BAB 3

13 0 0
                                    

Selepas beberapa minggu sejak kejadian di majlis kahwin kawan Puan Lisa, Julia membuat keputusan untuk mengambil cuti seminggu dan membawa diri berseorangan ke negara orang.

"Ju nak pergi mana ni dengan beg besar ni?"

Puan Lisa terkejut melihat Julia turun tangga rumah dengan beg bagasi yang besar, macam nak pindah rumah je gayanya. Mana la si mama tak terkejut beruk.

"Ju nak tenangkan diri dekat Berlin. Mama jangan risau, Ju boleh jaga diri sendiri Ju dah besar." Jawab Julia dengan terus terang.

Baginya tidak perlu merahsiakan kemana dia hendak pergi kerana kalau ada masalah dikemudian hari boleh menyebabkan kesusahan pada keluarganya.

"Ju pergi dulu tau ma, jaga diri." Julia menyalami Puan Lisa. Sempat Julia menyampaikan pesanan, dia bukan la jenis marah lama-lama.

Julia mengunakan perkhidmatan grab untuk ke KLIA kerana mahal jika memarking kereta di sana untuk jangka masa yang lama. Botak nanti kepalanya kerana bajet nya sudah tertumpu kepada percutian di sana.

Tapi kenapa Berlin?

Berlin ialah tempat yang sesuai untuk percutian bandar di Eropah. Kota metropolis yang sibuk ini menawarkan pemandangan kehidupan malam yang memukau, makanan tempatan yang menakjubkan, sejarah yang kaya dan beberapa pemandangan dan muzium yang paling luar biasa di dunia.
Jadi Julia mahu melihat semua itu dengan mata dan kepalanya sendiri.

Penerbangan yang mengambil masa selama 17jam setengah. Cukup la membuatkan terasa tulang Julia seperti mahu patah bukan setakat tulang, setiap sendi dan tulang rawan yang ada lah terasa sakitnya!!!

Julia tiba pukul 9pagi waktu berlin dan mengenakan sepasang baju sejuk sederhana kerana musim bunga di berlin tidak lah mencecah negative suhunya masih boleh tahan. Julia keluar dari pintu utama lapangan terbang dan menaiki taxi ke Hotel ROMY, Julia memilih hotel yang berdekatan dengan main road bandar Berlin agar senang untuk dia berjalan hanya menggunakan pengangkutan awam atau berjalan kaki sahaja. Jimat sikit perbelanjaannya.

Semasa di dalam teksi itu, tiada perbualan antara Julia dengan pemdandu teksi itu. Setelah tiba di perkarangan hotel, Julia dikejutkan oleh pemandu teksi menggunakan Bahasa german. Dia tidak la mengerti tetapi suara pemandu teksi tersebut mengejutkannya dari lena.

"Danke." Julia mngucapkan terima kasih kepada pemandu teksi setelah selesai membawa keluar bagasinya.

Julia masuk ke dalam lobi hotel dan 'check-in' bilik yang telah dia tempah melalui website hotel.

"Wahh cantik betul design ruang hotel dan bilik." Pegun Julia setelah memasuki bilik tempahannya.

Main colour yang digunakan setiap ruang dan sudut hotel ini ialah hitam. Jadi memang nampak misteri, kuasa, keanggunan dan kecanggihan.
Setelah membuat room tour, Julia menghempas badan di atas katil dan berehat kerana petang sedikit baru dia berjalan-jalan.

=====================================

Julia terjaga apabila alarm telefonnya berbunyi, Julia menutup bunyi alam tersebut dan bangun untuk bersiap keluar. Lapar woiii!

Di Berlin agak susah untuk mencari kedai makanan yang halal tetapi makanan halal boleh didapati dari masakan orang Turki dan Lebanon. Maka Julia membuat carian di google kedai makan yang dekat dengan tempat dia tujui iaitu Brandenburg Gate.

Setelah mengalas perut dengan 2 bungkus shawarma, Julia menuju ke Brandenburg Gate. Kerana disitu adalah menjadi tempat foto terbaik, melihat melalui pintu gerbang ke arah barat dan akan dapat lihat matahari terbenam yang sangat cantik. Tempat nya juga percuma boleh duduk selama mana yang mahu, ambil angin, melihat orang ramai. Habis sahaja penuh gambar sunset dan suasana malam berlin di dalam telefon Julia.

Akzeptanz der Liebe: acceptance of love Where stories live. Discover now