BAB 4

12 0 0
                                    

'Bye, jaga diri dekat tempat orang. See you again.'

Itu sahaja last khabar yang Julia dengar dari Hayden. Walaupun sudah 2 hari berlalu selepas kejadian itu. Julia yang hanya meneruskan perancangan bercutinya selama 4 hari itu. Tetapi pada hari kelima, dia merancang untuk keluar pada tengahari lain dari kebiasaan yang biasa keluar awal pagi. Semasa Julia sedang khusyuk menonton Netflix di tv, ada orang menekan loceng biliknya. Julia memberhentikan cerita yang bertayang dan membuka pintu tanpa rasa ragu-ragu.

"Wooo besarnya pintu buka. Tak takut ke kalau pencuri, ke perogol ke yang bunyikan loceng awak?" serbu Hayden.

"Kalau pencuri ke perogol tak minta izin dah nak masuk, dia rempuh je ikut balkoni." Selamba Julia sambil menunjuk ke arah balkoni yang pintu tidak tutup dan elok langsir bergerak seiring tiupan angin yang lalu.

"Ish awak ni bahaya la biarkan pintu balkoni terbuka macam tu." Jawab Hayden sambil meluru masuk ke arah balkoni untuk menutup pintu balkoni.

Julia yang melihat Hayden sudah berjalan masuk kedalam biliknya, hanya menutup pintu bilik agar orang luar tidak nampak mereka. Kemudian mengikut Hayden ke arah Balkoni.

"Pastu awak yang masuk bilik saya tanpa saya suruh ni tak kira bahaya ke?" saja Julia ingin serkap jarang.

"Err ehemm." Hayden berdehem kemudian
menyambung.

"Haa saya datang ni nak tuntut janji. Awak free tak?"
Hayden menuntut janji sampai jumpa depan pintu bilik haa.

Kenapa?

Ye la diorang mana ada contact nak menghantar pesanan atau membuat panggilan.

"Free je." Sempoi je. Mengharapkan nak balas budi je Julia melayan Hayden ni.

"Kalau macam tu awak bersiap la, saya tunggu dekat lobi. Bye."

Kemudian Hayden terus keluar dari bilik Julia begitu sahaja.

=====================================

Mereka pergi mencari makan dahulu kerana Hayden tidak bersarapan lagi.

Hayden membawa Julia ke sebuah restoran turki yang
agak mewah, melihat sahaja restoran tersebut dari luar menyebabkan Julia berfikir akan kempiskah dompetnya.

"2 lamb with petta bread, 1 juice watermelon." Reti pula Si Hayden ni mengorder makanan di sini. Like a pro gitu.

"Awak nak air apa?" tanya Hayden kepada Julia.

"Erm ice tea la." Ragu-ragu sahaja Julia berkata setelah lama berfikir.

Kekok. Itu la yang dirasa oleh Julia sekarang kerana selama ni dia biasa order bungkus tak pernah dine-in.

"Okay, 1 ice tea and 2 blueberry yogurts." Sambung Hayden kepada pelayan tersebut.

Pelayan tersebut hanya mengangguk dan berlalu pergi.
Disebabkan Julia tidak dapat menahan kesunyian antara mereka, jadi Julia menanyakan sesuatu yang sangat dia inginkan jawapan.

"Hayden boleh saya nak tanya sesuatu?"

"Sure."

"Awak memang biasa ke datang sini?"

"Oh, takde la selalu tapi ni kali ketiga saya datang. Kenapa tu?"

"Tak la tadi nampak awak tengok menu tu macam toke kedai ni je." Sempat Julia berloyar buruk.

Soalan tu sekadar panas kan air liur dikerongkong je. Kang tersedak masa nak tanya soalan serious malu kang.

"Oh, saya tertanya la kan. Kenapa awak okay masa your mom cakap nak kahwin kan awak dengan saya?"
Sudah tiba ke soalan yang serious untuk Julia bertanya.

Akzeptanz der Liebe: acceptance of love Where stories live. Discover now