Tercengang Iris mendengar kenyataan Khai. Itulah pertama kali dia terdengar adanya mana-mana manusia yang alahan dengan sotong.
Iris : "A... apa?"
Khai : "Perut aku keracunan kalau aku makan sotong."
Secara rawak Iris ketawa terbahak-bahak dengan Khai. Cerewet juga ya lelaki ini?
Iris : "Hahahahh...! Badan sahaja tegap tetapi alergik makan sotong. Lemah betullah."
Khai : "Bukan aku yang tak nak makan tetapi badan aku yang tak mengizinkan."
Iris : "Hahahahh.... Apa lagi yang kau alergik haa?"
Khai : "Kopi. Alkohol. Air berkarbonat."
Semakin kuat tawa Iris di situ.
Iris : "Hahahahahh.... Alkohol pun kau alergik? Dahsyatlah."
Khai : "Ianya langsung tak kelakar. Lagipun alkohol tak elok untuk kesihatan kau."
Iris : "Hahahahh.... Ini kelakarlah. Orang kata, kau tak kuat selagi kau tak minum alkohol."
Khai : "What kind of bullsh*t was that? Kau cuba tanya mereka yang kaki botol di sebelah ini. Kuat ke dia hari-hari bergaduh dengan bini dia? Kuat sangat ya?"
Terdiam seketika Iris dengan bidasan Khai. Jelas lagi bersuluh kenyataan Khai itu benar belaka.
Iris : "Kau tahu tentang dia orang?"
Khai : "Satu aras ini dah tahu tentang perangai pasangan Stepherd itu. Kau sahaja yang banyak tak tahu."
Iris : "Memanglah aku tak tahu sebab aku baru sahaja pindah semalam."
Khai : "Kau baru pindah semalam?"
Terkesima Iris mendengar pertanyaan Khai. Boleh pula Khai tidak tahu yang Iris baru sahaja berpindah ke situ.
Iris : "Yelah. Lepas itu aku dapat jiran yang sangat bagus sebab tak tolong aku angkat barang semalam. Dia tolong angkat barang aku yang terjatuh sedikit dan guess what? Dia cuma letakkan semula di atas barang aku begitu sahaja biarkan aku angkat barang yang berat itu seorang diri."
Masih Iris hendak mengungkit harapan palsu yang melandanya semalam.
Khai : "S... sekejap? Kau ke budak yang bawa barang banyak semalam?"
Iris : "Ya-!"
Secara rawak Khai memegang kedua-dua belah pergelangan tangan Iris. Terpaku kaku Iris dengan tindakan spontan Khai. Sekali lagi Khai bertindak dengan merapatkan hidungnya pada telapak tangan Iris.
Iris : "Hei! Apa kau buat ini?"
Khai : "Bau kau tak sekuat ini semalam. Jadi aku tak perasan."
Sekuat daya Iris menolak Khai.
Iris : "Kau ini kenapa? Gila ke? B... badan aku berbau teruk sangat ke?"
Khai : "Tak. Aku suka bau kau. Lagipun mungkin aku seorang sahaja yang boleh baunya."
Iris : "Tak. Aku tak faham. Apa yang kau cuba maksudkan sebenarnya? Bau apa yang kau katakan ini?"
Khai : "Bau catnip."
Iris : "Again? Catnip ini apa sebenarnya?"
Khai : "Ringkasnya, catnip ini adalah drug kepada kucing."
Iris : "Haa?"
Iris pula cuba menghidu pergelangan tangannya bagi memastikan kesahihan kenyataan Khai.
YOU ARE READING
NEKO [Slow Update]
FantasíaGENRE (FANTASY/ROMANCE/HUMOR/ACTION) Kucing jadian di sebelah rumah. Keadaan semakin hilang kawal apabila Iris terpaksa menyewa di sebuah kediaman apartment untuk mencari kerja. Kehidupannya yang lahir daripada broken family membuatkan dirinya teras...