Spy - 38

1.6K 96 5
                                    

"Kau dengan Amir macam mana? Okay?" Soal Irsyad sebaik sahaja dia melabuhkan punggung pada kerusi restoran berhadapan dengan Uqasha. Ibunya yang berusia lima puluh sembilan tahun hanya tersenyum melihat Uqasha sambil mengambil tempat disebelah Uqasha. Terpegun, pertama kali melihat wanita itu dengan mata sendiri. Tak dinafikan, Uqasha memang cantik luaran.

"Okay je" balas Uqasha ringkas. Tangannya dihulurkan kepada Mak Teha. Hulurannya dibalas mesra bersama senyuman manis. Tak lepas Mak Teha merenung wajah Uqasha. Bagai ada satu gam pula yang terlekat untuk melihat wajah Uqasha ketika itu. Hanya senyuman segan sahaja Uqasha berikan. Malu ditenung begitu.

Risau dah tua-tua suka sejenis.

"Cantik Uqasha, patutlah Irsyad cakap nampak macam kanak-kanak. Kecil je orangnya, patutlah Amir sayang sangat" puji Mak Teha lalu dipandang Irsyad dan Uqasha bersilih ganti. Terpancul senyuman dibibirnya.

Kembang kempis hidung Uqasha dengan pujian begitu. Naik melambung malu Uqasha apabila dipuji. Malu tak terkata bersama pipinya naik merona kemerahan.

"Biasa-biasa je makcik" segaris senyuman dihadiahkan sehingga terpancul garisan gigi Uqasha yang teratur cantik. Handbag yang elok terduduk sengaja diperbetulkan menahan malu. Tak sanggup nak bertentang mata dengan Mak Teha.

"Amir mana?" Mak Teha memulakan topik sambil lehernya dipanjangkan mencari kelibat lelaki itu. Namun hampa, tiada.

Jari Uqasha yang sibuk membuat kerja terus menjadi pegun seketika. Tak kan nak ajak suami jumpa musuh pula, kena buka gelanggang WWE nanti. Tak memasal masuk berita seorang arkitek masuk penjara.

"Haah, dia cuti kan harini? Tak ajak sekali?" Giliran Irsyad pula menyoal.

Damn! Petanda buruk bakal berlaku hari ini. Bagai ada kilat pula menyambar diwaktu tengahari begitu. Tersentak hatinya disoal begitu. Kelu. Lidah tak mampu membelitkan kata-kata.

"A-amir ada ke-kerja sikit" tergagap-gagap Uqasha menjawab persoalan mereka berdua. Inikah dinamakan kifarah menipu suami?

"Owh, biasalah tu arkitek. Sibuklah memanjang" Irsyad hanya mengangguk faham walaupun ada sedikit curiga dalam hatinya. Tak dapat nak dinafikan cara Uqasha jawab memang mencurigakan dengan tergagap-gagap mencari jawapan.

"By the way, dah order?" Soal Irsyad lalu membuka buku resepi yang terletak dihujung meja. Maklumlah zaman dah moden semuanya guna QR. Sikit hari lagi, nak masuk ke tandas pun wajib QR.

"Belum" Uqasha menggeleng laju, memandangkan dia datang dahulu sebentar tadi. Memang niat nak tunggu Irsyad datang dahulu baru nak ambil pesanan. Tak lah leceh sangat nak buat pesanan banyak kali.

Beberapa minit mereka mengambil pesanan makanan ringan seperti kek. Uqasha seperti biasa, tak lari dari air yang bersusu. Air chocolate memang menjadi pilihannya. Cukup dengan segelas air, boleh membuatkan perutnya kenyang air dalam masa sekejap.

Selang beberapa saat, makanan yang dipesan sebentar tadi datang dihidang dengan tersusun diatas meja. Kek red velvet yang dipesan Mak Teha agak mengecurkan air liur tapi kalau berkaitan dengan kek. Uqasha agak kurang gemar, senang muak.

Uqasha mengerling jam yang dipakai ditangan sebelah kanan.

11:30 pagi.

Syukur. Bukan apa sangat, risau bapak singa akan menyinga kalau terlewat balik. Sudahlah diberi amaran, walaupun ringkas amarannya tapi penuh dengan bahaya. Amir bukanlah seorang manusia yang jenis sesuka hati buat main. Silap langkah sedikit, kubur memanggil.

Namun Uqasha lain. Lelaki itu hilangkan perasaan marahnya demi perasaan wanita itu.

"Tak ada alahan apa-apa buat masa sekarang?" Mak Teha mencapai sudu lalu dipotong sedikit sepotong kek tersebut menjadi banyak bahagian untuk berkongsi dengan Uqasha.

Aura Bawah Umur | CWhere stories live. Discover now