'Titt.... Titt.... Titt....'
"Maia! Bangun, Maia!"
Suara teriakan Khai bergema di dalam bilik pembedahan. Seorang gadis kini terbaring di atas katil pembedahan dalam keadaan yang kritikal.
Khai : "Maia...."
'Titt...!'
❖❖❖
Iris : "Woi! Kau ini dah kenapa?"
Iris menarik bahu Khai yang masih mencangkung menghadap dinding sejak tadi. Rumahnya habis bertirai bak tongkang pecah dikerjakan Khai.
Khai : "I... Iris...."
Iris : "Kau ini okey ke tak?"
Tanpa berfikir panjang, Khai secara rawak memeluk kaki Iris di situ.
Iris : "Eh!"
Khai : "Kau pergi mana?"
Iris : "Hei, lepaskan aku!"
Kuat Khai memeluk kaki Iris sehingga dia jatuh terduduk.
Khai : "Aku ingatkan kau hilang...."
Iris : "Apa? Aku kerjalah. Bukan macam kau."
Khai : "K... kau kerja?"
Iris : "Ya. Sekarang, lepaskan aku."
Sejurus Khai melepaskan pelukannya daripada Iris.
Iris : "Kau ini peliklah. Dah kenapa dengan selimut itu?"
Iris melihat Khai yang berselubung dengan selimutnya. Muka tak bersalah, Khai memandang wajah Iris.
Iris : "Berhenti pandang aku begitu. Kau ini dah tak ada rumah ke?"
Khai : "Aku nak tinggal sini boleh tak?"
Berkerut dahi Iris mendengar permintaan Khai. Sudah di beri betis, mahu peha pula.
Iris : "Dasar.... Kau keluar daripada sini. Kau memang jantan pervert kan?"
Khai : "Dah lebih sepuluh tahun aku tak dapat tidur selena ini. Bau kau buat aku tidur dengan lena. Aku kalau boleh tak nak berlekang dengan bau ini."
Iris : "Kau tak habis-habis dengan bau itu. Berhentilah. Kau tak boleh buat benda sesuka hati kau sahaja di sini."
Khai : "Tolonglah.... Aku akan bayar berapa banyak pun."
Melihat Khai yang begitu menaruh harapan, Iris kemudian memasang jerat khas untuknya. Senyuman penuh makna terukir pada bibirnya.
Iris : "Fine. Kalau kau desperate sangat, kita buat perjanjian. Aku nak kau bagi aku 300 000 dalam masa seminggu ini sebagai cagaran. Kalau dalam masa seminggu ini kau gagal serahkan 300 000 itu kepada aku, kiranya perjanjian kita terbatal dan aku tak nak tengok muka kau lagi. Faham?"
Betapa beratnya perjanjian Iris di situ. Tergaru-garu Khai memikirkan tentang cadangan berat sebelah Iris itu.
Khai : "Kau memang nak menyusahkan hidup aku kan?"
Iris : "Hello? Kau kata, kau nak tinggal dengan aku kan? Untuk pengetahuan kau, aku bukan macam perempuan murah yang senang-senang sahaja nak share rumah dengan stranger. Jadi nilai nak duduk dengan aku pun tinggilah."
Khai : "It's tough but you make it harder. Sigh...."
Khai mengeluh sambil menggosok belakang lehernya. Bebanan yang akan ditanggungnya jauh lebih berat daripada jutaan muatan tanker.
![](https://img.wattpad.com/cover/344084904-288-k632744.jpg)
YOU ARE READING
NEKO [Slow Update]
FantasyGENRE (FANTASY/ROMANCE/HUMOR/ACTION) Kucing jadian di sebelah rumah. Keadaan semakin hilang kawal apabila Iris terpaksa menyewa di sebuah kediaman apartment untuk mencari kerja. Kehidupannya yang lahir daripada broken family membuatkan dirinya teras...