BAB 10 (Epilog)

18 0 0
                                    

Julia berada di pejabatnya seperti wanita biasa bekerja
kemudian semasa lunch hour ada office mate bernama Zafran, katanya hendak belanja makan kfc ianya sangat lah tiba tiba ye. Tapi memang Julia sedang craving kfc pun. Rezeki rezeki...

Semasa makan itulah baru si Zafran ini membuka cerita, katanya ada senior rapat nya masa sekolah nak belanja tapi asalnya senior itu mahu makan sekali tetapi ada kerja kecemasan jadinya senior itu hanya order dan bayarkan makanan siap-siap.

Julia yang sudah habis waktu bekerja memikirkan bagaimana dia mahu balik kerana Hayden yang menghantarnya pagi tadi. Kemudian Julia mendapat idea mahu pergi ke pejabat Hayden. Julia menghantar pesanan kepada Hayden,

Julia
Ada dekat office mana?

Macam biasa Hayden ni fast replies bila berkenaan Julia.

Hayden
Mall
Ringkas sahaja balasannya.

Ok set. Julia memilih untuk menaiki bas awam ke mall Hayden kerana entah saja rasa rajin nak naik bas.

Setelah Julia memasuki mall dan sampai di pintu masuk utama office Hayden, Julia menghulurkan ibu jarinya di smartlock door. Hayden memang sudah meng'set'kan cap jari Julia untuk access semua pintu masuk bagi kedua dua bangunan syarikat.

Jadi Julia menerjah masuk ke bilik pejabat Hayden, mujur saja Hayden tidak ada meeting... kalau tak malu Julia dapat. Silap haribulan Hayden tak dapat cooperation dengan syarikat yang tengah meeting tu. Eee seram je memikirkannya.

Semasa Julia rempuh bilik Hayden tu, Hayden terkejut dan nasib tak terbaling fail yang berada ditangannya sebab biasanya pekerjanya akan mengetuk pintu atau memaklumkan padanya jika hendak masuk. Ni takde angin takde ribut tiba tiba ada orang masuk, mana tak kecut jantung si Hayden tu.

"Hiii suami, saja datang buat surprise. Nak balik dengan awak." Pinta Julia maklum la Julia tengah dalam fasa pembawakan budak.

"Lahh kenapa tak cakap nak balik sekali? Saya boleh ambil awak, ni awak datang naik grab ke?"

"Tak la bas" laju je dia berkata, tak sedar kata kata dia tu boleh membuatkan Hayden ni kerisauan, Hayden hanya memejamkan mata seketika.

'MasyaAllah isteri Hayden ni memang tak reti faham bahaya ke apa? Mujur la tak jadi apa apa.' Bisik hati Hayden.

"Tak pe la duduk la dulu, saya nak siapkan sikit kerja." Kata Hayden.

"Ehh tak pe, saya nak pergi jalan beli barang. Awak buat la kerja." Ada je idea si Julia ni la. Kalau di halang nanti merajuk pula.

"Ermm kalau macam tu saya suruh PA saya teman awak, maaf tak dapat nak teman awak." Hayden merasa bersalah kerana tidak dapat menemani Julia.

"Cantikkk, it's okay dear. Saya faham awak ada kerja." Jujur Julia sekurang kurangnya Hayden menghantarkan peneman.

"Nah kad... use this, don't use your money." Tegas Hayden.

"Terima kasih husband." Ucap Julia dengan senyuman manis dan tidak lupa untuk salam.

Sebenarnya tiada apa pun yang hendak dibeli Julia. Dia hanya hendak berjalan dan setelah puas berjalan disekitar mall, Hayden mengajaknya pulang.

Malam itu kakinya terasa sakit, mungkin kerana terlampau banyak berjalan.

"Haaa tu la nak jalan sangat kan dah sakit." Bebel Hayden sambil mengurut kaki Julia agar kurang sakitnya.

Sejak Julia mengandung ni memang si Hayden banyak bebel dari sebelum ni. Mungkin sebab pembawakan budak. Hehe comel je.

Semasa Hayden sedang urut kaki Julia, Julia menceritakan apa yang terjadi siang tadi di pejabat tentang orang yang belanja makan. Terima kasih pada orang itu sebab langsaikan craving Julia.

=====================================

Keesokkanya sewaktu lunch hour, Zafran memberitahu seniornya yang haritu mahu belanja satu department termasuklah Julia di sebuah kedai steamboat.

Seriously?

Again?

Terima kasih senior zafran kerana macam tahu tahu je apa yang dia tengah craving.

Sampai sahaja di kedai steamboat itu, rupanya senior Zafran itu ialah Hayden. Julia apa lagi terkejut beruk la dia dengan kemunculan Hayden disitu tanpa memberitahu dia. Jadi apa yang Julia cerita semalam, Hayden sudah tahu laaa. Eee tak acinya simpan rahsia sorang sorang. Majuk la macam ni.

Apabila sudah pulang ke rumah, Julia terus marah Hayden kerana berahsia dan tidak beritahunya yang Hayden nak datang.

"Kalau awak bagitahu saya awak nak datang, boleh la saya cantik cantik sikit. Ini awak tak bagitahu lepastu muka saya dah la tengah barai sebab kerja belambak." Marah campur merajuk yang di alami Julia kini. Ibu mengandung memang emosi bercampur untuk perkara kecil ke?

"Hey hey apa cakap macam tu?" pujuk Hayden sambil menekup kedua belah pipi Julia.

"Awak tetap cantik dimata saya kalau tak, saya tak kahwin dengan awak." Sambung Hayden lagi.

Julia hanya memblushing sahaja. Habis merah muka Julia dengan kata kata Hayden. Julia menekup muka dengan merapat ke dada Hayden. Segan segan je dia. HAHAHAHHAAH.

"Kejap, macam mana awak tahu apa yang saya craving selama ni?" soal Julia kerana setahunya dia tak pernah bagitahu Hayden apa yang dia craving.

"Alahaii sayang saya ni... awak punya craving tu sampai mengigau tahu tak." Kata Hayden sambil mengusap kepala Julia tanda kasih.

Terus berdekah kedua dua apabila memikirkan bagaimana Julia mengigau menyebut makanan yang dia mahu.

Julia suka cara compliment Hayden kepada dia... mungkin ini balasan atau boleh anggap reward untuknya kerana MENERIMA CINTA dari Hayden Fadri.

TAMAT

'Stay strong as you live your life story and remember your blessings, no matter what circumstances you face.'
- Dr. Damary M. Bonilla-Rodriguez

- feel free to vote and comment ⌨️
- have a nice day everyone ✨

Akzeptanz der Liebe: acceptance of love Where stories live. Discover now