BAB 8

8 0 0
                                    

Pagi itu mereka bersarapan di luar sebelum pergi ke pejabat Hayden, Hayden kata dia nak makan roti canai. Mereka pun pergi kedai roti canai yang berdekatan office Hayden, Hayden cerita dia selalu makan dekat kedai ni sebab dekat dengan tempat kerja.

Setelah makan mereka menuju ke parking basement sebuah bangunan yang agak unik reka bentuknya bagi Julia nampak seperti sebuah mall.

Hayden hanya parking di basement, kemudian menaiki lift ke tingkat paling atas bangunan itu.

Apabila tiba di tingkat atas mall, mereka berjalan ke hujung bahagian bangunan yang mempunyai sebuah pintu lutsinar dengan keselamatan smartlock, Julia melihat Hayden menggunakan ibu jari untuk membuka lock pintu lutsinar tersebut, setelah masuk Julia melihat kerusi guest, dan kaunter informasi.

Hayden dan Julia terus ke bahagian belakang lagi tempat di mana kerusi meja desktop yang khas untuk pekerja pejabat biasa gunakan.

Mereka berjalan sehingga ke ruang khas untuk president of the company, belum Hayden sempat untuk membuka pintu, Julia tarik tangan Hayden dan berkata,

"Awak tak baik masuk bilik boss."

Hayden hanya ketawa kecil dengan lurus bendul isterinya, "Tak tak saya nak ambil fail je" Hayden tetap meneruskan agendanya.

Jadi mereka masuk dan Hayden membuka suis menerangi semua sudut bilik itu, Julia terperasan ada satu gambar pada dinding setelah melangkah kaki ke dalam bilik itu, Julia melihat gambar itu dengan teliti seorang lelaki lengkap bersuit dalam satu acara majlis memegang medal dan piala kecil sepertinya anugerah gitu.

Eh tu Hayden...

Kemudian Julia memusingkan badan dan tengok Hayden sudah duduk di kerusi kerja dan melihat di belakang Hayden ada medal dan piala kecil seperti dalam gambar.

"HAYYDENNNN!!"

Kenyatann mengejut itu cukup membuatkan Julia menjerit nama Hayden sambil ternganga memandang Hayden yang sedang menghadap komputer.

"Hey kenapa jerit jerit ni?" tanya Hayden, dia pun terkejut juga la tiba tiba sahaja ada orang jerit namanya. Ingatkan hantu ke apa.

"Kenapa awak tak bagitahu yang awak boss mall ni?" reaksi Julia ketika ini gaya seperti agak sukar cerna apa maklumat yang diterima sekarang ni.

"HAHAHAHAH." Hayden gelak besar, kalau dia tak bagitahu pun dah macam ni reaksinya, apatah lagi kalau bagitahu kan. Silap-silap Julia tak nak kahwin dengan dia bila tahu apa pekerjaan dia.

"I just want you to accept me it's because of me not what I have." Ringkas tapi mendalam kata-kata Hayden.

Kemudian Hayden menyambung, "Awak duduk la dulu dekat sofa tu nak tengok tengok dalam office ni pun boleh, nanti saya dah siap kerja kita gi dating."

Tanpa banyak kata Julia mengangguk kecil dan mula berjalan jalan sekitar office, tidak luas mana dan tidak kecil mana, just nice untuk letak apa yang penting.

Setelah penat berjalan jalan, Julia mula duduk di sofa bilik Hayden dan terlelap sehingga merasakan ada satu tangan mengejutkannya, Julia bangun dan menggeliat sikit serta tanya, "lama ke saya tidur?"

"Oh, tak pun, sorry buat awak tertunggu. Jom kita keluar." Ajak Hayden. Mereka bangun dan keluar dari office itu.

Hayden berjalan dan hanya mengikut tanpa banyak tanya kemana Hayden mahu pergi kerana ni bukan jalan yang mereka datang tadi. Julia tidak bertanya lebih kerana masih mamai barangkali.

TBC

'Life is a book and there are a thousand pages I have not yet read.'
- Cassandra Clare

- feel free to vote and comment ⌨️
- have a nice day everyone ✨

Akzeptanz der Liebe: acceptance of love Where stories live. Discover now