Khairi tersandar. Tika melihat Danish melutut merayu pada Mina. Dia teringat akan dirinya berbelas tahun dahulu.Saya perlukan awak. Awak segalanya bagi saya. Saya tak boleh hidup tanpa awak.
"Aku perlukan kau Mina. Aku tak boleh hidup tanpa kau Mina." Danish mengulang.
Khairi mencapai hoodie hitamnya. Segalanya terasa berselirat. Dejavu menghantui dirinya. Dia nampak dirinya dalam diri Danish.
Traumanya bangkit semula.
Hati Khairi mula memberat. Dia faham akan rasa sakit itu. Rasa sakit ketika ketulusannya dikhianati.
Khairi mengambil kunci kereta yang ditinggalkan di atas lantai lalu berjalan keluar. Ingin pergi dari kebingitan ironi dan dejavu bercampur trauma yang mengaburi pandangan.
"Khairi..nak pergi mana?" Mina mula mengejar langkah Khairi yang membuka pintu kereta sedannya.
"Jangan buat macam ni pada dia Mina. Kau mungkin tak faham rasa sakit tu. Tapi aku faham sebab aku pernah telan bulat-bulat rasa tu." Khairi mula masuk ke dalam perut kereta.
Mina yang terkejut dengan perubahan mendadak Khairi menahan pintu kereta.
"Khairi..jangan pergi. Aku dah buat macam kau nak." Mina memegang stereng kereta itu.
"Mina..pergilah. Dia lagi perlukan kau berbanding aku. Aku taknak sakitkan orang demi kepuasan sendiri. Aku bukan orang macam tu." Khairi melepaskan tangan Mina dari stereng.
"Khairi..kau sendiri yang taknak kami kahwin. Kenapa sekarang kau berubah?" Mina hairan.
"Pergilah dengan dia. Kau tak nampak ke Mina? Dia ikhlas dengan kau. Sama macam aku merayu pada kau berbelas tahun dulu. Aku tak sama macam bekas teman lelaki kau Mina. Aku masih ada hati perut. Anggap apa yang kita buat sebelum ni cuma kesilapan." Khairi menutup pintu kereta.
Enjin dihidupkan.
"Khairi..taknak. Aku taknak kahwin dengan dia. Aku mahukan kau. Hanya kau suami aku. Aku taknak orang lain." Mina menggeleng. Tingkap kereta ditampar.
Khairi menggeleng. Mindanya mula berkecamuk menggambarkan masa silam. Dia tak mahu orang lain mengalami luka yang sama seperti yang dirasainya.
"Khairi..kau nak pergi mana? Bawalah aku pergi sekali. Kita pergi jauh dari sini. Aku nak jadi isteri kau semula. Jangan tinggalkan aku. Jangan buang aku lagi Khairi." Rayu Mina.
Dia tergilakan lelaki itu.
"Mina..kau pun dah ada harta. Kau ada semuanya. Jangan sakitkan orang lain lagi. Sebab aku sayang kau aku lepaskan kau Mina. Aku taknak orang lain sakit sebab kita. Tolong..faham aku." Khairi menutup tingkap.
Pedal minyak ditekan meninggalkan Mina.
Mina menggeleng. Dia sukar menerima hakikat. Lelaki itu sudah memahatkan nama dalam hatinya.
Mina berlari kedalam rumah. Kunci kereta diambil. Dia mula meloloskan diri kedalam kereta BMW putih miliknya.
Petir mula sabung menyabung. Hujan mula turun dengan lebatnya.
Khairi memandu laju keretanya. Suaranya menangis dan merayu berbelas tahun dahulu bermain kuat di telinga. Hatinya terluka semula.
Melihat keadaan Danish merayu pada Mina membuatkan mindanya seakan berperang. Air matanya meluncur.
Radio dikuatkan. Dia mahu memadamkan segala kenangan pahit ketika di sekolah dahulu. Dia ingin memadamkan semua tentang Mina.
Lagu I love you so nyanyian The Walters bergema kuat.

YOU ARE READING
Dear Dictator [Completed] ✓
Romance[KARYA KEDUA] Language : Malay Fat and naive boy, Khairi is trapped in dangerous game which leads Mina,a popular girl and queenbee dared to be in relationship with him for one month. Khairi is deeply in love with Mina but when situation takes a tu...