Malam sudah larut, siang sudah membuka tirai harinya. Bengkak mata Iris kerana tidak dapat tidur malam semalam. Jiran sebelah kanannya bertengkar membuatkan Iris tidak senang untuk tidur.
Iris : "I'm death...."
Dengan mata yang bengkak, puas untuk Iris menutup dengan solekan tebal bagi mengelakkan pertanyaan daripada ketua majikannya. Sejujurnya, dengan rehat yang tidak mencukupi amat sukar untuk Iris fokus kerjanya.
Tidak fasal pada hari pertama bekerja, Iris terpaksa bekerja lebih masa demi menyiapkan dokumen penting yang perlu disiapkan sebelum esok hari. Sambil-sambil Iris meregangkan ototnya, adanya panggilan daripada Tashi. Pantas dia menjawab panggilan terbabit.
Iris : "Hello."
Tashi : "Hello, Iris. Bagaimana keadaan kau? Semuanya okey?"
Enggan untuk dia membebankan rakannya, terpaksa Iris mendustakan kenyataan.
Iris : "Okey sahaja."
Tashi : "Haih.... Iris. Berterus terang dengan aku. Betul ini kau tak apa-apa?"
Iris : "Betul. Lagipun aku pun dah sibuk sejak aku mula kerja. Kalau kau ajak pindah pun aku tak boleh sebab sekarang ini pun aku masih di office."
Tashi : "Kau masih di office waktu begini? Kau ini biar betul?"
Apabila Tashi sudah mula menghidupkan enjin paniknya, Iris membuat keputusan untuk mencari alasan supaya dia dapat menamatkan panggilan.
Iris : "Ah, okeylah, Tashi. Aku kena cepat. Kalau tak, tak siap pula dokumen ini."
Tidak sempat untuk Tashi bersuara, Iris sudah mematikan panggilan. Kini rasa serba salah membebani diri.
Iris : "Haa.... Tak gamak aku nak susahkan dia orang semua. Dia orang sangat baik. Tak kira Tessa mahupun Tashi. Hmm.... Tak mengapalah. Mungkin lama-lama aku akan dapat biasakan diri."
Setelah selesai Iris dengan tugasannya, dia bergegas pulang ke rumah apartmentnya. Tepat jam 12.00 pagi Iris sudah berada di aras rumahnya.
Iris : "Aah.... Penatnya."
Separa sedar Iris berjalan menuju ke rumahnya. Dengan mata yang kuyu, dia ternampak susuk seorang lelaki setinggi enam kaki sedang berusaha mencari untuk membuka pintu rumah. Lebih mengejutkan apabila, lelaki itu merupakan jiran misterinya.
Iris : "Eh, siapa?"
Terkebil-kebil Iris cuba cam lelaki terbabit. Namun ianya mengejutkan apabila tangan lelaki itu berlumuran dengan darah. Sukar dipercayai lebih-lebih lagi dengan mata yang sudah mamai. Namun, tidak syak lagi. Jangan kata tangan, bahkan hampir sebahagian besar daripada pakaiannya berlumur dengan darah.
Iris : "I... itu darah ke?"
Di tambah perasa apabila Iris cukup kenal dengan tangan yang bercincin pada jari hantu itu. Dialah orang sama yang membantu Iris semalam.
Termenung lama sehingga dia tak sedar lelaki itu juga turut sama memandang tajam ke arahnya. Hilang mengantuk dalam masa sekelip mata.
Sebaik sahaja dirinya sedar sedang diperhatikan, kelam-kabut Iris berlari pergi daripada situ sambil menjerit meminta tolong. Lebih mendebarkan apabila lelaki itu juga dalam perjalanan mengejarnya.
Iris : "Aku akan mati! Aku akan mati! Tolong-!"
Tidak memandang ke mana arah yang hendak di tuju, Iris tidak sengaja terlanggar salah seorang daripada penghuni residen di situ. Terasa cerah masa hadapan kerana akhirnya dia temui bantuan.

YOU ARE READING
NEKO [Slow Update]
FantasyGENRE (FANTASY/ROMANCE/HUMOR/ACTION) Kucing jadian di sebelah rumah. Keadaan semakin hilang kawal apabila Iris terpaksa menyewa di sebuah kediaman apartment untuk mencari kerja. Kehidupannya yang lahir daripada broken family membuatkan dirinya teras...