'Tok! Tok! Tok!'
Sudah beberapa hari berlalu. Awal-awal pagi lagi pintu rumah Iris sudah bergegar. Lekas Iris membuka pintu rumahnya. Si gila mana pula yang sedang mengetuk pintu rumahnya itu?
Iris : "Siapa?"
Terpaku Iris apabila kelibat Khai sudah berada di hadapan pintu rumahnya.
Iris : "Encik Dylan. Rumah aku ini, ada loceng. Tak perlu kau ketuk bagai nak roboh pintu rumah aku ini."
Tidak membalas sebarang keterangan Iris, Khai menunjukkan sepucuk sampul berwarna coklat. Jikalau tak silap, itulah sampul yang terisinya cek berjumlah 500 000. Sepatutnya cek itu telah diserahkan kepada Iris, namun kenapa Khai masih memegangnya?
Iris : "Hmm?"
Khai : "Cek ini. Kenapa kau pulangkan balik?"
Iris : "Oh, kau ambil baliklah. Aku tak nak."
Khai : "Apa? Apa maksud kau yang kau tak nak? Kita dah buat perjanjian kan?"
Iris : "Buat pengetahuan kau, kau dah lewat daripada tempoh seminggu. Jadi aku tak nak terimanya."
Khai : "A... apa? Duit ini, aku dapat awal beberapa hari daripada tarikh yang sepatutnya. Luc yang tak benarkan untuk aku terus ke tempat kau hantarnya."
Iris : "Aku tak peduli apa pun alasan kau. Yang pasti duit itu sampai lewat kepada aku. Maknanya, kau gagal. Semoga kita tak bertemu lagi ya?"
Khai : "Nanti-!"
Tak sempat untuk Khai berkata lebih lanjut, Iris sudah menghempas pintu.
Khai : "Sht...."
Sedang Khai mengeluh sendiri, adanya seseorang yang boleh membetulkan keadaan mereka.
Tessa : "Hei, there. Kau bukan ke Khai?"
Sekilas Khai memandang ke arah Tessa yang kebetulan baru sahaja tiba di situ.
Khai : "Kau siapa?"
Tessa : "Hmm.... Nampaknya kau perlukan bantuan untuk tackle dia. Hahahahh.... Aku rasa aku boleh tolong."
Penuh gaya Tessa menghayunkan kunci keretanya. Bersedia untuk dia membantu Khai yang serba bermasalah.
Khai : "Haa?"
❖❖❖
Khai kian mengekori Tessa ke sebuah tempat yang tidak diketahuinya.
Tessa : "Iris.... Maaf, aku tak dapat nak jumpa kau hari ini. Aku ada urusan penting pula."
Pandai Tessa berlakon untuk mengaburi perhatian Iris dalam talian. Khai hanya memandang kosong ke arah Tessa yang selamba berada dalam talian sambil memandu.
Tidak lama kemudian, panggilan antara Tessa dan Iris tamat. Terus Khai menegurnya.
Khai : "Menyalahi undang-undang untuk kau call sambil memandu."
Tessa : "Alaa, kau ini. Janganlah serius sangat. Mentang-mentanglah dia polis. Aku cakap dalam phone pun sekejap sahaja kan?"
Kian Khai membisu.
Tessa : "Kau memang tak banyak bercakap kan? Kau tak nak tahu ke siapa aku? Main ikut sahaja. Tak tanya apa-apa. Kalau aku plan nak culik kau bagaimana?"
Khai : "Kau tak akan."
Tessa : "Kenapa pula aku tak akan? Kalau betul-betul bagaimana?"
YOU ARE READING
NEKO [Slow Update]
ФэнтезиGENRE (FANTASY/ROMANCE/HUMOR/ACTION) Kucing jadian di sebelah rumah. Keadaan semakin hilang kawal apabila Iris terpaksa menyewa di sebuah kediaman apartment untuk mencari kerja. Kehidupannya yang lahir daripada broken family membuatkan dirinya teras...