"Subjek sudah bersedia untuk di uji."
Kawasan makmal moden kini dipenuhi dengan puluhan ahli saintis bertaraf dunia. Kesemua mereka berkumpul untuk mencari satu kebenaran.
Sebuah bilik kaca menjadi tumpuan utama para saintis yang hadir pada ketika itu. Eksperimen apakah yang begitu menggugat keterujaan mereka semua?
"Boleh kejutkan subjek kita."
Arahan diberikan justeru ketua bahagian penyelidikan pusat mula beroperasi. Lampu dinyalakan di dalam bilik berkaca itu mengejutkan bahan ujikaji yang sedia untuk di uji.
"Fck.... Jangan sekali lagi...."
Desah perlahan bahan ujikaji yang terperangkap di dalam bilik kebal terbabit. Ianya bukanlah haiwan mamalia berkaki empat, akan tetapi ianya manusia berkaki dua dalam keadaan yang tidak berpakaian.
Makhluk yang di gelar sebagai bahan ujikaji itu kian meringkuk di bawah katil enggan untuk mendedahkan diri. Segan bahkan rasa terhina diri apabila di layan sedemikian rupa. Kesilapan apakah yang membuatkan dirinya diperlakukan sebegitu?
"Dylan. Kami akan menguji awak. Mohon keluar daripada bawah katil itu."
Salah seorang saintis bersuara kepada penghuni di sebalik kaca. Digelarkan sebagai Dylan. Bahan ujikaji nombor 08. Jenis DNA, separuh manusia separuh haiwan mamalia.
"Mulakan ujian pengesahan Neko kita."
Berdesir bilik dengan bunyi gelombang mikro yang diaktifkan dari dalam bilik kaca menyebabkan Dylan hilang arah.
Semakin lama semakin hilang kesedaran Dylan memaksa dirinya bertindak mengikut naluri haiwan yang sudah lama di suntik masuk ke dalam darahnya. Keadaan Dylan yang semakin hilang kawal membuatkan para saintis terpaksa mencari jalan untuk menenangkan Dylan.
"Buka gas tidur sekarang!"
Belum sempat untuk mereka mengaktifkan gas tidur, Dylan sudah memusnahkan segala sistem kawalan bilik kaca terbabit.
'Krash!'
Panik apabila sistem kawalan canggih mereka dimusnahkan begitu sahaja. Belum pernah lagi ada mana-mana bahan ujikaji yang berjaya memusnahkan sistem bilik kebal mereka.
"Alamak! Sistem kawalan kita sudah dimusnahkan."
"Kalau begitu, renjat dia dengan kejutan elektrik."
Tegas ketua saintis memberi arahan kepada pekerja dibawahnya.
"T... tetapi tuan.... Kejutan elektrik itu akan mencederakan sentimen kita."
"Buat atau kita semua akan hancur di siat olehnya."
Keterangan ketua saintis yang menggugat itu tidak memberi mereka banyak pilihan. Terpaksa akur demi keselamatan semua para saintis yang hadir.
"Renjatan elektrik diaktifkan."
'Bzzt!'
❖❖❖
"Gasp-!"
Tersentak bangun seorang lelaki daripada mimpi ngeri itu. Pucat. Peluh dingin membasahi dahi. Katil yang begitu hangat tiba-tiba terasa sangat dingin.
"Fck.... Mimpi ini lagi.... Berhenti cari aku. Aku dah selesai urusan dengan kau orang semua!"
YOU ARE READING
NEKO [Slow Update]
FantasyGENRE (FANTASY/ROMANCE/HUMOR/ACTION) Kucing jadian di sebelah rumah. Keadaan semakin hilang kawal apabila Iris terpaksa menyewa di sebuah kediaman apartment untuk mencari kerja. Kehidupannya yang lahir daripada broken family membuatkan dirinya teras...