BAB 7

11 0 0
                                    

Keesokkanya adalah hujung minggu, Julia keluar berjumpa Fayas nak cerita pasal dapat butterfly dari suami semalam. Mereka berjumpa di sebuah café. Selepas habis dakwat cerita, Fayas tiba-tiba tanya tentang pekerjaan Hayden.

"Eh laki kau kerja apa, haritu aku nampak kereta audi dia pakai, saja je nak kau tumpahkan the." Fayas on detective mood.

Julia tahu yang Hayden memandu kereta audi tetapi dia serius tidak tahu pekerjaan Hayden.

"Haah la kan, aku pun tak pernah tahu laki aku kerja apa, cuba kau stalk socmed dia. Kau kan terer stalk stalk ni." Julia memberi greenlight untuk Fayas mula menyiasat tentang Hayden. Julia pula jarang dengan socmed ni.

"Kejap aku start dengan insta, kau follow dia kan?"

"Haah, ambil la dekat following."

Hanya memakan masa 2 minit, Fayas sudah menjumpai.

"Nasib baik tak private."

Fayas mula dengan membaca bio insta Hayden.

"Weyy hebat siakkk bio dia, betul betul dia cinta kan kau thoo."

Bio yang tertulis adalah, 'a husband to a great wife @jlean_' Sungguh Julia tidak menyangka lelak itu meletakkan username dia pada bio instagram. Isteri mana tak rasa terharu kalau dapat pengiktirafan sebegitu dalam social media pula tu.

Fayas meneruskan pencariannya dan membulat matanya melihat satu posting gambar...

"Weyy tahun lepas dia ada bergambar dengan pengasas airasia airlines. Siapa thoo laki kau sampai jumpa orang hebat macam tu. Kau tak nak tahu ke dia kerja apa?"

Orang boleh je cakap terserempak kan, tetapi caption pada posting gambar tu yang membuatkan mereka mengubah spekulasi terserempak itu. Caption nya adalah 'meeting'.

"Nanti la aku balik aku korek sikit sikit. Okay la dah nak petang ni aku nak balik, bye" ucap Julia meminta diri.

Semasa Julia tiba di rumah, dia terus mandi dan berfikiran,

'Haah la kan, asal sepanjang 3 bulan aku kahwin dengan dia aku tak pernah pun tanya pasal pekerjaan dia...'

Hek eleh macam mana nak tahu kalau selama ni Julia kerja keluar paling awal pastu balik lambat, pastu pakaian kerja Hayden pula macam suit pejabat biasa dah mana laa dia nak agak apa pekerjaan Hayden.

Masa Julia dah siap mandi, Julia terus turun ke bawah untuk menyelesaikan laundry ...tetapi semasa nak turun dari tangga atas lagi dia dah boleh bau Hayden masak sesuatu. Jadi setelah selesai laundry Julia melihat Hayden pun dan siap masak lalu dia terus ke meja makan untuk makan bersama.

Semasa makan itu, sunyi je suasana kalau cengkerik ada pun mesti dengar macam cengkerik tu berbunyi menggunakan mic menjadi MC antara Julia dan Hayden.

Julia memecahkan ais batu antara mereka dengan meminta izin untuk bertanya,

"Awak saya nak tanya sesuatu boleh?"

Hayden hanya memandang dan mengangkat kening tanda 'teruskan'.

Eh eh dia ni jawab pakai kening je ekk orang tanya pakai kaki baru tahu, sempat betul Julia mengata suami sendiri, auto malaikat belah kiri tulis report panjang lebar.

"Ermm saya nak tanya, awak kerja apa?"

"Peniaga".

Setelah mendengar jawapan tersebut Julia hanya memejam mata dan kemam bibir, nak marah tapi dosa free je nanti. Dia ni kalau bagi jawapan kalau boleh nak jawab guna 1 huruf je.

"Ye la peniaga apa? Cuba terang lebih sikit." Habis jelas dah permintaan Julia kalau di sepatahkan lagi ayat tu memang ada yang kena smackdown nanti.

"Hmmm esok ahad, awak tak kerja kan?" Julia hanya mengangguk kerana dia memang kerja weekdays sahaja.

"Saya ada kerja sikit, awak teman saya pergi kerja nak?" Hayden menyambung.

"Aikk boss awak tak marah ke nanti?"

"Sikit je kerja yang saya nak buat tu dalam 10minit settle la" ringkasnya berbicara mamat ni.

"Haaa kalau awak takut, nanti awak menyorok dalam beg laptop saya tau." Melawak Hayden.

"Ye haa memang kalau boleh saya boleh bertukar jadi antman bukan setakat beg laptop awak, poket baju awak pun saya boleh masuk wakkk." Penuh sarkastik Julia membalas, siapa suruh main main dengan dia lagi kan dah mendapat.

"HAHAHAHAH, esok kan ahad boss saya takde so tak pe la awak teman saya." Mood Hayden bertukar serious kembali apabila Julia cuba mula sarkasm dengan dia.

"Okay la saya teman awak, nak tengok juga tempat kerja awak macam mana." Julia hanya senyum teruja untuk hari esok.

TBC

'The truth is you don't know what is going to happen tomorrow. Life is a crazy ride and nothing is guaranteed.'
- Eminem

- feel free to vote and comment ⌨️
- have a nice day everyone ✨

Akzeptanz der Liebe: acceptance of love Where stories live. Discover now