julia.

Terasa bahagia hari mereka luangkan masa bersama.

TBC

'Collaboration, creativity, and respect build life long connections that matter and make a difference, propelling us to work together across all boundaries.'
- Diane Luna

- feel free to vote and comment ⌨️
- have a nice day everyone ✨

Akzeptanz der Liebe: acceptance of love Where stories live. Discover now