Bab 53: Kucupan

2.4K 57 7
                                    


Puan Rohana memegang dadanya yang berdebar.

"Mak nampak hantu ke tadi? Macam mana perempuan tu boleh ada kat sini? Bukan ke-" Perempuan itu bingung sendiri.

Dia tidak sempat bertemu dengan pengasuh baru Hana kerana dia pulang ke kampung halamannya berbulan-bulan.

"Jangan cakap perempuan tu-" Puan Rohana mula membuat telahan. 

"Mina..dia pengasuh baru Hana." Balas Khairi memerhati Mina dari jauh mendukung anaknya.

"Tapi bukan ke dia kemalangan-" Puan Rohana masih tertanya.

"Khairi pun tak faham mak..Mina hilang ingatan. Tapi entah macam mana. Dia datang temuduga untuk ganti pengasuh Mina." Lelaki itu menjelaskan.

"Dah tu kenapa kamu ambil dia jadi pengasuh? Kamu tahu kan dia siapa-" Puan Rohana masih terkejut. Bungkam melihat Mina.

Khairi mengeluh kasar.

"Mak.. sudah-sudahlah. Mak tak sedar ke apa yang kita dah buat kat Mina. Kita dah rampas anak dia-" Khairi mahu ibunya sedar.

"Dia dah bunuh kamu. Dia cuba bunuh kamu dulu. Dia bukan perempuan yang baik. Eh jampi apa dia bagi kat kamu sampai kamu gilakan dia sampai sekarang ni ha?" Kata Puan Rohana tidak berpuas hati.

"Macam mana dengan kita? Apa beza dia dengan kita? Sebab Khairi..dia kemalangan. Sebab kita..dia hidup tak ada hala tuju cari identiti. Sebab kita..dia tak kenal siapa anak, siapa suami dia. Mak tak puas lagi ke tengok dia merana?" Lelaki itu berharap ibunya faham.

"Pecat dia. Alang-alang hilang ingatan. Jangan buat aku ulang dua kali." Puan Rohana bertegas tidak mahu mengalah.

"Dia ingat kita mak. Dia ingat Khairi." Khairi menunjuk dirinya.

Puan Rohana mengerutkan dahi bertambah terkejut.

Khairi memandang semula kearah Mina yang menyapu bedak ke wajah Hana.

Memori Mina terhenti ketika mereka belasan tahun. Mina tidak mengingati apapun selepas itu.

"Buka mulut." Mina menyuruh Hana.

"Aaaa." Hana membuka mulut.

Mina mengoles gincu ke bibir kecil budak itu.

"Comelnya!" Mina mencubit pipi anaknya.

Dia kemudiannya turut mengoles gincu ke bibirnya.

Video tutorial makeup diikut satu persatu. Concealer diletakkan dibawah mata lalu di blend. Mina turut melakukan perkara sama kepada Hana.

Eyeliner dilorekkan di hujung mata Hana dan dirinya.

"Cantik tak?" Soal Mina melekapkan kedua pipi mereka lalu melihat kearah cermin.

"Tantik!" Hana mengangguk lalu tersenyum suka.

Puan Rohana yang memerhati mereka berdua bersolek mula dihantui rasa bersalah. Bagaimana jika anaknya dirampas darinya dan menghabiskan separuh hayat mencari identiti sendiri.

°°°°

"Woooh cantiknya." Mina memuncungkan bibirnya lalu melihat kearah cermin. Solekan tebal itu melitupi wajah ayunya. Sengaja dia mengenakan baju tipis untuk menampakkan lekuk badannya.

Dia perlu mendekatkan diri dengan lelaki itu. Hatinya gusar. Bagaimana jika lelaki itu berbalas mesej dengan perempuan muda tempoh hari?

Mina mencari kelibat lelaki itu sekitar rumah.

"Mana duh?" Mina membuka perlahan pintu bilik bacaan lelaki itu.

Kelihatan Khairi sibuk bermain telefon didalam bilik bacaan.

Dear Dictator [Completed] ✓Where stories live. Discover now