Bab 16: Anoreksia Nervosa

1.8K 49 7
                                    


He didnt just hate his brain though. He hated his body. He hated his life. Not cause it was bad but because when you hate you brain and your body. It's hard to enjoy the rest.

Khairi hanya terpuruk didalam bilik. Matanya berkaca memandang kearah hujan lebat dari luar bilik.

Lembam. Gemuk. Itu saja perkataan hinaan yang masih berulang menghantui mindanya. Mungkin bagi sesetengah orang itu hanyalah perkataan sementara yang akan lenyap ditelan masa.

Tidak bagi dia. Perkataan itu seperti kaset cd di mindanya. Menusuk dan menyeksanya sepanjang hidup.

Dia merenung menatap langit biru di tingkap. Mungkin bakatnya dalam menulis merupakan satu anugerah. Anugerah ketika dia mencintai Mina suatu masa dahulu.

Asalnya ingin sekali dia dedikasikan kisah cintanya kepada Mina menggunakan anugerah itu. Namun pengkhianatan gadis itu membuatkan anugerah bakatnya dalam berkarya seakan kutukan.

"Saya-minta maaf." Mina menegur takut melihat lelaki itu berselubung dalam selimut.

Tidak berbalas.

"Macam la maaf kau boleh putar balik masa." Balas Khairi pendek.

Mina diselubungi rasa bersalah. Dia mengambil tempat duduk bersebelahan lelaki itu di katil.

"Hanya sebulan kan? Buat la apa yang kau nak sesuka hati kau. Ambil duit yang kau nak tu gi ubatkan mak kau. Kemudian blah dari rumah aku." Khairi kembali menutup wajahnya menggunakan selimut.

Dia sudah tawar hati.

"Pasal cerai tu-" belum habis Mina menghabiskan ayat.. percakapannya dipotong.

"Tak ada siapa yang paksa kau dalam perkahwinan ni. Aku takkan halang kau nak blah." Cantas Khairi.

Mina mengetap bibir. Mula serba salah.

"Saya taknak bercerai." Balas Mina.

"Kenapa? Sebab semua orang kat negara ni dah benci kau? Kau dah tak ada tempat bergantung?" Soal Khairi.

"Benci sangat ke awak pada saya?" Mina bertanya.

"Tuhan je yang tahu macam mana aku benci kau. Aku harap kau terbakar dalam neraka! Aku bayangkan aku dah bunuh kau berjuta kali dalam imaginasi aku!" Lelaki itu mengherdik.

"Maafkan saya. Tak boleh ke kita mula balik semula?"Mina tidak mengalah. Air matanya mengalir laju.

"Aku taknak dengar alasan kau. Aku bagi tempoh masa sebulan. Cukup sebulan berambus!!" Bantal dibaling kearah Mina. Dia kembali berselubung.

Bagai dihiris sembilu, hatinya remuk redam. Mina berbaring di tepi lelaki itu. Mengapa lelaki itu terasa jauh walaupun jarak yang memisahkan sangat dekat. Perlahan Mina terlelap.

°°°°

Sepuluh biji pil Laxative dimasukkan ke dalam mulut. Rasa loya menerpa. Tekak dipegang. Kesemua makanan yang dimakan dimuntahkan semula.

Bayangan diri di cermin dilihat semula. Semua yang dia nampak dia masih gemuk seperti dulu.

Penimbang berat dicapai semula. Dia cuba melihat berat badannya.

45 kg?

"Shit." Goal nya adalah 40 kg. Ini semua salah makanan ibunya yang terlalu sedap.

Dua biji Laxative diambil lagi lalu ditelan. Dia perlu memuntahkan semua isi perutnya.

Kepalanya mula pening. Pernafasannya terasa sempit. Yang dimuntahkan hanya buih.

Dunia terasa berpusing. Sakit dada mula menyerang. Cuba memanggil siapapun namun kerongkongnya tersekat.

Bunyi muntah dah batukan dari tandas membuatkan Mina terjaga dari lena yang panjang.

"Khairi?"Mina mencari.

Dia tersentak apabila lelaki itu rebah didalam tandas.

"Awak? Kenapa ni?!" Pantas lelaki itu didapatkan. Mulut lelaki itu berbuih. Khairi tidak sedarkan diri. Di tangan lelaki itu mengenggam beberapa biji pil.

