Kejutan - 20

2.3K 124 29
                                    

Sampai sahaja ke tanah air sendiri, Uqasha dan Amir gelabah mencari kedai yang mempunyai jualan nasi.

Nasi di sana tidak kena tekak, manislah, pedas manis bagailah. Memang tak masuk langsung dengan tekak melayu mereka.

"Abang. Kita pergi kedai nasi tomyam haritu lah" digoncang lengan Amir sedikit kuat. Walaupun hari sudah berginjak malam, nak atau tak, perut mereka perlu diisi terlebih dahulu.

"Eh cakap haritu tak sedap" atas bawah dikerlingnya Uqasha. Kalau boleh dirakam moment itu, memang ditunjuk kepada Uqasha.

"Haritu, tapi tiba-tiba sayang jadi teringin sebab siakap steam dia sedap" perutnya diusap-usap. Terbayang ikan siakap steam terhidang cantik dihadapannya.

"Hey little pie" suara Darren mengganggu ketenteraman pasangan itu. Memang menjadi tugasnya untuk mengambil mereka berdua di lapangan Terbang Senai Johor. Jimat parking kereta.

"Haii Darren!" Ceria sahaja wajah Uqasha sambil melambai tangannya kearah Darren. Gembira dengan kedatangan Darren Saeed. Lelaki yang banyak membantunya ketika dia dalam dilema inginkan Amir selain abangnya.

"Little pie dah makan?" Soal Darren ramah kepada Uqasha.

Memang sejak pertama kali dia bertemu dengan Darren, sudah ramah begitu. Senang bergaul, watak yang dibawanya juga mudah menyenangkan hati orang sekeliling. Ceria.

"Belum. Nak ajak Amir makan dekat kedai tomyam haritu" genggaman tangan yang bertaut diayunkan perlahan.

Amir hanya menjeling Darren dari tadi, matanya sempat dikecilkan memberi amaran.

"Nak menggatal pun jangan depan suami. Orang utara cakap merela" Amir mengetap bibirnya geram. Genggaman yang bertaut diketatkan lagi, macam tiada orang lain nak main manis-manis begitu. Dengan isteri dia jugalah nak buat demikian.

"Mqela" tak puas hati dengan sebutan Amir. Orang cakap tak cukup qolqolah.

"Apadia mqela tu?" Dahi Darren berkerut sehingga keningnya bertaut rapat. Wajah Amir dan Uqasha dipandang bersilih ganti.

"Gatal. Kau gatal, aku bagitau mak kau" seloroh Amir.

Kedua belah tangannya disilangkan ke dada. Jelas terlihat bicepsnya semakin membesar dek tangannya disilangkan begitu.

"Kau agak-agak, mak aku dalam tanah tu dengar tak kau mengadu?" Darren melihat jalan tar terbayangkan tanah kubur.

"Aip! Sudah-sudah. Sekarang ni Uqasha lapar. Nak makan" bagasi merah jambu miliknya ditarik meninggalkan dua orang jejaka yang sakan bergaduh melibatkan orang tua Darren. Tak bermoral langsung nak gaduh.

"Little pie! Jangan tarik bagasi tu, biar Darren tolong bawa" lidahnya dijelir kepada Amir. Seronok menyakat rakannya.

"Wujud rupanya lelaki menyundal" Amir berbisik perlahan. Mesra bukan main dengan Uqasha, siap tolong tarikkan bagasi yang bersaiz 20inci itu. Sedangkan dia perlu menarik dua bagasi seorang diri.

———

"Alice! Sini makan" makanan berjenama Royal Canin dituang sedikit ke dalam bekas berasingan lalu dicampur dengan snack booster perisa ayam kegemaran mereka untuk menambahkan nafsu makan.

Bunyi loceng semakin kuat kedengaran sehingga ke bekas makanan di berlari. Walaupun baru diberi makan dua jam yang lalu, tapi kucing itu tetap dengan perangai drama queen seperti Uqasha tidak memberi makan seharian.

"Makan elok-elok ye sayang, jangan gelojoh" diusap lembut dua ekor kucing berbadan gemuk itu. Sejak pindah ke rumah Amir, dia sudah gemar bermain dengan kucing. Ada juga peneman ketika dia di dalam rumah.

Aura Bawah Umur | CWhere stories live. Discover now