'Ding, dong!'
Terpaku Iris mendengar bunyi loceng rumahnya. Sekarang sudah pukul 11:30 malam. Siapa pula yang datang ke rumahnya lewat begini?
Tessa : "Iris? Kenapa itu?"
Iris : "Tess.... Apapun yang berlaku, jangan kau putuskan panggilan ini tau."
Hilang kata-kata apabila Iris berkata begitu. Bunyi seperti suatu ancaman.
Tessa : "Iris! Apa yang berlaku itu?"
Iris : "Diam, Tess. Kalau kau dengar bunyi pelik, terus lapor ke pihak polis."
Tessa : "Eh...?"
Justeru Iris meletakkan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar. Perlahan-lahan dia mengambil batang mop, bersedia untuk menyerang sesiapa sahaja yang mencurigakan.
Selangkah demi selangkah dia berjalan menuju ke pintu. Jantungnya bagai hendak berlubang menantikan saat untuk dirinya membuka pintu rumah. Namun, segala debaran hilang dalam masa kurang daripada sesaat.
Khai : "Kau berjalan jengkit ke itu? Aku boleh bau kau tetapi tak dengar tapak kaki kau."
Iris : "Khai?"
Tessa : "Khai?"
Iris : "Shh.... Diam, Tess."
Berlakon acah-acah gangster Iris membuka pintu. Walhal dirinya baru sahaja di landa ribut sebentar tadi.
Iris : "Kau buat apa lagi ini?"
Khai : "Ini. Aku nak bagi kau ini. Anggaplah sebagai wang pampasan daripada kes tuduhan kau tadi."
Lalu Khai menghulurkan sepucuk sampul yang berisi sejumlah wang di dalamnya.
Iris : "Kau ingat, maruah ini boleh di beli dengan duit ke? Lagipun aku tak nak makan duit haram kau ini."
Khai : "Ini bukan duit haramlah. Aku dapat secara sah."
Iris : "Hehh.... Duit pampasan ya? Dapat secara sah? See my level dululah kalau kau nak bagi aku duit begitu."
Khai : "Kau jangan nak berlagak sangat boleh tak? Disebabkan kaulah aku kena tahan dalam wad sampai lewat begini kerana gastrik."
Iris : "Apa salah aku pula? Siapa yang nak makan di sana? Kau kan?"
Tergaru-garu Khai terpaksa menadah semua benda di situ.
Khai : "Kau ini keras betul."
Terasa puas hati Iris apabila dia dapat mengerjakan Khai betul-betul kali ini. Sedang mereka berdua bertengkar, Nenek Hani secara kebetulan lalu di sebelah mereka.
Nenek Hani : "Oh my dear.... Iris, sayang. Siapa dia ini?"
Nenek Hani dan Khai kini bertentang mata. Kedua-dua mereka tidak mengenali antara satu sama lain sungguh mereka tinggal di satu aras yang sama. Situasi itu membingungkan Iris.
Iris : "Nenek, tolong jangan salah anggap. Dia ini Khai Dylan. Dialah jiran yang duduk di sebelah saya ini."
Nenek Hani : "Ahh, begitu. Kamu sangat jarang keluar rumah sampai nenek pun tak cam muka kamu."
Khai : "Saya kerja lewat malam. Siang saya hanya berehat di rumah."
Nenek Hani : "Begitu.... Apapun, nenek masuk dulu ya? Kamu berdua jangan duduk luar ini lewat sangat. Nanti orang salah anggap pula."
Laju gerak kaki Nenek Hani melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Khai dan Iris berduaan.
Iris : "Kan orang dah salah anggap!"
YOU ARE READING
NEKO [Slow Update]
FantasyGENRE (FANTASY/ROMANCE/HUMOR/ACTION) Kucing jadian di sebelah rumah. Keadaan semakin hilang kawal apabila Iris terpaksa menyewa di sebuah kediaman apartment untuk mencari kerja. Kehidupannya yang lahir daripada broken family membuatkan dirinya teras...