Gambar Qush bersamanya diperhati lama.
Khairi memejamkan mata. Air matanya bergenang. Dadanya dipegang kerana sakit.
Qush sudah bersamanya tatkala suka dukanya. Ini semua sebab Mina! Kerana Mina,nyawa Qush direnggut.
Sangkanya Mina takkan menyakitinya selepas mendengar pengakuan tulus bahawa perempuan itu mencintainya.
Perempuan itu sama saja! Semua tentang perempuan itu adalah dusta!
Disebabkan itu dia menghantar Mina jauh. Biarlah terpisah benua. Memikirkan hakikat Mina bernafas udara yang sama dengannya sudah cukup membuatkan dia jijik.
Esakan mula terkeluar dari mulutnya. Khairi menangisi pemergian Qush. Bertahun lamanya segala kesusahan yang ditempuhi bersama Qush.
"Tak guna. Mina!!" Lelaki itu bangun lalu mencabut gambar perkahwinan mereka di dinding.
Dia kemudiannya membanting gambar perkahwinan itu sehingga pecah berderai.
Tidak kisah lagi kaca yang melukai kedua tangannya.
Air matanya jatuh bercampur darah dari tangannya tepat ke potret Mina yang tersenyum dalam gaun pengantin.
°°°°
United States
Purnama berganti purnama. Mina mengelus perutnya yang sudah membesar sehingga dia sesak untuk bergerak.
Dia dibiarkan terkontang-kanting di negara orang. Tanpa satu bahasa pun yang dapat dia fahami. Berkat belas kasihan seorang perempuan tua berkulit hitam melihatnya yang tidur di kaki lima. Dia diberi pekerjaan sebagai waitress di bar.
"Sir. Here." Tangannya bergetar memegang dulang berisi lima gelas bir.
"Sorry." Perutnya yang membesar bersama dengan tangannya yang bergetar menyebabkan gelas-gelas itu jatuh ke lantai.
"Bloody hell." Salah seorang Mat Saleh terkejut tika bir itu tumpah kesemuanya.
"S-sorry Sir!" Mina tergagap. Dia tidak begitu fasih dalam bahasa itu. Tidak tahu cara untuk mempertahankan diri.
"What's the matter?" Soal seorang manager berbangsa Mexico.
"Sorry sir. I-"Mina menggeleng kepala. Lidahnya kelu. Bahasa itu terasa payah. Otaknya ligat memikirkan kata yang sesuai.
"Why are you even let this dumb asian work here? She can't even do one work! Where are your husband huh?" Bebel pelanggan itu mula mengamuk.
Semua mata tertumpu padanya. Mina melihat sekeliling takut-takut.
"Forgive me Sir. I don't know -" Mina tergagap perlahan.
Lelaki kaukasia yang melihat tingkah Mina terhegeh-hegeh membuatkannya berang.
"Do you know how much my pants cost? This is fucking Hermes and now you messed it up girl!" Marah lelaki itu lagi.
Mina mula mengecilkan diri. Terasa mahu terkucil. Perutnya mula sakit. Dia menekan ari-arinya yang perit bagai ditusuk.
"Where ya going bitch!?"Lelaki itu mula meruap melihat Mina cuba beredar pergi. Cepat dia menarik lengan Mina. Tangan diangkat untuk menghadiahkan penampar. Mina menutup mukanya elak ditampar.
Belum sempat penampar dilepaskan,tangannya dihalang seorang lelaki.
"Enough." Kata lelaki yang menahannya itu.
Mina menurunkan tangan yang menutupi wajah. Jantungnya bergendang hebat melihat Khairi dihadapannya.
Dia berundur beberapa tapak. Bagaimana lelaki itu dapat menjejakinya di bumi Amerika yang luas ini?
ANDA SEDANG MEMBACA
Dear Dictator [Completed] ✓
Romance[KARYA KEDUA] Antara dendam dan kasih yang tak diundang, mampukah dua hati yang pernah hancur menemui erti cinta semula?
![Dear Dictator [Completed] ✓](https://img.wattpad.com/cover/249291455-64-k980621.jpg)