Mina panik. Dia tidak tahu apa yang perlu dibuat. Sebotol ubat di sinki diamati.

Laxative.

"Ubat apa yang awak makan ni?" Kepala lelaki itu dipanggung. Pipi Khairi ditepuk beberapa kali.

Tiada reaksi.

"Tolong!! Mak!!" Mina menjerit. Dia tidak tahu apa perlu dilakukan.

Kepala Khairi diletakkan. Dia mula keluar mendapatkan Puan Rohana.

"Mak!" Mina berlari menuruni tangga mencari ibu mertuanya.

"Eh kenapa dengan kau ni? Memekik mekik?" Puan Rohana yang muncul dari dapur menegur.

"Mak..Khairi..dia." Mina tercungap mencari nafas. Perempuan separuh abad itu mula berlari menuju ke bilik.

"Anak mak!" Puan Rohana memeluk anaknya.

"Tadi saya bangun lepastu terus jadi macam ni..." Mina mula cemas. Dia mundar mandir takut.

Ppang!

Pipi Mina ditampar Puan Rohana kuat sehingga gadis itu terduduk.

"Kau cuba bunuh anak aku kan?!" Herdik ibu mertuanya.

"Mak...Tak! Dia yang makan ubat tu kemudian pengsan." Mina menafikan tuduhan.

"Eh aku tak percaya la cakap kau! Kau ni budak juvana. Perempuan jahat! Tah-tah kau racun anak aku!" Rambut Mina mula ditarik ibu mertuanya.

Mereka mula bergelut.

"Makkk! Lepaslah!" Rambut yang dicengkam ibu mertuanya cuba dilepaskan namun semakin kuat perempuan tua itu membelasahnya.

"Kau sebenarnya nak harta anak aku kan! Sebab tu kau bunuh dia!" Jerkah ibu mertuanya lagi.

Bunyi bising dari tingkat atas menarik perhatian Qush. Lelaki itu merempuh pintu bilik. Terperanjat melihat Khairi terbaring tidak sedarkan diri. Puan Rohana dan Mina pula saling bercakaran.

Qush mendail nombor kecemasan.

°°°°

"Overdose by excessive consumption of Laxative." Diagnosis doktor itu membuatkan Mina terkejut.

"He is underweight maam. Sebelum ni dia ada muntah ke lepas dia makan? Tinggi 180cm tapi berat hanya 45kg." Soal doktor itu menggeleng-geleng.

Mina mengangkat bahu tidak tahu. Lelaki itu sangat berahsia dengannya. Tidur pun tidak sebantal. Manalah dia tahu semua itu.

"We found bruise inside of his upper palate. Plus he take Laxative too. This is sign of Anorexia Nervosa." Jelas doktor itu.

"Anokresia Nervosa?" Mina termangu. Tidak faham akan bahasa saintifik itu. Penyakit barukah?

"Apa tu?" Soal Mina lagi.

"Penyakit ini dari psikologinya seseorang itu merasakan dirinya gemuk sedangkan dari zahirnya tidak. Dia akan menahan diri dari makan. Kalau makan pun dia akan memuntahkan balik. Puncanya boleh jadi tekanan masa lampau. Social isolation. Previous bullying from peers." Jelas doktor itu lagi.

"Ini semua salah kau. Puncanya kau. Anak saya dulu sihat saja doktor. Berat badan ketika sekolah menengah dalam 100 atau 150 kilogram. Disebabkan betina ni. Anak aku jadi macam ni!" Puan Rohana memarahi Mina dihadapan orang.

Mina tergamam. Seteruk itukah kesan pengkhianatannya pada lelaki itu?

"Betina ni pembuli! Eh kalau kau orang semua nak tahu! Dia ni sebab anak aku begini! Dia cuba bunuh suami sendiri!!" Puan Rohana mula menarik perhatian orang ramai.

Ramai mula berbisik mengeji Mina. Kenal benar dengan sosok yang menjadi sebutan dalam masa semalaman.

Mina menunduk. Mengapa lelaki itu bersakit-sakit kerana dirinya? Sedalam itukah sayang Khairi padanya dahulu? Dia mula gusar.

-

Dear Dictator [Completed] ✓Where stories live. Discover now