Bab 62 : Tindih

2.5K 49 12
                                    


Mina termenung melihat embun pagi yang menitis di balik tingkap bilik. Dingin mula meresap ke tubuh.

"Mama..ana lapa~" Hana menarik hujung baju ibunya.

"Lapar? Alolo baru pukul 7 pagi. Kedai tak buka lagi." Mina mencuit hidung Hana.

Hana mencebik. Perutnya berkeroncong.

Mina berjalan ke dapur. Langkahnya terhenti di hadapan bilik Hana. Semalam Khairi pengsan didalam pelukannya. Lelaki itu dibiarkan tidur dalam bilik Hana.

"Tch. Mengada!" Mina berdecit. Tidak mahu memberi muka kepada lelaki itu.

Bau harum bihun goreng semerbak menarik perhatian Mina ke dapur.

Mina menapak ke dapur. Kelihatan pintu peti ais dibuka dan seseorang sedang mencari sayuran di bahagian bawah.

"Mak? Mak ke yang masak semua ni. Sedapnya." Mina menegur lalu menyuap bihun goreng kedalam mulut.

Soalan dibiarkan tidak berjawab. Mina sibuk mencucuk ayam didalam bihun lalu dimasukkan ke dalam mulut.

"Mak..Khairi tidur rumah ni kejap ya. Lupa nak bagitau mak. Nanti Mina halau dia. Dia takkan lama kat sini. Semalam jatuh pengsan pulak..masalah lah dia tu." Mina berbual lagi.

Perbualan itu tidak bersahut. Mina hairan.

"Mak?" Mina memanggil dan mendekati.

Kelihatan Khairi bangun di sebalik pintu peti ais sambil memegang telur di tangan. Ingatkan maknya tapi sebaliknya dia berbual dengan Khairi.

Mina bengang.

"Apa kau buat dalam dapur aku hah?" Mina berpeluk tubuh.

"Masak?" Balas Khairi meneruskan kegiatannya memecahkan telur ke dalam kuali.

"Siapa benarkan kau masak ni? Aku dah bagi kau peluang tidur rumah aku kejap. Dah cukup bagus! Keluar!" Mina menampar bahu Khairi.

"Apa ni? Sakitlah!" Khairi mengelak.

"Keluarlah! Keluar!" Bahu lelaki itu berterusan ditampar.

"Mama.." Hana yang berdiri memandang mereka memanggil.

"Ana lapa~ nak tu.." Hana menunjuk kearah sepinggan bihun goreng.

"Takyah. Mama nak buang. Kita beli baru je." Mina mula mengangkat piring itu.

"Tak payah lah buang. Rezeki tu." Tegur ibunya yang muncul dari belakang.

Mina menoleh. Ibunya mengatur langkah kedalam dapur.

"Nak rasa juga boleh ke?" Ibu Mina berbasa basi.

"Ohhh boleh-boleh!" Khairi mencedok bihun goreng miliknya lalu diberikan kepada ibu mertuanya.

Perempuan tua itu mula menjamah makanan tersebut.

"Sedapnya." Khairi dipuji.

Mina memeluk tubuh sambil melihat kearah lain.

"Mak makan di meja dulu ye. Hana jom." Ibu Mina mula memimpin tangan cucunya ke meja makan dan berjalan keluar dari dapur.

Khairi tidak mempedulikan Mina. Lelaki itu membasuh garfu dan sudip yang digunakannya.

Kuali yang bersisa dimasukkan juga ke dalam sinki.

"Apa yang kau nak sebenarnya ni?" Mina mula menyoal.

Sudu dan garfu disusun. Soalan Mina tidak dijawab.

"Khairi..aku tanya kau nak apa sebenarnya?" Mina menolak bahu lelaki itu menggunakan jari telunjuk.

Dear Dictator [Completed] ✓Where stories live. Discover now