Video - 40

1.7K 93 2
                                    

Irsyad menghulurkan air chocolate premium yang baru dibelinya di Serra cafe sebentar tadi kepada Uqasha Zahra. Kalau ikutkan hati, nak belikan caramel machiatto tapi disebabkan wanita itu membawa perut. Terpaksa batalkan segala niat.

Tasik yang tenang dan dipenuhi dengan orang sedang mengayuh bot itik pelbagai warna menghiasi bebola mata Uqasha. Taman yang cukup meriah dengan kanak-kanak. Ada pasangan yang meluangkan masa dan ada juga sebuah keluarga sedang berkelah dengan anak-anak. Memang terlalu meriah. Tambahan pula pada hari Jumaat di negeri Johor merupakan hari cuti. Lagi bertambah ramai orang dari hari biasa.

Pemikiran yang serabut cuba dicampak sejauh yang mungkin. Hairan juga, kenapa Amir tak benarkan dia berkawan dengan Irsyad. Padahal Irsyadlah orang pertama yang berkawan dengannya agak lama. Dulu Uqasha mempunyai seorang kawan perempuan tapi hubungan erat mereka sebagai sahabat akhirnya terputus disebabkan kejadian rakannya tikam belakang. Normal setiap hubungan kawan mesti ada benda keji macam tu. Akhirnya Uqasha terpaksa menolak untuk berkawan dengan sesiapa. Seorang diri, lebih nyaman sehingga muncul Irsyad.

"Kenapa Amir tak bagi kita berkawan?" Uqasha mula membuka topik dari senyap sunyi yang melanda mereka sebentar tadi. Air coklat ditangannya dihirup sekejap sekadar menghilangkan dahaga di tekak.

"Mungkin dia ingat aku nak ambil kau kut. Yelah, cantik macam ni, siapa yang tak risau dikebas?" Ujar Irsyad sambil matanya mengerling Uqasha sekilas. Akui dari hati, wanita itu memang cukup sempurna tiada cacat cela. Parut yang terlakar pudar tidak mengusik wajah wanita itu. Tetap sempurna.

"Tapi kalau boleh, aku nak kau turutkan Amir. Dia suami kau" ujar Irsyad tenang. Tak mahu wanita itu terguris hati dengan pemintaannya.

"Lepastu siapa nak dengar cerita aku? Amir asyik busy kerja. Kadang tak sempat nak bersembang. Entahlah, sehari dua ni dia asyik jumpa Sofea. Aku dah halang tapi entah la. Serabut" emosi Uqasha mula terganggu lalu dihembus nafasnya panjang menenangkan fikiran semula.

"Buat apa jumpa Sofea?" Soal Irsyad kepada Uqasha.

"Tak tau, nak kahwin cakap jelah. Haritu bukan main pujuk nak suruh aku tolak. Dah tolak, macam ni pula dia buat"

Uqasha mendengus kasar lantas badannya dikalih menghadap taman permainan. Sakit hati pula tengok pasangan bermesra di dalam bot di tasik luas hadapannya tadi. Mata bundar Uqasha mula menilau disekeliling taman tersebut sambil jarinya mengetuk cawan plastik tersebut. Mencari sesuatu untuk ditenung.

Sejujurnya Uqasha tidak suka bertentang mata dengan sesiapa. Baik jujur ataupun menipu, dia tetap takut untuk bertentang mata. Malu. Segan. Kalau bercakap dengan seseorang pun, dia akan mencari sesuatu untuk mengelak bereyecontact.

"Ada hal kot, positif sikit. Tak kan lah dia saja-saja nak pergi jumpa Sofea" Irsyad masih lagi cuba untuk menegakkan benang. Benang belum lagi basah, tegakkan selagi boleh. Tangannya diletakkan atas palang besi menghadap tasik dihadapannya. Bila pula dia boleh merasa berkahwin, nak ada pasangan tapi dia sendiri belum stabil. Risau makan pasir pula hujung bulan.

Kata-kata Irsyad membuatkan otak Uqasha mula ligat mengingati luka diwajah Amir. Sampai ke hari ini di belum pasti kenapa luka itu boleh tercalit diwajah Amir. Kenapa Amir perlu diamkan diri? Terlalu penting atau Uqasha sahaja yang tidak penting dalam hidup Amir? Lelaki memang memelikkan.

"Ingatlah Sha, kalau kau susah aku pun susah. Orang disekeliling kau, semua jaga kau. Aku sanggup korbankan nyawa aku untuk jaga kau, asalkan kau balik pada Amir dengan selamat. Macam sekarang, kalau tiba-tiba Vin Diesel datang tumbuk aku, aku lawan balik. Asalkan kau selamat"

"Jangan fikir bukan-bukanlah! Amir sayangkan kau je. Maybe dia jenis manusia tak pandai nak bermanja ataupun tak pandai nak manis mulut. Percaya pada pasangan akan selamatkan hubungan" sambung lelaki itu dan diakhiri tawa macho dihujung nasihat. Walaupun dia tidak setinggi dan setegap Amir, namun dia mempunyai seni mempertahankan diri. Taekwondo. Adalah juga boleh digunakan ketika dalam bahaya.

Aura Bawah Umur | CWhere stories live. Discover now