Ins. Luc : "Kau tak boleh nak gunakan deria bau kau kepada Shank? Tetapi kenapa?"
Khai : "Aku tak tahu. Nampaknya aku terpaksa bergantung kepada deria aku yang selebihnya untuk berlawan."
Aku tak mampu untuk mengesan bau Shank itu satu misteri. Namun aku sudah kesuntukan masa. Nak tak nak, hanya ini sahaja cara untuk aku dapatkan Iris.
❖❖❖
Hari-hari Iris berjalan dengan lancar tanpa jejak daripada Khai. Sudah lima hari dia tak serempak dengan lelaki jiran sebelahnya itu.
Iris : "Amannya.... Tak ada jiran gila. Si pervert Khai tiba-tiba menghilang sejak kali terakhir aku cakap fasal 300 000 itu. Hehh, mimpilah untuk dia bagi aku 300 000 dalam masa seminggu. Tak akan punya!"
Tessa : "Iris!"
Tessa sudah terpacak di hadapan apartment The Retreat Resident. Kedua-dua orang rakan baik itu akan meluangkan malam bersama.
Iris : "Tess, jom kita naik."
Tessa : "Yup. Aku dah order makanan untuk kita malam ini."
Iris : "Hehehehh.... Aku pun dah beli minuman untuk malam ini."
Tessa : "Nice."
Lalu kedua-dua orang rakan itu berjalan naik ke apartmen Iris. Namun satu kejutan melanda mereka apabila seorang lelaki berpakaian seragam polis sudah terpacak di hadapan rumah Khai. Resah wajah Inspektor Luc berdiri di hadapan pintu rumah terbabit.
Tessa : "Oh my...."
Serentak Tessa memandang ke arah lelaki tegap yang sedang dalam talian telefon. Begitu juga Luc serentak memandang ke arah Tessa dan Iris.
Tidak seperti Tessa, Iris resah memikirkan apa yang pegawai polis buat di hadapan rumah Khai.
Iris : "A... apa yang dah berlaku ini?"
Tessa : "Iris.... Kenapa kau dikelilingi oleh jejaka-jejaka hangat ini?"
Tessa berbisik nakal pada telinga Iris.
Iris : "Tess.... Dia pegawai polislah. Dia datang mesti ada sebab."
Tessa : "Entah-entah dia kawan jiran kau. Sebab kau kata jiran kau kerja tangkap orang jahat kan? Eloklah itu. Kau ambil jiran kau itu, aku ambil kawan dia."
Iris : "Apa kau cakap ini, Tess?"
Kedua-dua mereka terus bergurau senda sehingga Luc menegur.
Ins. Luc : "Tumpang tanya. Cik berdua ini jiran dia ke?"
Seraya Luc menunding jari ke arah pintu rumah Khai. Orang lain yang di tanya, orang lain pula yang membalas. Penuh teruja Tessa menjawab persoalan Luc.
Tessa : "Haa. Sebelah ini rumah kawan saya. Saya hanya tumpang sekejap sahaja."
Lalu Luc berjalan mendekati Iris dan Tessa. Semakin berdebar Tessa rasa.
Ins. Luc : "Maaf, jikalau saya terambil masa cik berdua. Saya Inspektor Luc, saya cuma nak tanya. Cik ada nampak owner rumah ini tak?"
Sekali lagi Luc menunding jari ke arah rumah Khai.
Iris : "Saya dah lama tak dengar khabar dia. Kenapa ya?"
Ins. Luc : "Dia hilang lebih kurang empat hari yang lalu."
Iris : "Boleh saya tahu apa hubungan encik dengan dia?"
YOU ARE READING
NEKO [Slow Update]
FantasyGENRE (FANTASY/ROMANCE/HUMOR/ACTION) Kucing jadian di sebelah rumah. Keadaan semakin hilang kawal apabila Iris terpaksa menyewa di sebuah kediaman apartment untuk mencari kerja. Kehidupannya yang lahir daripada broken family membuatkan dirinya teras...