Gaduh bahasa - 6

2.8K 138 13
                                    

"Uqasha Zahra?" Bangun pagi sahaja tubuh isterinya tidak kelihatan.

Jam di dinding diperhatikan. Sudah masuk jam 11 pagi. Selalunya selepas subuh dia sudah berjaga awal pagi masak sarapan. Tapi disebabkan badannya terlalu letih, selepas subuh sambung tidur sampai terlajak pula jadinya.

"Awal pulak budak ni bangun" katilnya dikemas rapi sebelum mandi. Malas-malas kakinya melangkah ke bilik air untuk mandi. Penat masih lagi berbaki di badannya.

Pili air dibuka lalu seluruh tubuh badannya dibasahi oleh air yang telah ditetapkan suam. Tak suka mandi air sejuk, keluar dari bilik air kena hadap penghawa dingin yang sudah sedia sejuk.

"Macam mana aku nak cakap dekat dia aku tak cintakan dia" kepalanya ditunduk memandang lantai jubin berwarna kelabu itu.

Nak atau tidak dia perlu mencari cara untuk mencintai isterinya. Sejak kejadian dia ditinggalkan oleh wanita yang dicintainya, dia sukar jatuh hati pada wanita lain. Trauma. Risau hatinya bakal disakiti sekali lagi.

———

"Awak! Saya buat pancake" Uqasha meletak sekeping pancake diatas pinggan hadapan Amir bersama air milo. Sedikit coklat cair dituang keatas pancake.

Dua tu sahaja yang dia paling cekap buat. Nasib bahan nak memasak ada dirumah. Kalau tidak pokok pangkalnya dibiarkan Amir kebulur awal pagi.

Mata Amir tertancap pada bahagian kucing. Semuanya kemas, bersih. Semalam badannya terlalu letih tak sempat nak alihkan perhatian pada kucing.

"Kau kemaskan tandas kucing? Bagi kucing makan?" Soalnya tidak percaya. Mati-matian dia ingat Uqasha anti kucing kerana reaksinya semalam.

"Haah, bersepah sangat" jawab Uqasha ringkas lalu mengambil seekor kucing berwarna oren lalu diletakkan atas ribanya. Kepala kucing itu dibelai lembut.

"Yang ni nama dia Felix, dia manja, banyak bunyi. Macam kau" sedikit pancake disuap selamba kedalam mulutnya. Matanya dijeling sedikit pada Uqasha yang sudah mengerutkan keningnya.

"Yang sekor lagi warna putih, Alice. Yang tu pun manja, cuma tak suka dibelai" seekor kucing yang berada di kakinya digosok menggunakan ibu jarinya.

Walaupun dah berbekas kakinya dengan cakaran Alice tapi dia tak pernah serik dengan segaris luka.

"Ooo patut tadi saya nak belai dia, dia elak" Uqasha hanya mengangguk faham. Keadaan riuh ketika dia memasak tadi menambahkan pening kepalanya. Sekejap kucing naik atas meja, sekejap kakinya dililit. Hampir terjatuh nak cium bucu meja dibuatnya.

Biasalah kucing, queen of drama.

Berperang di dapur seorang diri tanpa menyusahkan Amir. Tak mahu mengganggu suaminya sebab Amir tidur terlalu nyenyak.

"Aku nak tanya kau ni" pancake yang sudah habis dijamah ditolak pinggan itu kehadapan sedikit. Uqasha hanya berpaling wajah tanda mengiyakan soalan Amir.

"Kenapa orang utara kalau bercakap kena ada qolqolah tu? Tak sakit tekak ke?" Soal Amir sambil memerhati isterinya yang leka bermain dengan kucing.

"Qolqolah? Maksud awak? Uqasha beralih perhatian pada suaminya pula. Entah apa-apa soalan merepek yang ditanya waktu pagi macam ni.

"Yelah, satu family awak cakap bakaq, sayuq. Apa lagi yang ada? Satiaq? Cuciaq? Lepastu ada satu lagi aku tertanya, bletiaq tu apa?" Pelbagai perkataan pelik menyinggah di telinga Uqasha. Ternganga mulutnya mendengar celoteh Amir dengan bahasa Utara.

Terbahak-bahak Uqasha melepaskan ketawanya. Entah apa lagi perkataan pelik yng akan keluar dari bibir Amir.

"Bletiaq tu membebel. Cuciaq dengan satiaq tu awak dengar mana? Benda apa tu?" Senyuman manis masih mekar dibibirnya. Entah utara belah mana suaminya pergi, Perlis dan Kedah yang lebih pekat berbanding Pulau Pinang pun tidak pernah mengeluarkan perkataan itu.

Aura Bawah Umur | CWhere stories live. Discover now