Topik tentang Mina kembali hangat dibangkitkan. Belum sampai setengah hari. Cerita tentang mereka ditangkap basah tanpa ikatan perkahwinan dipersoalkan semula di media.
"Maknanya kami akan berkahwin kan pakcik?" Mina memeluk lengan Khairi erat sudah teruja. Dibiarkan sahaja mata-mata di pejabat agama melihatnya janggal.
"Tak semestinya. Seseorang yang ditangkap khalwat akan didenda tiga ratus ringgit atau penjara selama 3 bulan." Jawab pegawai jabatan agama itu agak hairan melihat Mina terkinja-kinja.
Mina ternganga. Penjara?
"Maknanya kami tak perlu kahwin?" Mina mula gusar. Bukan ini yang dia rancangkan? Kepala digaru.
"Bukan ke dalam drama. Kalau kena tangkap basah memang kena kahwin?" Mina bertanya polos lagi.
"Itu drama cik. Realitinya lepas bayar denda. Baliklah. Ke awak nak masuk penjara?" Pegawai jabatan agama itu menyoal lagi.
Mina menggeleng laju. Tetapi..dia mahu berkahwin dengan lelaki itu! Mina menoleh kearah Khairi.
Lelaki itu menatal telefon pintar sambil memicit dahinya. Wajah Khairi tegang. Berita lama tentang Mina dan dirinya mula muncul semula di suapan utama media sosialnya.
Mina mengigit bibir malu. Terasa dirinya bodoh kerana melakukan tindakan melulu. Tuala yang menutup bahagian bahu diperbetulkan.
"Semua tengah bercakap pasal kau." Khairi menyerahkan telefonnya kepada Mina.
Mina menatal telefon lelaki itu. Kelihatan video dirinya dan Khairi tertangkap didalam bilik hotel. Komen-komen jahat mula membanjiri.
"Macam mana ni?" Mina mula gusar. Kuku digigit. Dia mula risau.
"Kenapalah kau tak fikir panjang Mina?" Khairi meletakkan kedua belah tangan diatas meja lalu memicit dahinya.
Tangan Mina bergetar tatkala melihat komen jahat itu menghinanya mempersoalkan asal usulnya mengungkit masa silamnya.
Air mata Mina mengalir. Esakan kecil kedengaran.
"Kenapa nangis ni?" Khairi memegang kedua belah pipi Mina. Risau jika soalannya melukakan Mina. Air mata Mina diusap.
Mina menggeleng.
"Aku takut. Cara dunia pandang aku lepasni. Aku benci semua kutukan diorang. Aku cuma nak kan kau Khairi. Kenapa susah sangat jalan untuk aku dapatkan kau?" Mina meluah.
Khairi perlahan memeluk Mina.
"Kenapa?" Mina menyoal lagi.
"Aku bukan taknak kahwin dengan kau. Aku taknak penting diri pisahkan kau dengan semua orang. Sebab kita kahwin..kau putus hubungan dengan mak kau." Ujar Khairi.
Mina mengelap air matanya.
"Aku sanggup korbankan semua. Harta yang aku ada. Kehidupan yang aku lalui. Asalkan aku boleh kahwin dengan kau semula." Mina bersungguh-sungguh.
"Tolonglah. Aku cintakan kau. Kau nak aku belah dada aku tunjuk betapa aku cintakan kau?" Mina memeluk erat Khairi.
"Jadi suami aku semula. Jadi ayah kepada Hana semula." Mina mencium berulang kali kedua tangan lelaki itu.
"Fine. Kita nikah. Dari nak biar orang mengata kau, aku dan anak kita." Khairi akhirnya menuruti kemahuan Mina.
Biarlah kali ini dia penting diri demi menjadi cinta hati Mina semula.
"Betul?" Mina memegang dadanya. Lega kerana kali ini Khairi memberinya peluang kedua buatnya untuk menjadi isterinya semula.
Pegawai jabatan agama yang melihat hanya menggeleng kepala melihat drama dua orang dihadapannya ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
Dear Dictator [Completed] ✓
Romance[KARYA KEDUA] Antara dendam dan kasih yang tak diundang, mampukah dua hati yang pernah hancur menemui erti cinta semula?
![Dear Dictator [Completed] ✓](https://img.wattpad.com/cover/249291455-64-k980621.jpg)